GLAM PROMOSI - FEBRUARI 2018 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – FEBRUARI 2018

Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2018

Menang!

Rangkaian Vitamino Color AOX daripada L’oreal Professionnel bernilai RM6,340 kesemuanya!

 

 

Vitamino Colour AOX kembali dengan rupa yang diperbaharui! Kelalang yang digunakan adalah lebih menarik dengan warna merah jambu, lebih feminin khusus untuk wanita yang memiliki rambut berwarna. Bintang produk siri Vitamino Colour AOX ini pastinya Smoothing Cream. Krim ini boleh di sapu pada rambut dan tidak perlu dibilas sebalik nya keringkan sahaja dengan blowdryer. Bahan seperti vitamin E derivat antioksidan, protein gandum yang diaktifkan tocopherol dan asid amino bertindak melindungi dan mengawal serat rambut sambil mengekalkan rambut warna untuk tampil licin dan bersinar. Manakala, Colour Protecting Conditioner pula memelihara serat yang berwarna secara intensif untuk perlindungan jangka panjang dengan kehadiran Incell Hydro-Resist filter UV yang kaya dengan vitamin E dan magnesium. Formula ini membantu melestarikan sinar warna diperkaya dengan kompleks anti-oksidan. Untuk mendapatkan rambut lebih lembut, bersinar dan sihat, L’oreal Professionnel menampilkan Colour Fixing and Perfecting Jelly-Masque yang diperkaya dengan pelindung sinar UV, tocopherol, panthenol dan neohespiridin.

See also
GLAM PROMOSI - OKT 2016

 

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

 

 

Menang!

Percutian Ekslusif di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut Perak bernilai RM6,370 kesemuanya! 

 

 

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut menawarkan bilik yang memiliki balkoni peribadi dengan pemandangan Pulau Pangkor. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut dilengkapi dengan 290 bilik
deluxe antaranya Deluxe Garden View, Deluxe Sea Facing, Deluxe Sea View, Executive Deluxe, Deluxe Premier Garden View, Deluxe Premier Sea View dan Junior Suite. Resort mewah ini juga dilengkapi
dengan The Garden Terrace yakni ruangan tertutup yang berbingkaikankaca bersebelahan dengan kolam renang bersaiz mega yang menjanjikan pemandangan tenang Selat Melaka. Ruangan ini turut menyediakan bufet dengan pilihan makanan Asia dan barat dan tetamu juga boleh memilih makanan dari Thailand di Restoran Thai Taste atau bersantai di bar Blue Chip Lounge. Tetamu juga boleh
memilih untuk menikmati makanan di dalam ataupun dengan gaya Alfresco di Pool Terrace. Selain kolam renang The Wet Side Mini Water Theme Park; bagi penggemar aktiviti luar, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menunggang ATV, memanah, snorkelling, berkanu dan menaiki jet ski sambil melayari persisir pantai dengan bot melihat matahari terbenam.

See also
Promosi - Menangi Percutian di Hilton Kuala Lumpur

 

 

Click here if you have issue accessing the promo form above