Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Charming Dambaan Ramai

Prince Charming: Pengiran Muda Abdul Mateen

Dengan berakhirnya kesibukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur, tumpuan rakyat Malaysia kini beralih ke Sukan SEA yang sedang berlangsung dengan Malaysia mendahului negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam bilangan pungutan pingat.

 

Namun apa yang membezakan Sukan SEA kali ini adalah penglibatan nama-nama besar seperti Sultan Terengganu DYMM  Sultan Mizan Zainal Abidin dalam acara endurance berpasukan dan individu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) dalam acara ekustrian polo menentang Putera Brunei dambaan ramai, Pengiran Muda Abdul Mateen yang disertai oleh kekandanya Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah.

 

Walaupun Malaysia meraikan kemenangan pasukan ekustrian  polo KJ dengan markah 12 bertentang empat, yang masih menjadi tumpuan ramai adalah Putera Mateen Bolkiah ikutan video beliau keluar daripada sebuah khemah menjadi tular semalam.

 

Putera Mateen dengan bilangan pengikut seramai 948k di Instagram sering menampilkan foto-foto beliau yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang sangat aktif dan sukan polo merupakan sukan kegemarannya.

 

Jadi GLAM membuat keputusan untuk menyenaraikan beberapa fakta mengenai Putera Mateen dambaan ramai ini.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beliau menerima pangkat ketenteraan pertamanya pada tahun 2011 selepas menyempurnakan latihan dia Royal Military Academy Sandhurst dengan pangkat Leftenan.

 

A post shared by Mateen (@tmski) on