Coach It Forward Jadi Intipati Murni Coach - Glam Malaysia
coach it forward

Coach It Forward Jadi Intipati Murni Coach

Bagaikan sudah menjadi tugasan untuk semua memumpuk nilai murni. Kita semua saling perlu mengingati. Maka, Coach pula tampil dengan memberikan kempen bertemakan nilai murni. Serta mahu memupuk nilai positivity dalama kehidupan yang aneh sekarang. Maka melalui koleksi musim bunga, terlancarnya kempen Coach it Forward. Ia adalah untuk mewujudkankan karakter optimistik dikalangan klien mereka. Seterusnya menjadikan ia satu rantaian murni dalam peringkat global. Stuart Vevers bersetuju yang kita semua perlu berikan penghormatan pada mereka yang membantu meneruskan kehidupan sekarang agar terus lestari. Coach it Forward dan Vevers menjemput Jennifer Lopez, Michael B. Jordan, Jeremy Lyn, Yang Zi dan Kiko untuk menjadi wajah utama kempen murni ini.

coach it forward
Michael B. Jordan

Bagi musim bunga ini, saya mahukan cerita tentang keluarga Coach bagaimana mereka sebulat suara dalam melakukan satu keputusan serta sikap optimismdapat mengubah dunia menjadi lebih baik. Lebih-lebih lagi dengan permulaan tahun baru ini. Amat penting untuk memberi penghargaan antara satu sama lain.

Stuart Vevers
Koki

Jennifer Lopez berkongsi melalui kempen ini ia dapat memberikan penghargaan kepada mereka yang membantunya dalam aktiviti harian. “Saya cukup bersyukur dengan kepada mereka yang memberikan anjakan positif dalam setiap hari,” kongsi Jennifer Lopez. Lopez juga berterima kasih kerana kempen ini telah merapatkan lagi dia bersama keluarga sedarahnya. Serta memberinya bekerja dengan keluarga kreatifnya yang memberikan impak positif dalam kerjaya dan kehidupan harian.

See also
Gaya Berani Grammy Awards 2015

Pautan Berkenaan: Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach