Datin X: Tiada Zuriat Sebab Kifarah? - Glam Malaysia

Datin X: Tiada Zuriat Sebab Kifarah?

Zura hanya seorang gadis biasa. Bapa penjawat awam, ibu surir umah. Bila cantik, pandai dan bijak bersosial pula tu, Zura berjaya menambat hati salah seorang eligible bachelor yang paling dikehendaki. Ramai sosialit-sosialit muda patah hati bila mengetahui hati lelaki itu sudah dimiliki. Lelaki itu anak orang bergelar dan Zura pun dapatlah menumpang tuah. Kerana meski pun cuma kekasih, ada masanya Zura sendiri ke sana sini ditemani pengawal peribadi and of course, chauffeured driven.

Nampak gayanya, Zura dan kekasih memang betul-betul serius bercinta. Sudah bertahun bersama, tiada tanda akan break off any time soon. Walau ramai gadis cuba mengorat kekasihnya dan tidak kurang juga ramai Datuk tua cuba memikatnya, hubungan mereka terus utuh. Sangkaan Datin X juga tepat apabila ada khabar mengatakan yang ibu bapa lelaki itu tidak menyenangi dengan prospek menerima Zura sebagai menantu suatu hari nanti. Banyak kali sudah ibu lelaki berkenaan menegah anaknya dari bertemu Zura, namun langsung tidak makan saman.

Sampailah satu hari apabila foto-foto Zura dalam keadaan kurang manis bersama seorang lelaki lain ketika menghadiri satu festival muzik, menjadi viral di kalangan kelompok teman-teman. Kata Zura mempertahankan dirinya, dia sudah kena perangkap. Foto-foto berkenaan tidak menggambarkan kejadian sebenar. Zura menafikan yang dia meneguk arak atau berpeleseran dengan lelaki-lelaki lain. Tetapi tiada pula bukti untuk menunjukkan kebenaran kata-katanya itu. Nak jadi cerita, kekasih Zura bertindak memutuskan hubungan walau dalam keadaan berat hati.

See also
Willow Smith Wajah Baru Chanel

Memanglah ini kisah normal anak muda bercinta. Tetapi gerak hati Datin X memberitahu yang strategi ini datang dari ibu lelaki itu sendiri. Demi kelangsungan keturunan dan maruah keluarga, jika terpaksa memerangkap dan mengaibkan, so then be it.

Cerita anak Datin X, kononnya sewaktu kejadian berlaku, memang ada sebilangan lelaki dalam keadaan mencurigakan, berada disekitar kawasan festival. Gaya mereka bukan seperti mahu ke festival muzik, dan tambahan pula mereka tampak agak berusia. Kononnya salah seorang bertindak merakam gambar di celah-celah samar lampu spotlight sewaktu malam hari. Entahlah…tak berani Datin X nak komen lebih-lebih conspiracy theory budak-budak ni. Tapi hakikatnya, ia tidak mustahil.

Ini juga satu kisah pasangan yang sudah terlalu lama bercinta. Mereka orang biasa sahaja. Bertahun-tahun kedua-duanya kerja kuat sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Tujuh tahun bercinta, dua tahun bertunang. Susah senang bersama sehinggalah yang perempuan kena mengorat dengan seorang hartawan muda. Hubungan sulit tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan tunang sehinggalah lebih kurang seminggu sebelum mereka dijadualkan bernikah.

See also
Datin X: Cinta Ke Hujung Nyawa?

Kad jemputan sudah lama dihantar, katering on standby, khemah pun sudah naik. Hartawan tersebut minta perempuan tersebut buat pilihan. Akhirnya dia mengalah dan mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan bakal suaminya. Alasan yang diberinya adalah disebabkan terlalu lama bercinta, dia sudah naik bosan. Lalu dia mencari cinta baru dan untungnya, dengan boyfriend kayanya, dia tidak perlu bersusah payah kumpul duit untuk membeli sesuatu. Semuanya boyfriend belanja, bil-bil rumah dan wang ansuran kereta pun dia tidak perlu lagi membayar sendiri.

Bila mendengar penjelasan last minute perempuan tersebut, mengamuklah lelaki itu dan keluarganya terus pergi menyerang keluarga pihak sana yang tidak tahu-menahu. Kalau sudah tidak mahu kahwin, kenapa tidak berterus terang lagi dulu lagi? Kan sudah rugi wang ringgit? Lelaki itu pun bukan orang senang. Habis malu kedua-dua belah pihak dan keluarga lelaki mengugut mahu menyaman. Sebulan selepas kejadian, memang betul surat saman sampai ke muka pintu rumah perempuan. Tapi sikit pun perempuan itu tidak gentar sebab boyfriend hartawannya memang banyak kaki. Tabur duit saja, semuanya bisa diatur!

Entah apa yang jadi Datin X kurang pasti, tapi kes saman itu senyap tanpa sebarang khabar berita. Bila orang bertanyakan pada keluarga tersebut, semua membisu seribu bahasa. Entah-entah sudah kena bayar, siapa tahu? Tapi hati lelaki yang ditinggalkan itu terus terluka dan dengarnya sampai ke hari ini masih bersendiri dan tidak kahwin-kahwin lagi. Perempuan itu pula mendirikan rumah tangga dengan hartawan tersebut kurang setahun selepas itu.

See also
RUBINI SAMBANTHAN

Sudah enam tahun episod itu berlalu. Perempuan itu masih menjadi isteri hartawan tersebut. Ya, memang nampak bahagia. Di Instagram, penuh gambar percutian dan pakai pun semuanya serba berjenama. Tapi sesungguhnya Tuhan itu maha adil. Sudah lima tahun kahwin, mereka masih tidak dikurniakan zuriat. Isteri sibuk entertaining, suami sibuk golfing. Itu suasana biasa untuk kebanyakan pasangan yang tiada cahaya mata. 

Datin X dengar dulu mereka betul-betul mencuba sebab mereka guna khidmat doktor pakar kesuburan yang sama dengan teman Datin X. Tapi sekadar mereka berhenti mencuba buat seketika. Tertekan atau mungkin putus harap agaknya. Datin X tak mahulah pandai-pandai nak jatuh hukum yang mengatakan ketiadaan zuriat sebagai kifarahnya sebab menganiaya bekas tunang. Tapi who knows, kan? Rahsia Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Kalau kita niat baik, balasannya pastilah yang baik-baik juga. Vice versa.