Yuna, Malaysian's Golden Girl

Yuna, Malaysian’s Golden Girl

Setelah tujuh tahun melakar nama di Los Angeles, Yuna kian matang mencatur kerjaya seninya. Yuna, Malaysia’s golden girl. Kini memasuki fasa baru kehidupan setelah mengikat janji bersama suami tercinta. GLAM mendasari jiwa Yuna dalam menyingkap erti bahagia.

 

Kejayaannya menempa nama di Amerika Syarikat membanggakan. Mungkin ramai beranggapan berjaya melakar nama di sana terlalu sukar dan bagaikan sebuah mimpi. Namun, tanggapan skeptikal itu ditangkis insan seni yang menghiasi wajah GLAM kali ini. Yunalis Mat Zara’ai, 32 atau lebih dikenali sebagai Yuna. Sudah beberapa tahun GLAM cuba mendapatkan Yuna, tetapi jadualnya yang ketat tidak mengizinkannya untuk memenuhi undangan kami. Disember tahun lalu, apabila mendapat tahu penyanyi popular ini pulang untuk melangsungkan majlis paling istimewa GLAM terus menghubunginya. Yuna seindah namanya, indah juga budi bahasanya. Pelawaan GLAM dipenuhi dengan rasa senang hati membuatkan GLAM mudah mengatur sesi pengambaran. Sambil disolek, Yuna riang bercanda dengan crew, berkongsi cerita fenomena suksesnya di Amerika Syarikat dan jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

 

Dia menyelam kembali titik permulaan kerjaya seninya. “Jika ada yang masih ingat, sayalah gadis bernama Alis yang pernah menyertai sesi ujibakat untuk program realiti TV One In A Million pada 2006. Tetapi nasib tidak berpihak pada saya kerana hanya berjaya masuk ke senarai Top 40 tetapi gagal untuk ke peringkat seterusnya iaitu Top 20. Dihakimi oleh Paul Moss dan Syafinaz Selamat ketika itu, saya hanya mendapat komen ‘really good’ dan ‘well deserved’ itu je”. Semua itu bukan pematah semangat buat Yuna kerana dia lebih terdorong menghasilkan muzik untuk menghiburkan orang yakni pendengar dan bukannya mengejar populariti semata-mata. Lahir dalam keluarga kecil, anak tunggal ini tidak pernah kenal erti lelah dalam dunia seni. Bermula dengan mengikuti kelas piano ketika darjah satu, menulis puisi sejak berumur 14 tahun, menghasilkan lagu pertama kala usia 19 dan bermain gitar daripada temannya. Dia mula dikenali melalui laman sosial, MySpace, dan yang lebih istimewa apabila Yuna mendapat sokongan ayahnya yang juga seorang ahli muzik dan sering menyertai pertandingan nyanyian di alam persekolahan sehingga umurnya mencecah 18 tahun. Pada 2004, dia menjadi penyanyi latar kepada penyanyi R&B terkenal, Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Yuna mempelajari selok belok muzik secara tidak formal dan inilah yang menjadikan dirinya unik.

See also
Most GLAM: Merai Wanita Paling Glamor Malaysia Sejak 2005

 

Kala ditanya mengenai sentuhanya yang sentiasa menjadi, Yuna berasa amat bersyukur. “Alhamdullilah, saya akan teruskan momentum ini kerana lepas album Chapters, fan base saya makin besar so I’m excited to release the new album, go on tours again, and hopefully dapat menjelajah negara lain yang saya belum pernah pergi and see who are my fans over there!” Bagaimana pula Yuna tenang berhadapan dengan susah payah di luar negara? My biggest achievement obviously is working on music overseas… Memang itu impian dari dahulu lagi, so to have a career in America is my biggest achievement and what I can do now is continue working hard. Rintangan itu perkara biasa. Sebagai contoh kadang- kadang kita tak dapat hasilkan lagu yang bagus yang memerlukan saya mengambil masa seharian untuk memastikan ia berhasil. Saya tidak mudah mengeluh, kerana we move on to another song the next day… Selain itu I always know that every moment in L.A. I’m losing a moment with my family, and it makes me a bit sad. So I always make every second count, always working and making my career grow everyday.”

 

Berhijrah ke L.A bersama ahli band, walaupun ada teman rapat yang bersama-sama dengannya pada masa susah senang, deep inside boleh dikatakan Yuna banyak menghabiskan masa ‘bersendirian’. Tujuh tahun di sana, tidak ada secalit pun kontroversi yang mencuit dirinya, selesa dalam zon sendiri, Yuna tampak seronok dengan apa yang dijalani sehingga kini. Selama itu juga, life as a single woman in L.A, tipu andainya saya menidakkan rasa sunyi. Ada banyak naik dan turunnya, tetapi ia bukan alasan untuk mengalah kerana it was all to prepare me to be a better person in 2018!”

 

“Tahun 2017 genap tujuh tahun saya bekerja di USA dan saban hari perjalanan kerjaya saya kian mudah dan adjustedOf course in L.A, competition is stiff, terdapat ramai artis baru yang akan masuk dalam industri muzik di sana. Justeru itu saya tidak boleh leka dan berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi hari ini, so I have to always work on current and fresh music to keep the fans excited!” Sambung Yuna lagi, jurang perbezaan dunia seni Amerika Syarikat dan Malaysia sungguh jauh. “Arena hiburan negara Uncle Sam ini berskala gergasi dan sarat dengah artis yang punyai bakat luar biasa. Tiada formula ajaib, budaya di Amerika Syarikat sebenarnya cukup mudah. Anda membuat muzik yang baik, muzik yang disenangi and if you can perform, basically if you are a great singer and songwriter, you will gain fans and also get support from press very easily. Saya hanya perlu terus bekerja untuk menghasilkan muzik yang hebat, menjadikannya lebih menarik, dan jangan leka. Saya sentiasa mengingatkan diri, there’s always someone new coming up.”

See also
GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

 

Selain sibuk menghasilkan lagu, Yuna juga sering diundang untuk menjadi tetamu di pentas fesyen antarabangsa. “Kalau ada jemputan saya akan cuba pergi. I was at New York Fashion Week last year for Prabal Gurung dan Mara Hoffman, tapi sepanjang tahun 2017 saya sibuk dengan rakaman dan persembahan di festival muzik. Seandainya diberi pilihan, saya ingin memenuhi kesemua jemputan namun saya perlu bijak untuk menilai apa yang lebih memberi impak pada karier.

 

CINTA 14, 160 KILOMETER Kisah cinta Yuna dan Adam Yousof Mohamed Sinclair bukan lagi rahsia. Satu Malaya heboh mengenai majlis pertunangannya. Masakan tidak kerana Yuna bijak menyembunyikan hubungan ‘mesra’nya. Dimulai dengan majlis merisik pada 27 Mac 2017, disusuli majlis pertunangan pada tanggal 5 Ogos 2017 dan majlis perkahwinan pada tarikh 27 Januari lalu. Kini Yuna sah bergelar isteri kepada jejaka yang juga adik kepada pelakon terkenal negara Ashraf dan Aishah Sinclair. Ditanya mengenai Adam, Yuna membalas lembut berserta senyuman. “We connect in a lot of different levels, membesar bersama-sama di Kuala Lumpur, menggemari perkara yang sama seperti filem, visi yang sama dalam kehidupan dan kepercayaan yang sama. Saya rasa sebab mengapa ksmi serasi bersama kerana kami saling memahami dan berkongsi matlamat hidup yang sama. Juga mungkin sebab cara kami, maksud saya, we’re both Malaysians, kita mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara-perkara penting dalam kehidupan antaranya bagaimana kita berdua mencintai dan menghargai ibu bapa kita, how we are true to our roots. Saya suka bahawa saya tidak perlu menjelaskan perkara tertentu kerana, dia sudah tahu mengenai saya . Tentang rasa itu it felt natural, hubungan saya dengan Adam sangat simple dan terbit rasa tenang tiap kali kami berjumpa, berbicara dan bercanda. I think we got to a point where we both knew we cannot live without each other, so we decided to get married.

See also
"Saya Akan Merindui Awak Ainul..." Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Dr Nur Amalina Che Bakri Tidak Semua Tahu

 

Tidak kekok setelah sekian lama bersendirian dan kini bergelar isteri? “It’s simple… I love him. And I know he loves me. Jujur saya katakan, Adam

 

seorang yang sangat rendah hati dan tidak pentingkan diri sendiri, dia peduli terhadap orang-orang di sekelilingnya. Pada kali pertama saya melihatnya sewaktu bekerja dalam satu set. Saya kagum melihat Adam yang sabar dan tenang serta bersikap baik kepada semua orang walaupun selepas 12 jam bekerja. Dia memang menakjubkan, dia mempunyai tenaga yang positif dan membuatkan saya senang dan sentiasa mahu berada disampingnya.” Begitu juga dengan kehidupan selepas berkahwin, Yuna akui dia dan Adam sangat ambitious serta supportive. I bertemu dengan seseorang yang mampu mendorong saya untuk terus berusaha and I think I’m also excited that when I finally have time to relax, I’ll have him with me. Walaupun kami akan terus meneruskan kerjaya masing-masing, jarak antara Kuala Lumpur dan Los Angeles bukan halangan.”

 

Kariernya tidak terhenti sehingga sini sahaja kerana dia mempunyai impian yang lebih besar untuk menawan industry muzik Amerika Syarikat terutamanya Grammy Award. “Bukan sesuatu yang senang kerana perjalanannya masih jauh. It would be nice to win a Grammy Award one day, but only if I deserve it! Kena capai satu tahap dalam industri, baru boleh dapat top 100, kemudian top 15, top 5… sangat susah. Tetapi siapa tahu ada rezeki suatu hari nanti!

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2018