Tengku Chanela Jamidah

Tengku Chanela Jamidah

TCJ

Tengku Chanela Jamidah,  sungguh rupawan orangnya dan dalam kelembutannya itu ada sedikit edgyness melalui fashion sense-nya yang eklektik dan nonchalant. Kerabat Pahang secantik Tengku Jamidah, tentu sekali semua orang mahu ambil tahu siapakah gerangan jejaka yang berjaya memperisterikannya. Kata Tengku Jamidah, lelaki yang dinikahinya bukanlah orang jauh. Tengku Salehuddin Tengku Sulaiman Shah, kerabat dari Selangor dan Johor yang juga teman baiknya yang sudah dikenali sejak kecil. Kisah bagaimana Tengku Jamidah dan Tengku Salehuddin bertemu satu lagi cerita yang cukup menarik untuk dikongsi.
 
Sejak zaman kanak kanak, kedua-duanya rapat berkawan tapi akhirnya terpisah sebaik melangkah ke alam remaja. Tengku Salehuddin ke Perth semasa berumur 11 tahun dan dua tahun kemudiannya, Tengku Jamidah pula berangkat ke Amerika Syarikat dan menetap di sana. “Bertahun kami tidak bersemuka sampailah kami terjumpa kembali di Hard Rock Cafe semasa saya berusia 16 tahun! Dia ajak saya keluar pada minggu berikutnya. Ahh… teenage love. Tapi dia terpaksa kembali ke Perth. And just like that it ended.” Sambung Tengku Jamidah lagi, “Masa kami ‘terpisah’ dulu, suami saya ada pergi ke sebuah kem di kawasan pergunungan. Suatu malam dia ternampak bintang jatuh (shooting star) lalu dia pun make a wish, mahu suatu hari nanti bersama saya. Saya sebelum ini tak pernah nampak pun bintang jatuh tapi sewaktu bercuti di Las Vegas tahun lalu, buat kali pertamanya ia berlaku di depan mata saya. And I thought we are really meant to be! Haha, so cheesy kan? Even before six seven years back, he already thought of names for our children by combining the names of our fathers and mothers. He’s really cute!” Tengku Jamidah ketawa lagi tapi lebih jelas dia nyata sedang bahagia.
 

See also
Blue Ivy Memakai Dress $26,000 Oleh Gucci

[soliloquy id=”2750″]

 
“Kalau ada masalah dengan teman wanitanya, dia pasti mengadu pada saya. Begitu juga saya. I guess we both secretly knew that we belonged to each other. I’ve always known that he’d be mine.” It would break his heart if we remain just friends so he wanted to go all the way. He said deep inside, he always knew the woman he wanted to marry was me. Tanpa fikir panjang dia pun terus melamar saya… it was a straight-forward marriage proposal and finally I said yes.”
 
 
Dipetik dari GLAM Ogos 2012