#StayHomeWithGD - Buku Rekaan Dalaman Terbaik Untuk Koleksi 2020 - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD – Buku Rekaan Dalaman Terbaik Untuk Koleksi 2020

Manfaat masa #dudukrumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan lagi  dengan menambah ilmu dan bahan bacaan dalam meneroka keindahan dunia dekorasi. GLAM Deko kongsikan lima pilihan buku rekaan dalaman terbaik sebagai koleksi anda untuk tahun 2020. 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tajuk Buku: HomebodyA Guide to Creating Spaces You Never Want To Leave

Penulis: Joanna Gaines

Buat peminat rancangan HGTV, nama Joanna Gaines tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku beliau, HomebodyA Guide to creating Spaces You Never Want To Leave  menyediakan panduan untuk menciptakan personaliti dan karakter tersendiri ruang kediaman anda. Bagaimana elemen peribadi, cita rasa dan gaya hidup diperincikan buat mencipta kesempurnaan dalam penggayaan ruang. Selain nilai praktikaliti untuk menterjemahkan keaslian gaya dan konsep rekaan.