GLAM Promosi - Jan 2017 - Glam Malaysia

GLAM Promosi – Jan 2017

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Januari 2017

_____________________________________________________________________________________________

[tab: JURLIQUE]

Menang!
7 x Experience Radiance Age Reclaim set bernilai RM6,370

untitled

Kulit Cantik Berseri

Dapatkan kulit wajah sempurna dengan Nutri-Define Superior Retexturising Facial Serum dari Jurlique. Dengan teknologi Biosome5, ia mampu meresap ke dalam lapisan epidermis dan dermis kulit dengan baik nagi menyalurkan bahan aktif penting ke bahagian yang paling diperlukan. Di samping itu, ia menyasar garis dan kedutan jelas, menghalus dan melicinkan penampilan kulit, serta mengurangkan masalah kendur.

Teknologi ini mengandungi lima bahan semulajadi iaitu horseradish untuk menganjal dan menegankan kulit, akar mulberi untuk mencerah dan mengurangkan bintik penuaan, rosemary bagi mengembalikan keremajaan kulit, peppermint untuk serikan kulit kusam sambil memperbaiki tekstur, juga glycogen untuk penjagaan menyeluruh pada kulit yang stress. Serum ini juga kaya ekstrak akar ginseng untuk melicin dan menganjalkan kulit serta akstrak akar likoris bagi mencerah dan melembutkan kulit.

See also
GLAM PROMOSI – NOV 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

______________________________________________________________________________________________________________________

[tab: Pureology]

Menang!
21 x Pureology Smooth Perfection set bernilai RM291

untitledwwwww

 

Rambut Cantik Menawan 

Pureology merupakan produk nombor satu dari Amerika Syarikat yang menawarkan penjagaan untuk rambut berwarna. Percaya dalam usaha memelihara alam sekitar tanpa menjejaskannya, Pureology dihasilkan dengan ramuan botanik dan 100 peratus vegan dalam pembungkusan. Kerap menggunakan alat penggayaan rambut menyebabkna rambut kering, rapuh dan tidak terurus yang menjadi punca kepada rambut berwarna luntur dan tampak kusut. Oleh itu, Pureology menghasilkan rangkaian produk Smooth Perfection khas untuk rambut berwarna yang selalu digayakan.

Rangkain produk Smooth Perfection dari Purelogy ini menjadikan rambut lebih licin, terurus dan warna rambut turut dikekalkan. Dihasilkan dengan minyak camellia untuk rambut licin bersinar dan Thermal Anti Fade Complex dengan perlindungan haba dan vitamin E. Set ini merangkumi Smooth Perfection Shampoo, Smooth Perfection Conditioner dan Smooth Perfection Smoothing Cream untuk rambut tahan lebih lama, hasil pengeringan rambut yang sempurna, warna yang lebih menyerlah dan 72 jam perlindungan daripada kusut.

See also
Senarai Pemenang GLAM - SEPT 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

_____________________________________________________________________________________________________________

[tab: CRES]

Menang!
15 x Ultra Rejuvenation Crystallinear Therapy dari CRES bernilai RM6510

1

Terapi Muka Berkualiti CRES

Terapi Ultra Rejuvenation Crystallinear daripada CRES adalah rawatan yang menggabungkan efek daripada kristal asli bersama teknologi nano yang berkesan untuk meningkatkan aliran nutrisi kulit lebih cepat. Ia amat efektif untuk pembaharuan dan memulihkan sel kulit lantas menjadikan kulit lebih segar dan licin umpama kulit bayi.

Rawatan Crytallinear Core Essence menggunakan kebaikan semulajadi kristal dengan kandungan mineral yang berbeza berdasarkan keadaan kulit. Anti Aging Essence membantu mengembalikan semula tekstur kulit, memulihkan kulit yang rosak dan merangsang proses pembaharuan kulit. Enzymatic Masque membuang sel kulit mati pada permukaan kulit untuk penyerapan lebih menyeluruh. Matrix Masque kaya dengan kuasa menghidrat untuk kontur muka yang lebih muda dan membantu mengembalikan keanjalan kulit. Manakala, Soft Masque memulihkan kulit agar lebih sekata, lembap dan lembut.

Hasilnya, wajah lebih cerah, tegang dan lembap selepas rawatan.

See also
GLAM LELAKI - PROMOSI ISTIMEWA KLFW 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above