Celine Dion, Our Legendary Style Queen Is Back - Glam Malaysia

Celine Dion, Our Legendary Style Queen Is Back

What really happened to Celine Dion? Itulah persoalannya apabila internet menggila dengan obsesi stail yang ditonjolkan pelantun lagu ‘My Heart Will Go On’ itu sejak kebelakangan ini. Selepas dikritik dek terlalu kurus sehingga ramai yang risau akan kesihatannya, baru-baru ini Celine telah menjadikan kota raya New York sebagai pentas catwalk walaupun Fashion Week baru saja melabuhkan tirainya. Celine kini dalam rangka jelajah konsertnya, Courage. Seolah mengajuk paparazi yang tidak henti membidik penampilannya, Celine just gave them what they want! GLAM singkap beberapa penampilan terbaiknya sepanjang beberapa minggu ini.

1. Celine Dion tampil segar dengan pantsuit head-to-toe merah jambu hasil rekaan Peterdo, dengan tambahan aksesori kaca mata dan tali pinggang berona kelabu.

Photo credit: Instagram @the.peterdo

2. Seterusnya Celine Dion tampil unik menyarung persalinan busana double-breasted houndstooth dengan cape berserta kasut but hitam, menyerlahkan sisi fesyen dan ‘adiwira’ dalam dirinya.

Photo credit: GC Images

3. Tampil dengan gaya retro, sekali lagi Celine menjadi perhatian apabila menyarung coat flora hitam putih, tights dengan corak sepadan berserta purse putih dan kaca mata hitam.

See also
Ilham Busana Malam Barbara Palvin

4. Seterusnya, Celine Dion tampil ayu dengan gaun Oscar de la Renta Fall 2020 dengan aksesori sampingan iaitu kasut but putih dan jambangan bouquet, menyerlahkan keanggunan Celine walaupun umurnya sudah memasuki setengah abad.

Photo credit: Shutterstock