Supermodel, Tengku Azura Sebagai Ikon Pujaan Malaysia

Personaliti

Supermodel, Tengku Azura Sebagai Ikon Pujaan Malaysia

615

SUPERMODEL, TENGKU AZURA DAN ROCKSTAR, ELLA BERKONGSI KENANGAN SEWAKTU BERADA DI PUNCAK GLAMOR SEBAGAI DUA IKON PUJAAN MALAYSIA.

 

Tengku Azura jika ditanya siapa ikon dunia peragaan tentulah nama Tengku Azura yang meniti di bibir. Saya fikir memang dialah selayaknya bergelar ikon fesyen dalam industri peragaan tanah air. Ya, tidak keterlaluan jika saya kata Tengku Azura umpama Kate Moss Malaysia. Dan ramai yang beranggapan Tengku Azura Tengku Awang sudahpun bersara dari dunia modelling. Pembetulan, dia masih lagi terbabit dalam bidang peragaan. Cuma kini dia lebih bersifat selektif kerana empunya diri sudahpun berhijab. “Yes, I still do modelling!” GLAM berterima kasih di atas kesudian Tengku Azura member kerjasama dengan kami untuk ruangan ini. Istimewa, sesi fotografi ini adalah julung kalinya Tengku Azura tampil dengan imej terbarunya iaitu berhijab. She’s still that same fashion girl, only new with the hijab! Walaupun sudah lama tidak beraksi di depan lensa, Azura anggun dengan persalinan Rizalman sambil memberi pose yang terbaik pada Eric.

 

“Saya suka memandu mungkin saya adalah pemandu teksi atau Uber driver jika saya tidak bergelar model,” ujarnya berjenaka dengan saya. Azura terlebih dahulu memohon kerja sebagai pramugari, tetapi rezekinya tertulis di bidang peragaan. Selama 23 tahun bergelar model, tentunya banyak pengalaman yang mewarnai hidupnya. Cilla Foong adalah orang yang bertanggungjawab di atas kejayaannya hari ini. Siapa sangka pertemuan yang tidak dirancang mengangkat nama Azura sebagai Supermodel tanah air? Waktu itu Cilla saja mengajak Azura menyertai agensi modelnya sebaik melihat wanita tinggi lampai ini di Lot 10.

 

“Kalau diimbas kembali lucu juga kisah saya ini. I was a tomboy back then, jadi apabila diberi peluang menjadi model apa pun saya tidak tahu. Seumur hidup saya tidak pernah memakai sepatu tumit tinggi. Sewaktu latihan saya perlu bersepatu tumit tinggi hitam. Manalah saya ada kasut tinggi. Jadi saya pinjam sepatu milik makcik saya. Makcik saya nurse, jadi putihlah kasutnya. Sanggup saya beli spray hitam untuk tukar warna sepatu itu. Dan lucunya saya sampai di tempat training, habis lantai hitam dengan tapak kasut saya akibat spray cat yang tidak kering lagi. Cilla yang mendengar cerita saya itu terus membawa saya ke kedai kasut dan membelikan sepatu tumit tinggi. Itu adalah kasut tumit tinggi saya yang pertama!”

 

Kerjayanya telah membawa dirinya merantau ke kota-kota fesyen terkenal dunia. Dirinya betul-betul jatuh cinta dengan kerjaya model apabila buat pertama kalinya dia diterbangkan ke Rom untuk pertunjukan fesyen Tom Abang Saufi. Selepas daripada itu Tengku Azura seperti goreng pisang panas, one of the select few top models to be featured in fashion spread of top magazines. Azura juga pernah menjadi model untuk jenama Christian Dior tahun 2000 hingga 2001. Dirinya juga turut mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara seperti di New York, Paris dan London. Namun semuanya ditolak atas sebab-sebab tertentu dan salah satu sebabnya apabila dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya. Paling lama Azura pernah berjauhan dengan keluarga atas tuntutan kerja adalah sebulan. Lebih daripada itu biasanya dia akan menolak tawaran tersebut. Antara anugerah yang diraihnya adalah Mifa Model of The Year pada 2002 dan Model of The Year tahun 2010 oleh STYLO.

 

Kata Azura pada tahun 90-an bukan sembarangan orang boleh menjadi model seperti hari ini. Kalau sekarang asalkan ada ketinggian dan berwajah cantik terus layak menjadi model. “Kalau zaman saya dulu, kami harus menyertai training dan selagi kami tidak bersedia, mereka tidak akan lepaskan kami untuk menjadi model. Training class adalah untuk kami belajar cara catwalk yang betul, bersolek, groom imej diri, cara bertutur dan tata tertib disiplin di tempat kerja. Model 90-an dulu bukan macam model sekarang. Waktu itu dunia publishing atau surat khabar tidak banyak bajet. Kami akan bersolek sendiri, dan ada satu luggage khas yang diisi dengan timbunan sepatu beraneka jenis dan warna. Ada sepatu platform, pointed heels, peep toe heels, but dan sandal. Biasanya selepas memakai baju yang diperagakan, kami memang telah dilatih untuk gantung semula baju di penyangkut baju cantik-cantik. It’s totally different from today where I have my glam squad to do every single aspect of my photoshoot!” Katanya diikuti dengan gelak tawa kami di butik Rizalman.

 

Menyorot kehidupan peribadi Azura dia menyifatkan dirinya sangat ringkas orangnya. “I am not that fabulously fashionable girl that goes all-out for fashion. Saya dah merasa pakai helaian mewah daripada usia muda lagi, kerana itulah kerja saya jadi ia bukanlah menjadi kegilaan saya. Saya pentingkan keselesaan dan gaya itu mesti kena dengan selera saya. Benar saya ada beberapa tas berjenama tetapi itu tidak bermakna saya tidak membeli tas tangan biasa. Seperti hari ini saya memakai fringe bag dari H&M. Seperkara tentang saya ialah, kalau saya dah suka beg itu, saya akan setia dengan beg dan gunakannya sehingga lunyai barulah saya ganti yang baru. Kadang-kadang ada teman yang tidak tahan dia cakap lepas saja tanya kenapa saya asyik pakai bag sama saja, ”please get a new one,” barulah saya tukar bag!”

 

Cakap mengenai isu tudung, dia masih belajar sehingga ke hari ini. Bukan tidak pernah cuba nak membelit selendang, tetapi acap kali saya buat lain jadinya dan naik rimas pun ada. Jadi saya selepangkan saja selendang ini. Mudah. Sesekali kalau nak bergaya ranggi saya pakai turban dan dipadankan dengan baju turtle neck. Imej berhijab ini membuatkan saya berasa lebih yakin diri apabila keluar rumah. Alhamdulillah.”

 

“Sesiapa yang mengenali saya, mereka tahu moto hidup saya family comes first. Cumanya dulu saya sibuk bekerja jarang dapat luangkan masa bersama ibu bapa dan anak-anak. Tetapi dalam kesibukan saya akan curi juga masa untuk bersama mereka. Hidup saya sekarang lengkap bersama suami dan anak-anak. I’m starting to like being in the kitchen which previously I never had the time for. Rutin saya tengok resipi di Youtube dan cuba memasak. Trial and error lah. Ada masa sedap ada masa telan sajalah sebab dah penat masakkan. Haha! But I think I’m doing way better at baking. Harum semerbak dapur kalau saya buat cookies. Saya bersyukur kerana kedua ibu bapa saya masih ada dan saya gunakan waktu yang ada ini kerap melawat mereka. Kehadiran keluarga sebelah suami nyata menebarkan lagi rasa cinta kekeluargaan pada diri ini. At this period of time, I truly feel contented. Saya berharap saya akan terus mengecapi perasan ini hingga ke akhir hayat. Cuma kini doa saya ialah untuk menimang cahaya mata lagi. Sekiranya saya diberikan rezeki anak lagi syukur Alhamdulillah.”

 

Momen terindah bergelar model adalah pada usia 41 ini saya masih menerima tawaran bekerja dan masih mahu saya menghiasi majalah. I think it is all worth it for all my efforts in this industry that people appreciate my job and what I do. It’s an honour for me to be given that responsibility. Nasihat saya pada wajah-wajah baru untuk mempunyai asas modelling yang kukuh. Mereka perlu seseorang yang bisa membimbing mereka untuk mara dalam bidang ini dan bertahan untuk jangka masa yang panjang. Ingin saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih to my fashion guru, Cilla Fong. Tanpa dia saya bukanlah seperti saya hari ini.”

 

kenapa saya asyik pakai bag sama saja, ”please get a new one,” barulah saya tukar bag!”

 

Cakap mengenai isu tudung, dia masih belajar sehingga ke hari ini. Bukan tidak pernah cuba nak membelit selendang, tetapi acap kali saya buat lain jadinya dan naik rimas pun ada. Jadi saya selepangkan saja selendang ini. Mudah. Sesekali kalau nak bergaya ranggi saya pakai turban dan dipadankan dengan baju turtle neck. Imej berhijab ini membuatkan saya berasa lebih yakin diri apabila keluar rumah. Alhamdulillah.”

 

Sesiapa yang mengenali Azura, mereka tahu moto hidupnya family comes first. Cumanya dulu dia sibuk bekerja jarang dapat luangkan masa bersama ibu bapa dan anak-anak. Tetapi dalam kesibukannya, dia akan curi juga masa untuk bersama mereka. “Hidup saya sekarang lengkap bersama suami dan anak-anak. I’m starting to like being in the kitchen which previously I never had the time for. Rutin saya tengok resipi di Youtube dan cuba memasak. Trial and error lah. Ada masa sedap ada masa telan sajalah sebab dah penat masakkan. Haha! But I think I’m doing way better at baking. Harum semerbak dapur kalau saya buat cookies. Saya bersyukur kerana kedua ibu bapa saya masih ada dan saya gunakan waktu yang ada ini kerap melawat mereka. Kehadiran keluarga sebelah suami nyata menebarkan lagi rasa cinta kekeluargaan pada diri ini. At this period of time, I truly feel contented. Saya berharap saya akan terus mengecapi perasan ini hingga ke akhir hayat. Cuma kini doa saya ialah untuk menimang cahaya mata lagi. Sekiranya saya diberikan rezeki anak lagi syukur Alhamdulillah.

 

Momen terindah bergelar model adalah pada usia 41 ini saya masih menerima tawaran bekerja dan masih mahu saya menghiasi majalah. I think it is all worth it for all my efforts in this industry that people appreciate my job and what I do. It’s an honour for me to be given that responsibility. Nasihat saya pada wajah-wajah baru untuk mempunyai asas modelling yang kukuh. Mereka perlu seseorang yang bisa membimbing mereka untuk mara dalam bidang ini dan bertahan untuk jangka masa yang panjang. Ingin saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih to my fashion guru, Cilla Fong. Tanpa dia saya bukanlah seperti saya hari ini.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2016

Your email address will not be published. Required fields are marked *