Nama Trending Di Twitter, Kendall Jenner Akui Hidupnya Tidak Sempurna - Glam Malaysia
Nama Trending Di Twitter, Kendall Jenner Akui Hidupnya Tidak Sempurna

Nama Trending Di Twitter, Kendall Jenner Akui Hidupnya Tidak Sempurna

Model Victoria’s Secret, Kendall Jenner meyakinkan peminat bahawa hidupnya tidaklah sempurna seperti yang sering dilihat di media sosial.

Kendall membuka bicara Jumaat lalu, apabila peminat membuat perbandingan diri mereka dengan supermodel tersebut setelah melihat kempen penggambaran SKIMS yang dibintanginya.

Sebelum itu, dia berkongsi foto dan video di sebalik tabir daripada kempen Hari Kekasih, SKIMS Fits Everybody bersama Kim Kardashian dan Kylie Jenner. Dia menyarung lingerie merah terang bersama kasut tumit tinggi lut sinar.

Foto yang menampilkan dirinya merakam selfie di cermin tular di Twitter, menyebabkan nama Kendall trending. Susuk supermodel itu mendapat  pujian hebat, namun ramai juga yang memberitahu ia membuat mereka berasa rendah diri.

Seorang peminat menulis ciapan, “Saya mempunyai 99 masalah dan semuanya akan selesai jika saya kelihatan seperti Kendall Jenner.”

Bintang Keeping Up With the Kardashians itu memberi respon terhadap ciapan tersebut. “Saya merupakan gadis yang sangat bertuah. Saya hargai semua yang saya miliki. Tetapi saya mahu anda tahu bahawa saya juga melalui hari-hari yang buruk dan saya faham situasi anda.”

See also
Amber Heard ‘Kantoi’ Menipu Isu Keganasan Rumah Tangga

Kendall kemudian menambah, “Anda cantik dalam cara tersendiri! Ia tidak selalunya sempurna seperti yang anda lihat.”

Respon itu mendapat perhatian seorang lagi peminat yang berkongsi selfie dirinya bersama ciapan, “Tahap keyakinan saya selepas Kenny J mengatakan bahawa dia juga melalui hari-hari yang buruk,” berserta emoji graf meningkat. Dan ia mendapat maklum balas daripada supermodel itu yang menulis, “YESSSS MA’AM” berserta emoji api.

Menerusi wawancara bersama Telegraph pada 2019, Kendall yang menceburi bidang peragaan sejak berusia 15 tahun berkongsi perasaan rendah diri mengenai bentuk tubuhnya ketika membesar. Dia berasa terasing kerana tidak mempunyai susuk seperti adik-beradik perempuannya.

“Mereka mempunyai payudara yang besar, saya pula sebaliknya. Membesar sebagai gadis kurus kering, saya sering terfikir, ‘Alamak, bukankah saya seharusnya memiliki susuk seksi seperti mereka?’ Saya terasa bagaikan tidak serasi berada dalam keluarga sendiri.”

See also
Pelancaran kolaborasi SelberanxFiziwoo

Namun setelah dewasa, dia mula bersyukur di atas vibe berbeza yang dimilikinya. “Saya suka melakukan perkara berbeza berbanding orang lain. And that’s okay.” 

Foto: Google

Baca: Pendapat Naomi Campbell Tentang Kendall Jenner Diterangkan Dengan Dua Perkataan Sahaja