Mantan Menteri-Menteri Wanita Ini Pasti Dirindui - Glam Malaysia

Mantan Menteri-Menteri Wanita Ini Pasti Dirindui

Tarikh 1 Mac 2020 menyaksikan satu peralihan kuasa yang tidak pernah dijangka akan terjadi, namun akhirnya menoktahkan segala kemelut politik yang dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik secara berkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Namun dek peralihan kuasa dan pucuk tertinggi kepimpinan negara ini, sudah pasti barisan kabinet menteri juga bakal berubah menyaksikan beberapa pemimpin yang menerajui kementerian masing-masing perlu berundur dan memberikan ruang kepada muka baru yang bakal diumumkan nanti. Yang pasti, beberapa mantan YB dari kalangan wanita-wanita hebat ini pasti dirindui dek dedikasi dan prestasi mereka sepanjang kepimpinan mereka. Terima kasih GLAM ucapkan! 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Dr Wan Azizah Ismail

Dr Wan Azizah binti Dato’ Dr Wan Ismail merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta merupakan wanita pertama yang memegang jawatan nombor dua di Malaysia. Sebelum berundur, Dr Wan Azizah menitipkan kata-kata ini dalam Facabooknya yang berbunyi, “Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Mengukir senyuman sambil melangkah di hari terakhir saya menggalas amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menyantuni warga kerja yang selama ini telah memberikan komitmen dan sokongan kepada saya dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan jasa bakti sepanjang saya bertugas.”

See also
Retorik: Bahagian 2 – Lelaki Player Tarikan Wanita?