Serpenti Viper Bvlgari Beri Sengatan Baru! - Glam Malaysia

Serpenti Viper Bvlgari Beri Sengatan Baru!

Jika diberi pilihan, pastinya koleksi barang kemas koleksi Serpenti menjadi pilihan peribadi saya. Kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Bukan sahaja punya nilai sensual yang memikat hati. Malah, koleksi barang kemas bersemangat ular ini juga punya karakter misteri. Tidak mustahillah, koleksi barang kemas di Bvlgari ini terus menjadi ikon mereka. Bagi menaikkan lagi status penting, maka dilancarkan lagi koleksi baru Serpenti Viper oleh Bvlgari.

serpenti viper bvlgari

Atas punya nilai klasik pada Bvlagri, maka tukang emas Roman mahu berikan cetusan lebih moden pada koleksi Serpenti. Lahirnya koleksi Serpenti Viper Bvlgari yang punya perincian lebih moden dan kontemporari. Seterusnya mampu memikat hati orang muda untuk lebih menghargai rekaan barang kemas berdrama ular ini! Jauhari di Bvlgari memilih untuk memberi fokus pada sisik ular yang saling berpautan. Ia dizahirkan oleh artisan mereka dengan mereka barang kemas yang saling berpautan. Ia dicantum satu-persatu, membuktikan lagi kehebatan artisan Bvlgari.

serpenti viper bvlgari

Cetusan untuk melancarkan koleksi baru ini adalah untuk memuaskan hati pencinta Bvlgari yang jiwanya lebih moden. Selain itu, Bvlgari juga melihat koleksi ini sebagai satu karakter yang menampakkan keyakinan diri sendiri. Cadangan melalui koleksi kontemporari ini adalah sentiasa mengikut naluri diri serta transform menjadi peribadi yang lebih baik. Seakan meminjam resmi ular dalam bersalin kulit. Koleksi baru ini dihiasi dengan berlian dan diikat pada tiga variasi emas yang berbeza.

serpenti viper bvlgari

Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Next Gen 2021

See also
Nelissa Hilman dan WASIS Studio Lancar SEED(PODS)