Jalinan Seni Antara Hublot Dan Takashi Murakami - Glam Malaysia

Jalinan Seni Antara Hublot Dan Takashi Murakami

Kolaborasi jam tangan Classic Fusion Takashi Murakami All Black menampilkan rekaan bunga dengan senyuman yang menjadi lambang ikonik artis kontemporari Jepun, Takashi Murakami.

Hublot loves Art! Tidak boleh dinafikan pembuatan jam tangan adalah satu seni yang penuh dengan kemewahan. Hublot tidak ketinggalan mengangkat motto “The Art of Fusion” dalam rekaan jam tangan mereka sejak 2012. Dan buat julung kalinya, label jam tangan Switzerland ini berkolaborasi bersama artis kontemporari Jepun yang cukup dikenali di seluruh dunia iaitu Takashi Murakami.

Takashi Murakami

Kolaborasi ini cukup istimewa penuh dengan kreativiti. Bermula dengan lawatan ke lokasi pembuatan jam tangan Hublot pada Februari 2020 yang memberikan inspirasi kepadanya. Inovasi dan kreativiti disatukan pada rekaan jam tangan yang menampilkan lambang ikonik iaitu bunga dengan senyuman. Ia boleh didapati di luar dan juga di dalam rekaan jam tangan. Menggunakan sistem ball-bearing yang diciptakan oleh jurutera Hublot, kelopak bunga itu akan  berputar. Bahagian tengah bunga dengan senyuman itu dimasukkan ke dalam gelas batu nilam, menghasilkan efek tiga dimensi yang unik dengan senuyman yang lebar.

See also
Big Bang One Click 33mm

Desain Classic Fusion Takashi Murakami All Black menggunakan rekaan signature jam tangan Hublot iaitu All Black. Dihasilkan pada 2006, ‘All Black’ juga merupakan stail artisitk signature buat artis kelahiran Tokyo ini. Untuk efek yang cukup menyerlah, kelopak bunga dan muka yang mempunyai 456 dan 107 butir berlian masing-masing, menggunakan berlain dalam warna hitam.

Pembuatan jam tangan di Nyon telah menggunakan kalibre Unico pada bekas bersama desain lambang Classic Fusion, gerakan jam yang menawarkan 72 jam waktu simpanan. Rekaan eksklusif antara Hublot dan Takashi Murakami ini hanya datang dalam 200 model sahaja. Rekaan edisi terhad buat collector yang mahukan sentuhan seni dalam kemewahan.

Baca lebih lanjut: 10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’

Foto: Hublot