Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia - Glam Malaysia

Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia

Blu Inc Media tampil dengan projek istimewa, sebuah filem pendek berjudul Stand Together sempena Hari Wanita Sedunia.

Filem pendek sarat dengan mesej hebat untuk wanita dibintangi tiga pelakon tanah air yakni  Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Mesej utama filem adalah mengangkat solidariti wanita, dengan itu Blu Inc Media menyeru semua wanita untuk menyokong satu sama lain dan terus berbangga dengan setiap pencapaian yang diraih.

Projek eksklusif ini ditaja oleh Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia manakala tajaan lokasi pula adalah daripada Jibby by The Park dan Common Ground. Ia mengisahkan tentang tiga wanita – Mia, Geetha dan Soo – yang masing-masing berdepan dengan cabran berbeza. Siapa tahu, takdir menemukan mereka dan segalanya berubah.

 

Sebagai menghangatkan lagi kempen ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi.

Antara mesej yang ditampilkan adalah seperti kongsikan tentang diri and dan cari lebih lanjut mengenai diri anda melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa. Dinding-dinding ini terletak di beberapa lokasi di sekitar Pavilion KL seperti di bawah:

  1. Pintu utama, Tingkat Tiga
  2. Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
  3. Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
  4. Pavilion Elite, Tingkat Empat
  5. Dining Loft, Tingkat Tujuh
See also
Legasi Abang Saufi

Malah, setiap majalah yang terlibat di bawah naungan Blu Inc Media, turut menawarkan pertandingan merakamkan gambar yang membolehkan peserta memenangi hadiah-hadiah menarik daripada penaja.

Tonton video penuh BTS di bawah: