Sembang Cantik Bersama Thanuja Ananthan

Personaliti

Sembang Cantik Bersama Thanuja Ananthan

288

Teks: Mujahid Saddam

 

ThanujaGambar: Arkib GLAM

 
Bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia ini percaya bahawa gaya hidup semula jadi adalah yang terbaik untuknya. Ikuti sembang cantik bersama personaliti peramah ini.
 
Pernah mewarnakan rambut?
Tidak. My hair is like virgin hair, saya tidak pernah melakukan apa-apa pada rambut, tidak pernah perm atau rebonding, ianya hanya dibiarkan secara semula jadi. Malahan rambut kerinting saya ini juga adalah natural. I’m born with this hair!
 
Potongan rambut pula?
Sehingga hari ini saya masih berkunjung ke sebuah salun yang sama sejak 20 tahun lalu. Saya turut ditaja tetapi masih berkunjung ke tempat yang sama kerana rambut saya terlalu kerinting dan susah untuk dipotong, hanya pendandan rambut di sana yang tahu untuk memotongnya.
 
Pernah mencuba potongan pendek?
Pernah sehingga ke paras telinga dan ianya kelihatan seperti huge bob! Tapi saya gemar akannya, it’s kind of cute! (tertawa).
 
Pandangan terhadap trend rona rambut terang?
Ianya menyerlahkan personaliti individu. Tetapi secara peribadi, saya lebih terarah kepada cara semula jadi tidak kira dari segi kecantikan, solekan, rambut, badan atau diri sendiri termasuklah juga pemakanan. To me natural is the way to go! Saya percaya kepada penerimaan diri seadanya. Penambahbaikan boleh dilakukan tetapi pastikan diri sendiri tidak hilang dalam proses itu.
 
Cara mengekalkan kecantikan rambut?
Sebagai seorang India saya memang dilahirkan dengan genetik rambut yang bagus dimana ianya turut diwarisi dari kedua ibu bapa. Saya turut melakukan rawatan sendiri menggunakan minyak kelapa yang disapukan pada rambut setiap minggu serta jarang mendandan rambut kecuali untuk tuntutan penggambaran. Jika terserempak dengan saya, anda akan melihat saya dengan rambut kerinting besar semula jadi.
 
Solekan pilihan?
Sapuan bedak, maskara, pemerah pipi dan pengilat bibir. Saya tidak menggunakan bedak asas sejak beberapa tahun lamanya dan mendapati kulit tampil lebih sihat. Sewaktu hari biasa yang tidak memerlukan komitmen kerja, saya lebih gemar tampil tanpa secalit solekan.
 
Ada mengamalkan bahan semula jadi untuk rawatan kecantikan?
Saya datang dari keluarga yang mementingkan nilai tradisional. Ibu mengajar kami menggunakan kacang hijau, garam serta gula sebagai skrub. Selain itu saya turut mengamalkan minuman campuran air kunyit dan asam jawa untuk kesihatan dalaman. Madu pula digunakan sebagai pupur muka.
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *