The New Super Models: Vanizha, Nadira, Wil

The New Super Models: Vanizha, Nadira, Wil

GLAM menampilkan Malaysia’s Next Top Model – RITA NADIRA, WIL B dan VANIZHA dalam set musim luruh Chanel. Lebih istimewa, penampilan khas dari supermodel 80-an Shashah Hamid yang ditiup roh mendiang Coco Chanel.

 

Industri peragaan di tanah air hari ini semakin berkembang, kerjaya yang berkaitan fesyen semakin diberi perhatian. Nama gah seperti Tinie, Gwen Lu, Tuti Noor cukup sinonim sebagai supermodel Malaysia. Isu kali ini GLAM memilih pelapis model yang mungkin satu hari bakal menggegarkan industri fesyen dengan bakat dan keunikan yang ada pada Wil B, Vanizha Vasanthanathan dan Rita Nadira.

 

RITA NADIRA Resume peragawatinya masih hijau begitu juga usianya yang baru menginjak 19 tahun. Tuahnya sebagai peragawati bermula apabila kakaknya, Rita Suraya yakni salah seorang supermodel Malaysia meyakinkan si adik untuk turut mengikut jejak langkahnya. Baru bulan lepas gadis berwajah Pan Asia ini bersama si kakak menghiasi ruangan fesyen di GLAM. Sewaktu masih di bangku sekolah Nadira melihat karier kakaknya sebagai model, dia sedikitpun tidak pernah terlintas mahu menceburi bidang itu. Tetapi dalam diam Nadira begitu mengagumi melihat karya pose yang dipersembahkan kakak di majalah. Setiap kali Rita Suraya masuk majalah fesyen dirinya akan membelek sehelai demi sehelai dengan penuh bangga. “Sewaktu kak Su (Rita Suraya) menjadi wajah GLAM gandingan bersama Atikah dan Tuti pada September tahun lepas, pantas saya berteriak, “I want to be on the GLAM cover too!” Rezeki saya, angan-angan mat jenin bertukar kepada realiti!”

 

Tahun ini juga Rita Nadira satu pentas bersama Rita Suraya untuk acara tahunan besar di kota yakni Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). “Ya Tuhan, kalau selama ini saya hanya menghadiri show Kak Su, tetapi kali ini saya sepentas dengan Kak Su! Gemuruh yang teramat hinggap pada diri saya. Waktu di runway saya panik memikir cara saya berjalan okay ke? Pose saya di hadapan kamera bagaimana? Angle muka saya bagaimana? There were too many questions in my head. Berbeza dengan Kak Su yang tenang sahaja,” ujarnya meluahkan perasaan pertama kali memperaga baju untuk majlis besar di ibu kota.

 
[envira-gallery id=”83063″]

Ditanya siapa ikon fesyennya, pantas dia menyebut nama kakaknya, Rita Suraya. “Seperti yang saya kata, saya tidak pernah simpan cita-cita mahu jadi model, so I’m not really a fashion-conscious girl. Jadi saya hanya minat Kak Su saya seorang. Dan gaya harian saya, semuanya santai dan kadang-kadang selekeh! And I love to be barefaced. Jadi seronok juga buat modelling job ini apabila sesekali wajah dicalit make-up rambut didandan.”

 

Pelajar jurusan Seni Persembahan di UiTM ini pada awalnya beranggapan kerja sambilan modelling ini hanyalah buat duit saku lebih untuknya yang masih bergelar pelajar. Kerana cita-cita sebenar gadis ini ialah mencipta nama di gelanggang layar perak. Dan kalau diberi tawaran dia tidak gilakan watak heroin yang berwajah cantik sebaliknya dia teringin sekali melakonkan watak antogonis. Pun begitu menurut empunya diri, rasa cinta dalam bidang modelling semakin mendalam. “Seronoknya kerja modelling ini, senang sahaja peragakan baju di hadapan kamera dan balik. Itu sahaja. Memandangkan saya masih belum pernah ke luar negara, saya berharap karier ini dapat membawa saya ke serata dunia seperti kakak saya! And yes! Today, it is really an honour for me to be given the chance to wear Chanel! Pada usia 19 ini, mana mungkin saya mampu memiliki helaian mewah sebegini. Dapat merasa dengan memperagakan pun sudah amat bermakna buat diri ini,” jelas Rita yang teruja dibaluti busana Chanel. Ralit dia membelek cermin mata hitam dan rantai mutiara Chanel yang tersusun dari hujung meja ke hujung meja.

See also
Lima Pulau Peribadi Wajib Kunjungi

 

Rita Nadira menjelaskan keturunannya apabila saya menegur wajahnya seperti Pan Asia berbeza dengan kakak yang cantik berkulit sawo matang. Katanya datuk sebelah bapa India Muslim berkahwin dengan nenek yang berbangsa Cina. Sebelah ibu katanya memang berketurunan mami jarum Penang, saja dia berseloroh dengan saya. Mungkin dia berkulit cerah ikut neneknya yang berbangsa Cina. Bercerita soal cinta, ternyata hatinya sudah dicuri dan menyimpan angan-anagan untuk berkahwin di usia 27 nanti.

 

WIL B Bermula dengan menerima jemputan ke pertunjukan fesyen Keith Kee oleh teman pasukan bola keranjangnya yang bekerja selaku model, sekaligus mengorak karier modelling  Beh Kai Seng, 22, atau lebih dikenali sebagai Wil B ini. Siapa sangka pertama kali menghadiri pertunjukan fesyen dengan berketinggian 187 cm dia telah menambat hati catwalk guru Malaysia, Benjamin Thong. Atas nasihat Benjamin, dia mengikuti kelas modelling didikan Benjamin. Setahun selepas itu Wil B memasuki pertandingan Malaysia Model Search dan tuah menyebelahi dirinya apabila berjaya meraih tempat pertama. Dari situ sedikit demi sedikit dia melakar nama dalam industri modelling tanah air. Berbeza dengan Rita Nadira, walaupun buat pertama kali berjalan untuk pertunjukan fesyen besar yakni KLFW, perasaan gementar tidak mencuit dirinya bahkan dia teruja untuk pertunjukan fesyen mega itu. “Acap kali saya di pentas runway, tahap keyakinan diri semakin bertambah, lelaki lebih mudah daripada model wanita. Kerana kami tidak bersepatu tumit tinggi seperti mereka. Apa lagi yang mahu dirisaukan, jalan sahaja lah!”

 

Pelajar Sunway College jurusan perakaunan ini akui, daripada kosong pengetahuan fesyen, sedikit demi sedikit dia sendiri cuba mempelajari dan memahami fesyen. Dia tidak mahu hanya mengenakan busana yang digayakan pihak majalah tetapi tidak tahu menahu mengenai sesuatu jenama yang digayakannya. “Misalannya hari ini saya menggayakan helaian Chanel. I want to know who created this brand. Saya buat sedikit research, dari situlah saya kenal siapa gerangan mendiang Coco Chanel. And the appearance of Shashah Hamid today who has an uncanny resemblance to Coco Chanel with the looks given to her,” jelasnya penuh ekspresi. Biarpun baju ini khusus untuk wanita, Wil sempat memberitahu saya yang dia kagum dengan pembuatan seni estetika Chanel yang mana jahitannya halus dan perincian pada fabrik masih mengekalkan elemen klasik yang menjadi nadi Chanel.

See also
GLAM Life: Lyn

 

Rita Nadira dan Vanizha sememangya sudah beberapa kali tampil di majalah GLAM, tuah menyambar Wil B apabila inilah buat julung kalinya dia disunting GLAM. “Jackpot! I’ve got to be on the cover straight away! Jujurnya inilah pertama kali saya menjadi wajah depan majalah. Selalunya saya hanya menghiasi ruangan fashion spread di majalah lain sahaja,” ujarnya lagi. Ditanya mengenai perancangan kariernya, Wil akur dengan permintaan modelling untuk model lelaki tidak setinggi seperti model wanita, tetapi melihat pereka tempatan yang kini banyak memgeluarkan helaian koleksi buat lelaki membuatkan dia yakin satu hari nanti permintaan ke atas model lelaki akan sehangat permintaan model wanita.

Wil juga kini bergelar DJ radio di stesen On.fm pada setiap Ahad jam dua petang ke empat petang. “Setelah bergelar dj radio, saya teringin sekali menceburi bidang pengacaraan, I think I can give hosting and emceeing a try as it is very much in demand now. Tengoklah kalau saya ada tawaran mana-mana saya akan cuba.”

 

Mengintai sisi hidupnya, Wil sangat aktif orangnya. Setiap minggu tiga hari dia akan ke gim di Cross Muay Thai, Jaya One. Dan ada masa dia akan berenang dan beriadah dengan sukan bola keranjang. Wil juga merupakan bekas atlet sekolah mewakili peringkat daerah untuk sukan renang. “Dengan kerjaya saya sebagai model, saya amat pentingkan regim fitness saya di gim. Saya tidak boleh terlalu kurus dan tidak pula berisi. Badan saya harus sedang elok agar apabila memakai helaian lelaki nampak segak. After all, I love to have a toned body,” ujarnya sebelum menuju ke gim setelah selesai sesi temuramah.

 

VANIZHA VASANTHANATHAN Cantik! Itu yang bisa saya lihat pada wanita India ini. Kulit gelapnya nyata menceritakan keunikan pada setiap bangsa di Malaysia. Saya perhatikan dirinya dari atas ke bawah. Mulus kulitnya. Vanizha, 23, atau lebih senang disapa Vee ini, mula jatuh cinta pada dunia fesyen apabila menonton rancangan realiti popular, America’s Next Top Model seawal usia sembilan tahun. Di fikirannya hanya orang berkulit cerah layak untu menjadi model. Hitam itu tak cantik. “The moment I saw Tyra Banks and Naomi Campbell on TV, it gave me hope that one day I can be a model despite my dark skin,” ujarnya memulakan bicara.

See also
Gadis Front Row di Minggu Fesyen

 

Vanizha sudah beberapa kali merias ruangan fesyen GLAM, dan setiap kali kemunculannya membuatkan ramai yang tertanya-tanya, who’s that girl? Semua gara-gara perwatakannya yang anggun mengayakan setiap busana dengan sempurna. “Percaya atau tidak, sewaktu saya berusia 10 tahun ayah ada belikan majalah Marie Claire kerana cover depan majalah adalah wanita India. I wondered if one day I can be on a cover. Nah hari ini macam mimpi pula saya terpilih sebagai salah seorang wajah depan GLAM. Who in their right mind wouldn’t want to be on GLAM’s cover?” sambung pelajar Multimedia ini lagi menjadi model adalah satu-satunya kerjaya yang diimpikan. Dan dia bersyukur kerana ramai rakyat Malaysia yang boleh menerima kulit gelap dalam industri fesyen. “Saya mahu jadi ikon kepada wanita berkulit gelap untuk berani dan yakin pada kecantikan diri. Kerana peratusan model India terlalu sedikit berbanding Melayu dan Cina di negara kita.”

 

Sejak masuk ke studio lagi Vee sudah terpegun dengan koleksi Chanel daripada helaian, but, topi hinggalah ke aksesori. “I can’t wait for the shoot!” ujarnya teruja setelah melihat koleksi yang bersusun rapi ini. “How can I not love Chanel when I have always loved fashion… jenama yang bertapak dari 1909 masih gah bertahan sehingga ke hari ini. Perniagaan fesyen ini sudah berusia 107 tahun di industri. Tentunya saya amat berbangga dapat memperagakan koleksi baju Chanel yang masih mengekalkan identiti vintaj dalam setiap koleksinya. To me, Chanel is for women of any age as it symbolises feminine elegance,” jelasnya bersungguh-sungguh.

 

Melihat pada susuk tubuhnya siapa sangka Vee seorang yang kuat makan dan dia sentiasa berperang dengan nafsu untuk kurangkan pemakanannya demi kerjaya modelling. “It’s really hard for me to control my eating. Tetapi kalau saya terlebih makan, pastinya saya akan bersenam atau menari, kerana saya juga seorang penari tradisional India. Dengan itu saya bisa hilangkan rasa bersalah pada diri. It is all about your mindset I guess.”

 

Vanizha juga sempat berkongsi pengalamannya di India untuk sebuah pertunjukkan fesyen besar-besaran yakni Lakme Fashion Week di Bombay. “Selama 10 hari di sana saya memperagakan helaian daripada pereka fesyen terkemuka India seperti Sabyasachi, Manish Maholtra, Gaurang Sha dan ramai lagi. It was literally a dream come true. I was on cloud nine for those 10 days!” ujarnya lagi dia sudah buat keputusan untuk meneruskan karier modelling di London. Dengan harapan dapat mengharumkan nama Malaysia satu hari nanti. Menilik nasibnya 10 tahun dari sekarang Vee melihat dirinya sebagai supermodel terkemuka.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Oktober 2016