Dry Shampoo Tidak Popular Tapi Ada Fungsinya

Dry Shampoo, Tidak Popular Tapi Ada Fungsinya

Penemuan dry shampoo sudah lama, tapi harus diakui ia bukanlah sesuatu yang popular di negara kita tapi masih ada fungsinya yang tersendiri.

GLAM rasa syampu kering tidak digunakan secara lazim kerana situasi cuaca negara kita yang panas lembap membuatkan kita lebih senang mencuci rambut dengan cara ‘konservatif’ yakni basahkan rambut dan bersyampu.

Syampu kering atau dry shampoo bukanlah satu penemuan baru dalam industri rambut, cuma beberapa tahun kebelakangan ini orang mula bercakap tentangnya, dan pilihan pun sudah banyak di pasaran.

Namun GLAM percaya di sebalik popularitinya, tidak ramai yang arif tentangnya. Malah ada yang tidak tahu fungsinya, ada yang beranggapan fungsinya sama dengan syampu biasa.

Apa Itu Dry Shampoo?

dry shampoo

IGK First Class Charcoal Detox Dry Shampoo

Jadi apa peranan sebenar syampu kering? Syampu kering sebenarnya bukanlah satu produk yang boleh mencuci rambut secara total, ia sekadar menyerap lebihan minyak pada kulit kepala.

Jadi pabila ia bukanlah pencuci ia bermakna anda masih perlu mencuci rambut menggunakan syampu biasa. Syampu kering ini elok digunakan pada waktu tertentu sahaja, ia bukanlah pengganti jika anda tidak sukakan syampu biasa. 

See also
GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!

Menurut pakar rambut, Lars Skjoth dalam satu temubualnya, serbuk syampu kering boleh mengeringkan kulit kepala dan mapu menyebabkan kelemumur, dermatitis dan jangkitan pada liang rambut. Cara terbaik untuk menyingkirkan sel kulit mati, peluh dan minyak di kulit kepala adalah dengan bersyampu menggunakan syampu biasa.

Kita disarankan mencuci rambut dengan syampu normal dua hari sekali. Dan Jika anda mempunyai masalah kelemumur, pakar menyarankan rambut dicuci setiap hari menggunakan syampu untuk kepala berkelemumur. Bukan tidak boleh menggunakan syampu kering, tapi tak digalakkan menggunakannya selalu.

Jika boleh gunakan syampu kering pada juraian rambut sahaja. Bagi yang mempunyai rambut kering atau rambut keriting, disarankan menggunakan syampu kering yang menghidrat atau melembapkan.

Bumble and Bumble Prêt-à-Powder Très Invisible Dry Shampoo

Biasanya orang yang sudah biasa menggunakan syampu kering akan sedar bilakah masa untuk mereka berhenti menggunakannya. Kita mesti belai kulit kepala kita sama seperti kita menjaga kulit muka. Tiba masa kulit perlu dicuci, dibelai dengan pupur (mask) dan perlu juga proses pengelupasan (exfoliate). Kulit kepala juga samalah macam kulit muka perlu sesi detoks. 

See also
Miss Dior Kini Generasi 'Portable'

4 Langkah Menggunakan Dry Shampoo

Jika anda masih keliru cara yang betul menggunakan syampu kering, ini empat langkah yang perlu diberi perhatian.

1. Goncang botol syampu kering

Pertama sekali goncang botol syampu kering anda supaya isi kandungannya teradun mesra, dan bila disemburkan pada rambut, semburannya sekata.

2. Bahagikan rambut

Gunakan sikat dan bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. Berikan perhatian kepada bahagian kulit kepala yang berminyak. 

3. Semburkan syampu kering

Pastikan jarak antara mata penyembur dengan kulit kepala sekurang-kurangnya 10 inci. Usah terlalu dekat ia akan menyebabkan bahan syampu kering berkumpul. Tidak perlu sembur ke seluruh kepala, hanya pada bahagian yang berminyak sahaja sudah mencukupi.

4. Urut-urut kepala

Biarkan semburan dry shampoo tadi selama tiga ke lima minit, kemudian urut lembut kepala anda. Ini perlu supaya syampu kering boeh menjalankan magisnya. Kemudian barulah sikat rambut anda.

Teks Khairul Abidin

Artikel berkaitan: Rambut Keriting, 5 Tip Penting Menjaganya