Hadiri Pelantikan Rasmi Presiden, Chrissy Teigen Dianggap Tidak Sensitif - Glam Malaysia

Hadiri Pelantikan Rasmi Presiden, Chrissy Teigen Dianggap Tidak Sensitif

Akhirnya, saat yang dinantikan oleh hampir kesemua rakyat Amerika Syarikat telah tiba.

Beberapa jam lalu, Joe Biden atau nama sebenarnya Joseph Robinette Biden Jr. telah dilantik secara rasmi menjadi Presiden Amerika yang ke-46, bertempat di Bangunan Capitol Hill, Washington. Kamala Harris juga turut mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden, menjadikannya naib presiden wanita pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Setelah itu berlangsungnya majlis keraian termasuk persembahan daripada nama-nama besar dalam industri muzik termasuk Lady Gaga, Jennifer Lopez, Katy Perry, juga penyanyi R&B, John Legend.

Dan turut menyertai perjalanan John ke Washington adalah isterinya, Chrissy Teigen berserta dua anak mereka, Luna dan Miles.

Foto: Matt Winkelmeyer / Getty Images

Isnin lalu, Chrissy berkongsi foto anak lelakinya yang berusia dua tahun sedang mengemas beg untuk dibawa ke Washington, di Twitter.

Ramai yang memuji kecomelan foto tersebut, namun ada yang tidak bersetuju. Seorang pengguna Twitter mengkritik Chrissy kerana melakukan perjalanan ke Washington di kala keseluruhan bandar ditutup berikutan rusuhan di Capitol.

See also
Butik Baru Rimowa Di KLCC

Walaupun dia kemudian mengatakan tidak menyalahkan Chrissy di atas keadaan semasa di bandar itu, namun dia menggelar model tersebut “tidak berperasaan” kerana secara terbuka merancang untuk ke konsert yang tidak dapat dihadiri oleh orang awam.

“Mengapa (John) tidak membuat persembahan secara maya dan mengapa seluruh ahli keluarganya harus ke sana sedangkan tiada siapa dibenarkan berlegar-legar di sekitar bandar?” tulisnya.

Ramai yang cuba membela isteri penyanyi itu, namun tiada siapa yang mampu membidas kritikan dengan baik melainkan Chrissy sendiri, yang membalas dengan beberapa ciapan.

“Mengapa anda semua selalu marah pada saya, apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menggembirakan anda atau sekurang-kurangnya membuatkan anda berperasaan neutral,” jelasnya.

Chrissy menambah, dia berasa simpati kerana pengguna Twitter itu berasa kecewa, namun dia suka berkongsi segala aktiviti yang dilakukan keluarganya.

See also
5 K-Drama Hebat Lakonan Lee Byung Hun

Insiden tersebut nampaknya tidak mengganggu Chrissy, kerana dia terus berkongsi foto dan video perjalanannya ke Washington, termasuk raptai persembahan John bersama pasukan tentera.

Foto: Frazer Harrison/Getty Images

Baca: Khabar Angin Tersebar, Dua Lipa Hamil Anak Pertama