Reese Witherspoon Tidak Menyesal Berkahwin Dengan Ryan Philippe

Reese Witherspoon Tidak Menyesal Berkahwin Dengan Ryan Philippe

Jika membincangkan pasangan terhangat era 90-an sudah pasti ramai yang akan memikirkan Jennifer Anniston dan Brad Pitt, Nicole Kidman dan Tom Cruise, JBritney Spears dan Justin Timberlake, dan juga Reese Witherspoon dan Ryan Phillippe yang sudah pun bercerai pada tahun 2007.

 

Hubungan mereka berputik semasa Phillippe menghadiri acara sambutan hari lahir Witherspoon yang ke-21 pada tahun 1997 di mana mereka meluangkan masa bersama berbual sebelum Witherspoon membuat langkah pertama untuk memberitahu Phillippe bahawa dia berkenan dengan jejak tersebut.

 

Ayat yang diucapkan oleh Witherspoon may be one of the best pickuplines ever! “I think you’re my birthday present.” Well done, Witherspoon!

 

Mereka meneruskan hubungan mereka secara profesionla sebelum berkahwin pada tahun 1999 dan pada waktu itu juga Witherspoon sudah pun hamil dengan anak sulung mereka, Ava Phillippe.

 

Witherspoon memfailkan penceraian pada tahun 2006 dan walaupun mereka sudah bercerai, pelakon wanita ini sedikit pun tidak pernah rasa kesal berkahwin dengan Phillippe pada usianya 23 tahun waktu itu.

See also
#NYFW-Michael Kors Bawakan Stail Glamor Urban Resort

 

Dalam satu sesi temubual dalam rancangan Lorraine, Witherspoon memberi jaminan kepada orang ramai bahawa dia tidak menyesal menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu dan mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang baik demi dua orang anak mereka.

 

Topik ini dibangkitkan apabila Witherspoon membincangkan filem terbarunya, Home Again, cerita mengenai seorang wanita juga merupakan seorang ibu menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka muda.

 

“Ia berkenaan fasa seterusnya dalam hidup anda. Apa yang anda boleh lakukan apabila anda mencapai umur 40 dan anda membuat keputusan untuk berkahwin dan mempunyai anak pada usia 25? Saya sendiri berkahwin pada usia 23 dan dikurniakan dua orang cahay mata apabila umur saya mencecah 27. Saya rasa ianya bagus untuk anda mengenali diri anda.”

 

Dia kemudiannya menambah “Saya tidak akan cuba mengubah apa yang telah berlaku,” sebelum mengaku yang dia tidak akan memberi nasihat yang sama kepada anak sulungnya yang terkenal dengan kemiripannya bersama ibunya. “Saya memberitahu anak perempuan saya, saya rasa, anda lebih mengenali diri anda pada usia 25 tahun.”

See also
Kourtney Kardashian Isytihar Perang Terhadap Victoria Beckham

 

Witherspoon juga menyatakan yang dia telah menerima banyak pengajaran daripada pengalaman itu. Ia ibarat peluang untuk dirinya mempelajari makna berpasangan dan mendirikan rumah tangga.