Julie Anne Kang, Aina Syahirah, & Bahiah Zulkifli Kongsi Tip Bercuti

The Women About Town: Aina Syahirah, Bahiah Zulkifli dan Julie Anne Kang

Kembara secara solo, beriring dengan entourage atau bersama teman-teman rapat, what kind of globe-trotter are you? The women about town diundang glam untuk menyingkap memori pengembaraan mereka juga berkongsi tip merencana percutian terindah.

Lokasi penggambaran menjadi tumpuan lima kumpulan wanita dari pelbagai latar belakang juga profesion. Geger studio dibuatnya dengan gelak tawa bersulam canda riang mereka. Menghimpunkan kesemua 19 wanita bukanlah senang. Namun, kesemua mereka mesra sekali didampingi dan mudah diajak bicara. They’re totally enjoying themselves, that’s for sure.

Penggambaran bermula seawal sembilan pagi. Himpunan busana musim luruh/sejuk 2016 sedia tergantung menunggu masa untuk digayakan para wanita urban ini. Hari dimulakan dengan kehadiran kumpulan pertama yakni barisan pelakon terkenal tanah air, Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani.

Kemudian beralih kepada dua kumpulan wanita muda, Aina Syahirah, Bahiah Zulkifli dan Julie Anne Kang.

Sementara Yaya Zahir pula hadir bersama teman rapatnya, Fatin Aziz dan Zirra Azim. Sebelah petang pula Putri Azalea dan saudara kembar, Putri Yasmin tampil bersama Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril. Ratu Cantik, peragawati dan aktivis Thanuja Ananthan bersama adinda kembar, Anuja Ananthan dan rakan karib Carey Ng juga Manisha Jagan menutup tirai penggambaran personaliti GLAM hari itu.

GLAM mengundang Julie Anne Kang, Aina Syahirah dan Bahiah Zulkifli untuk berkongsi memori indah percutian mereka.

Bahiah Zulkifli, Aina Syahirah, dan Julie Anne Kang. Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio

BAHIAH ZULKIFLI Merupakan teman rapat Aina dan Julie sewaktu sekolah menengah hampir 11 tahun lalu. “I’m a big family person dan bekerja sebagai arkitek,” Bahiah tampil mengenalkan diri.

See also
Litupan Sempurna Lagi Ikonik

“Bercerita mengenai persahabatan kami, tiada perkataan yang boleh menggambarkannya. Kami akrab seperti darah daging sendiri. I would say I’m definitely a culture traveler and tourist. Bukankah budaya itu sendiri mengenalkan kita kepada dunia? Merancang percutian penting bagi saya. Saya gemar melewati muzium dan makanan merupakan agenda utama kala berlibur. Although most of the time, things never go as planned and that’s fine because that’s when you discover the most amazing things.”

Memilih London dan Jepun sebagai destinasi membeli-belah, Bahiah menitik beratkan gaya dan keselesaan kala bercuti ke luar negara.

“Ya, selesa itu penting, namun itu bukan alasan untuk tidak bergaya. Keduanya harus dipadukan bersama. Tip mengemas beg untuk bercuti, I don’t have one! I tend to pack everything!” terangnya sambil ketawa.

“Kunjungan ke Jepun baru-baru ini adalah salah satu kegemaran saya. Tips would be research, walk and wander! The craziest thing I did was aimlessly wandering and I got so lost. Sesuai dengan bait-bait kata liburan yang menjadi pilihan, We travel not to escape life, but for life to escape us. Maka, jangan takut untuk sesat kerana dari situ kita lebih mengenali warga setempatnya.”

AINA SYAHIRAH Merencana masa depan dalam bidang perhubungan awam, gadis jelita ini maju selangkah ke hadapan dengan berjinak-jinak dalam dunia perusahaan fesyen.

See also
David Beckham & Biotherm Homme Hasilkan Koleksi Penjagaan Wajah Terbaru

“Berkhidmat sebagai PR, ia mencabar saya setiap hari untuk membaca dengan banyak, mengetahui dan membuat sesuatu perkara dengan lebih lanjut. And I have always been the type who’d like to do it all, and all at once.”

Aina menyifatkan setiap percutiannya harus bergaya juga selesa. KatanyaKita tidak perlu berkompromi antara gaya dan keselesaan. Kita boleh menyarungkan sesuatu yang selesa dan masa sama tetap bergaya. Dahulu saya merancang setiap pakaian saya kala bercuti. Namun, pengalaman mengajar yang mana saya tidak akan pakai semuanya mengikut perancangan terus pulang ke tanah air dengan bagasi yang terlebih muatan. So now what I do is I pack staple pieces with some basics and some statement pieces,” ujar Aina kala memberi tip packing semasa bercuti.

Tatkala bercuti gadis muda ini punya sifat ingin tahu juga agak lasak rencana percutiannya.

“Saya rasa saya seorang curious traveler! I want to do and see everything and anything the destination has to offer. Teringat saat melompat dari menara tertinggi di Sky Jump Vegas! Sungguh menyeronokkan, tetapi sehingga ke hari ini keluarga fikir I’m nuts for doing it. Memori percutian saya unik belaka serta sarat dengan penceritaan tersendiri. Biarpun lawatan bekerja. I’m proud to say I rubbed shoulders with Victoria Beckham, Mira Duma and Diane Von Furstenberg. Starstruck and of course overjoyed.

JULIE ANNE KANG Gadis ini adalah usahawan muda yang sukakan peruncitan fesyen bersama rakan seperniagaan, Aina Syahirah di dalam merencana label kasut untuk wanita bernama Kulet. Bicara soal percutian idaman, Julie mahu melihat cahaya utara Aurora yang menakjubkan di langit pergunungan Sweden atau Norway.

See also
Ulang Tahun Ke-61 Malaysia Baru: Izara Aishah Berbicara Mengenai Masa Depan dan Harapan

Juga berkunjung ke air terjun Iguassu di Buenos Aires. “Jika saya boleh memilih antara liburan dan pengembaraan, sudah tentu saya memilih pengembaraan. I don’t enjoy doing touristy things because I feel like its such a calculated experience of a place thats just meant to make you spend unnecessarily.”

Saya lebih suka memadukan senario tempatan yang mana saya akan memilih untuk menginap di kawasan kejiranan yang tidak punya ramai pelancong. Saya akan makan di mana penduduk setempat makan. I remembered riding a motorbike for almost 80 km in Krabi dressed only in my swimwear and flip flops on the dustiest highway to go cave kayaking,”

Mengemas bagasi dengan membahagikannya dalam kantung yang berbeza saiz adalah penyelesaian yang terbaik. Saya mengemas top, celana dan outerwear juga loungewear secara berasingan di dalam kantung daripada Muji. Menyimpan kelengkapan secara teratur membolehkan pemeriksaan keselamatan dengan cepat dan mudah,” terang Julie mengenai caranya mengemas bagasi.

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2016

Artikel berkaitan: 3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini