YM Raja Aishah Maryam, The 21st Century Princess

Cover, Personaliti

YM Raja Aishah Maryam, The 21st Century Princess

158

Raja Aisyah Maryam, puteri berjiwa besar bercerita mengenai kerjaya, keluarga dan komitment wanita hari ini yang penuh kredibiliti.

 

Raja Aisyah Maryam Raja Mufik Affandi Raja Khalid, 29, lebih mesra di sapa Aisyah. Senyuman yang membariskan giginya bak mutiara itu menjadi penarik utama wanita berkulit kuning langsat ini. Orangnya ramah dan suka berjenaka. Sesekali kami memecahkan kesunyian di kafe dengan gelak tawa kami. Sebelum itu sewaktu di studio untuk sesi pemotretan dia gembira apabila mendapat tahu dia bakal menyarungkan persalinan daripada Dior kerana jenama tersebut sangat dekat di hatinya.

 

Menyorot latar belakangnya, gadis cantik ini adalah puteri kerabat diraja Perak. Nenda sebelah ayahnya adalah sepupu kepada Sultan Idris. Dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris adalah Nenda kepada Sultan Perak sekarang yakni Duli Yang Amat Mulia Sultan Nadzrin Shah. “Yes DYMM Sultan Nadzrin Shah is my distance uncle. Protokol di istana tidak menjadi masalah kepada saya kerana sejak kecil saya sudah dilatih dengan adat istiadat dan protokol di istana,”

 

Sewaktu berbual saya mendapat tahu yang Raja Aisyah Maryam adalah pelajar pintar sejak di bangku sekolah lagi. Memulakan pendidikan awal di BIES Child Development Centre di Subang, dia kemudian bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Megah, dan menerusi pencapaian cemerlang UPSR, Aisyah meneruskan pengajian menengahnya di sekolah berprestij tinggi yakni TKC ( Kolej Tunku Kursiah). Tamat persekolahan wanita ini menyambung pengajiannya ke Universiti Nottingham di Malaysia dalam bidang Accounting and Finance dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Universiti Queenmary di London. Ditanya perbezaan pembelajaran di luar negara dan dalam Negara, kata Raja Aisyah keduanya-duanya tidak banyak bezanya. Belajar di luar negeri akan membentuk peribadi untuk belajar lebih berdikari dan pembelajaran di sana lebih terbuka. “Pengalaman belajar di luar negara dan dalam negara sebenarnya tidaklah begitu berbeza cuma di tempat orang kita akan didedahkan dengan persekitaran yang berbeza yang sekaligus turut mempengaruhi cara kita berfikir. And it really opens your eyes to different perspective.

 

Menurut Aisyah lagi, dia gemar mengembara sejak kecil lagi, dan apabila berpeluang belajar di London, seperti kebanyakan pelajar, dia juga mengambil peluang untuk melawat ke negara-negara Eropah lain sepanjang pengajiannya di sana. “Zaman belajar dulu saya memang rajin buat Europe tour dengan kawan-kawan. Antara yang saya lawati adalah Greece, Italy, Amsterdam, France, Portugal, Switzerland and the list goes on. Tetapi dalam banyak-banyak negara yang saya lawati saya jatuh cinta dengan Istanbul! Pada saya Turki adalah negara tercantik. Bukan sahaja pemandangan dan alam semulajadinya cantik tetapi pegawai keselamatan di sana pun handsome hahah!” Ujarnya berseloroh.

 

Hari ini Aisyah bekerja sebagai Equity Analyst di Maybank. Dia senang dengan kerjayanya dan mahu menimba sebanyak-banyak pengalaman di sana. Aisyah yang gemarkan subjek Matematik ini seronok kerana kerjanya membabitkan kira-kira. Ditanya apakah cabarannya dalam mengendalikan tugasannya Aisyah menjawab penuh hemah, “I’m doing equity analysis. It’s interesting and challenging at the same time because stock prices are not always fundamentally-driven. You can never get it right 100% of the time.”

 

Bercerita soal fesyen, Aisyah tidak gemarkan helaian yang terlalu seksi dan pilihan rona yang bosan. Saya tidak pakai sut, dress dan skirt yang terlalu serius di tempat kerja dan saya cukup suka tas tangan. “Saya sering meminjam tas tangan Dior dan Chanel ibu kerana ia kena dengan personaliti saya. Kasut kegemaran saya adalah Manolo Blahnik dan saya turut menyarungkan kasut tersebut pada hari perkahwinan saya,” kata Aisyah yang juga suka mengumpul sepatu Salvatore Ferragamo.

 

CINTA PANDANG PERTAMA Puteri cantik ini juga baru mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Aisyah dan suaminya, Muhammad Haiqal Muhammad Ali yang bekerja di Khazanah dalam bidang pelaburan ini berkenalan selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. Percintaan mereka berputik sewaktu pertama kali berjumpa suami di rumah jiran Aisyah. Dan mereka berdua setuju yang ia adalah cinta pada pandangan pertama. “Saat pertama kali melihat dirinya, saya terus tertarik dengannya, tak sangka itu adalah jodoh saya!”

 

Bagi Raja Aisyah manisnya kehidupan selepas berumah tangga berbeza daripada zaman bercinta. Dia seakan mengenali suaminya dengan lebih mendalam. Aisyah menyifatkan personaliti suami seorang yang serius. “Ya suami saya lebuh selesa berlawak dan ramah mesra jika dia kenal seseorang dengan rapat.”

 

Mengimbas kembali pada hari perkahwinannya, Aisyah mendapatkan khidmat Reka Teemor sebagai wedding planner yang bertanggungjawab membuat dekorasi majlis dan pelaminnya. Sementara busana pengantin dia menggayakan helaian daripada tiga pereka iaitu Adila Long, Nuritha Harith and Man Kajang. “Saya tidak terlalu stress untuk persiapan perkahwinan. Saya percayakan pereka fesyen saya dan ternyata setiap adibusana perkahwinan saya amat cantik, yes I was not a bridezilla! Hahah”

 

Aisyah akui dia bersyukur kerana suaminya bukanlah jenis lelaki yang mahukan isteri memasak untuknya dan suaminya dapat menerima dirinya yang belum lagi handal di dapur, “Saya sebenarnya tak pandai memasak, buat masa ini kami duduk di rumah ibu bapa saya pada hari kerja dan hari minggu di rumah mentua. Nanti apabila kami berpindah ke rumah sendiri saya kena belajar memasaklah nampaknya. I’ll try my best to cook for him once a while! Bila dah kahwin ni, saya berasa macam 24 jam bersama suami, jadi saya masih dalam proses sesuaikan diri bersama suami.

 

Bercerita soal anak, dia menginginkan dua cahaya mata dan jika diberi rezeki seorang lelaki dan seorang perempuan. Aisyah sempat berkongsi yang dia akan menerapkan cara didikan ibu bapanya terhadap dia adik-beradik kepada anak-anaknya kelak. Kerana orang tuanya sentiasa mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling menyayangi untuk tumbesaran anak-anak kerana jiwa mereka yang sensitif dan mudah terikut-ikut perasaan. “Ibu dan ayah sentiasa berpesan kepada kami sewaktu menuntut di luar negara dan menekankan kepada kami bahawa tidak semua nilai Barat itu boleh dicontohi berbanding adat timur yang diwarisi daripada nenek moyang kita ,’’

 

Berbicara mengenai perancangan masa hadapan, Aisyah berharap dia dapat membesarkan anak-anaknya dengan didikan yang sempurna di samping terus memberi fokus kepada kerjayanya. Dia juga bercadang untuk memiliki perusahaan sendiri berupa produk penjagaan wajah. Baginya wanita zaman sekarang perlu menjaga kesihatan dan kecantikan diri agar mereka dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada kerja dan keluarga. Dan Aisyah percaya, wanita perlu terus mengejar impian untuk membolehkan mereka terus teguh agar menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dan keluarga terutama pada anak-anak mereka.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mei 2018

Your email address will not be published. Required fields are marked *