Pertama di Malaysia, BookXcess ini Berkonsepkan Terowong Buku - Glam Malaysia

Pertama di Malaysia, BookXcess ini Berkonsepkan Terowong Buku

Nama BookXcess sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia adalah kedai buku yang menawarkan buku dengan diskaun antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan. Ia adalah yang pertama di Malaysia menggunakan konsep terowong buku, ini adalah kedai buku BookXcess yang kelapan dibuka. BookXcess Sunsuria Forum membawa pengunjung menerokai dunia pembacaan sambil ditemani setengah juta buku dan mempunyai keluasan 16,000 kaki persegi.

Para pengunjung yang hadir ke sini pasti mengagum melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini. Selepas melalui terowong buku, pengunjung seperti dibawa ke satu dunia berbeza sambil menerokai kedai buku tersebut.Para pencinta buku boleh menemukan beraneka jenis buku daripada seni dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, novel remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi karya hebat yang tersembunyi. Kedai buku ini turut menyediakan ruang kerja dan sudut membaca yang selesa untuk para pengunjung meneliti sampel buku yang disediakan. Para pembaca yang gemar membaca sambil menikmati kopi boleh mendapatkan secawan kopi premium yang dibru segar serta aneka juadah ringan di kafe milik BookXcess di dalam kedai buku berkenaan.

See also
Tip Hapuskan Bau Busuk Di Rumah

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di BookXcess. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib berkenaan kerana ia menggunakan teknologi canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk generasi akan datang dengan mewujudkan pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Menampilkan lima belas judul, si manja anda boleh melihat watak-watak kegemaran mereka dihidupkan di dalam cerita Little Red Riding Hood, Cinderella atau The Night Before Christmas.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse