Sembang Raya Bersama Fiza Sabjahan

Sembang Raya Bersama Fiza Sabjahan

Fiza Sabjahan
 
Rekaan baju Raya yang menambat hati?
Jujur saya katakan yang saya ini lebih senang dengan baju kurung yang diperbuat daripada kain kapas. Ia cukup selesa dan ringkas. Kena dengan jiwa saya yang lebih gemarkan sesuatu yang minimal. Selain itu, pilihan baju kurung kain kapas ini memberikan kebebasan dalam gerakan. Dan, ia berikan anda alasan untuk makan lebih banyak. Kerana potongan yang cukup longgar. Lengkapkan baju kurung kapas dengan rantai yang meninggalkan impak fesyen.
 
Helaian yang anda mahu lihat kembali menjadi pilihan wanita ketika beraya?
Cinta saya pada rekaan klasik dan tidak lapuk dek zaman semakin menebal. Mungkin trend baju kurung Pahang bakal menjadi pilihan wanita buat sambutan Raya kali ini. Ia memberikan satu rasa yang cukup feminin dan unik dengan siluet yang longgar. Selain itu, kebaya turut kekal menjadi himpunan penting untuk sambutan Syawal. Cuma saya sukakan helain yang mempunyai perincian yang ringkas. Boleh juga sarungkan helaian ini untuk ke rumah terbuka atau kenduri kahwin.
 
Apa rancangan sempana Lebaran kali ini?
Saya cukup ringkas orangnya, tidak perlukan helaian yang dramatik. Jika diberi peluang, saya akan sarungkan baju kurung kapas pada setiap hari Raya. Kerana pada hari raya saya akan menjadi orang paling sibuk sekali. Melayan tetamu yang hadir serta membantu di dapur.
 
 

See also
5 Trend Kecantikan Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 24