Pilihan Kertas Dinding Berpersonaliti - Glam Malaysia

Pilihan Kertas Dinding Berpersonaliti

Serikan ruang kediaman anda dengan ajnas pilihan kertas dinding yang begitu meluas hari ini. Dengan pelbagai perincian, setiap satunya memberikan rasa berbeza buat menghiasi dinding kediaman. Sama ada gemarkan efek tiga dimensi, bertekstur mahupun rona terang menyengat, setiap satunya memberikan impak berbeza pada penataan.

Pilihan warna kelam ini membangkit misteri namun menyerlahkan sisi elegan pemilik kediaman yang menjadi pilihan buat jenama Christian Lacroix untuk musim bunga/panas ‘18. Kontraskan bersama palet terang mahupun neutral untuk ruang tampil lebih santai dan damai.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tip

  1. Penggunaan kertas dinding mampu mencipta ilusi tertentu pada ruang pilihan. Tetapkan gaya yang mahu dikecapi untuk memudahkan anda membuat pilihan kertas dinding.
  2. Perkara paling penting adalah memeriksa dinding yang digunakan. Dinding yang mengandungi saluran air mungkin memerangkap lembapan dan bakal memberi kesan pada kertas dinding untuk jangka masa panjang.
  3. Anda boleh menyuai padan kertas dinding dalam satu ruang berbeza. Sama ada padanan polos bersama paten mahupun paten bersama paten, ia sesuatu yang menarik untuk anda cuba.
  4. Jika mahu menggunakan teknik paten bersama paten, pastikan satu paten lebih dominan dengan paten lain untuk memastikan ia menjadi titik fokal.
  5. Sentiasa bersihkan kertas dinding untuk memastikan kualitinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Khusus untuk kertas dinding bertekstur, habuk mampu merosakkan permukaan kertas dinding anda.

Osborne & Little, Cervo. Janine