Dakota Johnson dan Chris Martin Kini Eksklusif Sebagai Pasangan?

50 Shades of Romance Antara Dakota Johnson & Chris Martin Mungkin Benar?

US Weekly melaporkan secara eksklusifnya khabar angin tentang pelakon Fifty Shades of Grey Dakota Johnson dan penyanyi utama kugiran terkenal Coldplay Chris Martin adalah benar dan mereka kini sah sedang menjalinkan hubungan.

 

Sumber menyatakan, “Dakot dan Chris sememangnya bersama. Mereka sudah mengenali hati budi masing-masing dan sangat selesa berdua. Chris menghantar Dakota muziknya untuk meminta pendapat Dakota. Ia bukan sekadar berseronok sahaja.”

 

Dakota, 28, dan Chris, 40, telah dilihat bersama-sama di Israel pada bulan yang lalu untuk menghadiri konsert kontroversi Nick Cave. Mereka juga makan malam bersama penyanyi tersebut di restoran Yam Sheva, Herzliya.

 

Ini juga bukan satu-satunya penampakkan mereka bersama kerana mereka pernah dilihat bersama di Sushi Park, Los Angeles dan juga konsert Coldplay di Argentina.

 

Hubungan mereka mula menarik perhatian mulai bulan Oktober yang lalu.

 

“Mereka kelihatan gembira apabila bertemu dan terus memulakan perbualan. Dakota menceritakan tentang kerjayanya dan projek-projek yang bakal dimulakannya. Dia juga memberitahu Chris ke mana di akan peri dan meminta pendapat jejaka tersebut. Mereka sangat menghormati pendapat antara satu sama lain. Chris juga boleh dilihat penuh kegembiraan berbual dengan Dakota.”

See also
CFDA Telah Membuat Perubahan Pada Jadual NYFW Spring 2017-2018

 

Chris sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Gwyneth Paltrow dan dikurniakan dua cahaya mata, Apple dan Moses, dan kemudiannya dia menjalinkan hubungan dengan Jennifer Lawrence yang tidak kekal lama.