Raikan Hari Wanita Sedunia 2019 Bersama Blu Inc

Promo

Raikan Hari Wanita Sedunia 2019 Bersama Blu Inc

172

Ayuh bersama kami meraikan acara Blu Inc: Celebrating Women di mana lagu berjiwakan ‘femme power’ yang baru berjudul Istimewa akan dipersembahkan secara langsung oleh Dayang Nurfaizah. Blu Inc juga akan menayangkan video muzik Istimewa di layar skrin besar bertempat di Pavilion Kuala Lumpur semasa acara itu berlangsung. Pejuang dan penyokong anti keganasan  rumah tangga, Neelambika, akan membacakan petikan daripada bukunya ‘Taking Charge of My Life’, yang menceritakan pengalaman beliau pernah didera dan bagaimana dia berjaya mengatasi situasi berkenaan. Di samping itu, pengunjung acara ini akan menikmati gerai pop-up oleh jenama terkenal; L’Oréal Paris berdekatan Acme Bar & Coffee, di mana mereka boleh mendapatkan riasan ringkas.

 

Kami juga akan mengadakan tayangan perdana filem Captain Marvel @ GSC Pavilion selepas pelancaran untuk tetamu jemputan. Oleh itu, jika anda dan rakan-rakan anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara ini, sila hantarkan entri kepada [email protected]sebelum 5 Mac! Tempat duduk adalah terhad jadi pastikan anda menghantar entri anda hari ini! Hanya pembaca terpilih akan dimaklumkan.

 

Blu Inc Media, yang terdiri daripada EH, Cosmopolitan, Cleo, Her World, Female, Jelita, The Malaysian Women’s Weekly, Shape, GLAM, GLAM Lelaki, Harper’s Bazaar, Nuyou, Icon, The Peak, GLAM Deko dan Home & Décor memulakan usaha bersepadu ini sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 2019. Sambutan yang meriah ini juga akan memperlihatkan pameran kata-kata inspirasi  oleh wanita-wanita yang terkenal di sekitar kawasan Pavilion Kuala Lumpur antara 1 sehingga 15 Mac.

 

Jangan lepaskan peluang merakam shoefie atau swafoto bersama petikan yang tertera bersama hashtag #BluIncIWD2019 serta #TahanLasak untuk memperkukuhkan pendirian anda bagi kaum wanita, dan kongsikan petikan anda dengan kami!

 

Ayuh, lantangkan suara wanita anda!

Your email address will not be published. Required fields are marked *