Tidak Rasa Tergugat- Tiz Zaqyah Percaya Kemantapan Lakonan Menjadi Pengukur - Glam Malaysia

Tidak Rasa Tergugat- Tiz Zaqyah Percaya Kemantapan Lakonan Menjadi Pengukur

Penata Gaya: Suzie Adnan

Penyelaras: Zuhairie Sahrom

Arahan Seni: Ashura Hakim

Gambar: Eric/ Blink Studio

Solekan: Sheng Saw/shengsaw.com

Dandanan: Bibian Leong/HAIRMENU
 

Untitled

Gambar: Arkib GLAM


 
Menjadi pelakon nyata bukan profesion yang dihajati olehnya. Bermula dengan sekadar suka-suka Tiz Zaqyah membuka ruang masa depannya dengan berlakon. “Saya sendiri tidak menyangka penerimaan yang hebat daripada penonton dan semestinya Nur Kasih melonjak nama saya naik sehingga ke hari ini dan rezeki saya terus memihak di bidang ini. Pengarah, Kabir Bathia adalah insan yang bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar, selain aktres-aktres senior,” ujar Tiz. Siapa yang boleh lupa akan gadis yang bernama Nur Amina. Satu Malaya ingin mendampinginya dan gandingan mantap bersama Remy Ishak akan senantiasa diingati.
 
Lepas satu drama bersiri, dia tampil dengan yang baru. Seolah-olah tiada penghujungnya. “Ramai yang ingat menjadi pelakon atau artis ini senang. Bersiap cantik, pakai baju mahal mahupun menghadiri acara-acara glamor. Acting has nothing to do with those. Dalam pada saya menerima tawaran berlakon, skrip adalah yang paling penting. Jalan penceritaannya perlu ada nilai moral untuk kita ambil iktibar. Memikul tanggungjawab sesebuah karakter itu bukan senang. Saya mahu bereksperimen dengan variasi watak. Tidak hanya mahu tertumpu pada satu. Saya perlu mempamerkan kebolehan yang saya ada dan terus belajar melalui kesilapan, tanpa rasa jemu.”
 
“Sememangnya kehidupan saya agak sibuk kerana penggambaran sesebuah drama itu banyak memakan masa. Kebiasaannya mengambil dua ke tiga bulan lamanya. Lantaran itu, saya terpaksa untuk tidak menerima apa-apa tawaran berlakon filem kerana khuatir jadual nya mungkin akan bercanggah. Bila berkata tentang kehadiran pelakon-pelakon baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan ini. Tiz berkata, “saya tidak pernah berasa resah dan tidak pernah menyifatkan kehadiran mereka akan menggugat rezeki saya di dalam bidang seni ini. Memasang niat yang baik itu penting untuk kesejahteraan masa hadapan. Hadirnya mereka ini memberikan warna juga setiap manusia itu berbeza. Saya percaya kemantapan lakonan masing-masing yang menjadi pengukur dan kami semua harus mengambil cabaran ini sebagai budaya saing yang positif.”
 
“Cabaran yang harus saya tempuhi sebagai pelakon adalah untuk menjinakkan diri dalam dunia perfileman yang nyata punya seribu satu kisah yang lain pula. Lebih banyak tekanan biarpun mungkin sesi penggambarannya agak singkat untuk dibandingkan dengan drama. Saya mahu mencuba seberapa banyak karakter yang mungkin dan keluar dari zon selesa saya sebagai pelakon. I don’t want to repeat the same thing if I want to improve myself. Buat masa sekarang, dunia teater tidak mungkin saya ceburi kerana punya stage fright dan tahap keyakinan yang tidak begitu tinggi.” Ujarnya sambil ketawa kecil.
 

See also
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Hargai Projek Seni