Halsey Dikecam, Kongsi Foto Lama Hidapi Gangguan Pemakanan - Glam Malaysia

Halsey Dikecam, Kongsi Foto Lama Hidapi Gangguan Pemakanan

Penyanyi Graveyard ini sangat terbuka apabila bercakap mengenai kesihatan mentalnya. Namun walaupun berniat baik, ada kalanya ia boleh mengundang padah.

Halsey sebelum ini pernah berkongsi mengenai masalah bipolar yang dihadapinya serta tekadnya untuk merawat penyakit ini dengan mendaftar di pusat kesihatan mental sebanyak dua kali sejak bergelar penyanyi.

Dia juga menjadi suara dalam memecahkan stigma masyarakat yang mengatakan bahawa perbualan mengenai penyakit mental adalah sesuatu yang memalukan. Jadi tidak hairanlah jika dia tanpa ragu-ragu berkongsi masalah kesihatannya yang lain iaitu eating disorder atau gangguan pemakanan – namun malangnya ia mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat.

Pendedahan tersebut berlaku apabila penyanyi itu membuka sesi soal jawab di Instagram Story @iamhalsey di mana seorang peminat memintanya berkongsi foto momen terburuk dalam hidup. Lalu dia memuat naik foto lama dirinya dengan tubuh melidi dan hanya memakai seluar dalam. Dia menulis kapsyen: “TW: ED. Dapatkan bantuan”.

Halsey apologises for sharing eating disorder photo following backlash -  PopBuzz
Foto: Popbuzz.com

Walaupun dia menulis TW (trigger warning) atau amaran pada foto tersebut, namun peminat menganggapnya tidak patut kerana dia tidak memberi amaran awal mahupun menutup bahagian tubuh yang terdedah. Selepas dikecam teruk, Halsey akhirnya memberi respons di Twitter.

See also
Kanye West Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya 2024

“Saya memohon maaf kerana memuat naik foto gangguan pemakanan saya tanpa memberi amaran awal. Saya terlalu gemuruh untuk berkongsi dan tidak berfikir dengan waras. Niat saya baik. Saya tidak pernah berniat untuk melukakan mereka yang bergelut dengan masalah sama seperti saya.”

Halsey apologizes for sharing 'eating disorder' photo 'without a sufficient  trigger warning' | Daily Mail Online

Dia kemudian menyambung, “Setelah membuat penjelasan ini, saya mahu berehat seketika kerana perkara ini mengganggu saya secara emosi.”

Kandungan yang berkaitan dengan gangguan pemakanan agak tricky dan memerlukan tanda amaran awal lebih-lebih lagi untuk mereka yang sedang atau pernah mengalaminya.

Seperti yang dikongsikan oleh Tonya Russell, penulis kesihatan di nbcnews.com, “Sebagai salah seorang yang sedang pulih daripada masalah tersebut, saya tahu tanda amaran awal sangat penting. Sesiapa yang mengabaikannya samalah seperti mereka mengabaikan trauma seseorang. Namun jika tidak menggunakan tanda amaran juga tidak bermakna seseorang itu berniat buruk atau cuai.”

Sambungnya, pendedahan Halsey seharusnya dipuji dan bukannya dikecam kerana tujuannya adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah serupa.

Foto: Dimitrios/Getty Images

See also
Abadikan Momen Valentine Bersama Ronan Keating

Baca: Jessica Simpson Tayang Susuk Langsing Di Instagram