Sembang Raya Bersama Dara Shafinaz

Sembang Raya Bersama Dara Shafinaz

Dara Syafinaz
 
Ikuti kisah Aidilfitri Pengasas Bersama Adila Long ini.
 
Kenangan silam di Hari Raya?
Lebih kurang 10 tahun yang lalu, ibu jahitkan satu kaftan berona hitam. Saya sarungkan kaftan itu sepanjang hari dan banyak mata melirik pandang kepada saya. Dalam benak fikiran, saya beranggapan mungkin saya kelihatan cukup menawan pada hari Lebaran dan berkaftan hitam. Namun, hanya sedar yang kaftan itu cukup telus menampakkan susuk tubuh saya! Ia adalah momen fesyen yang paling memalukan.
 
Peraturan bergaya apabila Syawal menjelma?
Sarungkan helaian yang menyenangkan anda dan keselesaan itu adalah paling penting sekali. Selain itu, saya cukup memandang berat dalam siluet yang praktikal lebih-lebih lagi setelah mempunyai anak. Namun itu tidak menghalang untuk saya kekal dalam gaya feminin dan chic.
 
Apakah aksesori penting ketika sambutan Hari Raya?
Setiap kali tibanya Syawal, saya akan pastikan mendapatkan beg yang cukup praktikal. Selain itu, pilihan clutch yang unik menambah seri pada penampilan anda. Jika ditanya apa yang ada dalam beg, tentu sekali saya akan bawa bedak talkum yang digunakan apabila baju terkena kuah atau sambal. Basuh sahaja dengan air dan letakkan sedikit bedak talkum. Ia boleh menggurangkan kekotoran yang ada.
 
 

See also
Who's That Girl? Kenali Siapa Fyza Kadir