OBSESI GLAM: Azura Mazaruddin - Glam Malaysia

OBSESI GLAM: Azura Mazaruddin

Pereka fesyen lokal ini berbicara apa yang dia idamkan dan visi baru dalam memeriahkan semula gaya selebriti tatkala melewati karpet merah untuk acara anugerah penting di Kuala Lumpur.

 

azura

Selebriti tanah air yang sering bekerjasama?
Antara yang sering kali menjadi pilihan saya adalah Fasha Sandha dan Shila amzah. Saya sudah banyak kali berkolaborasi dengan mereka ini dan cukup mahir dengan apa yang selalu diidamkan oleh mereka. Sejujurnya, masih tidak puas hati lagi kerana saya mahu sediakan helaian yang lebih agresif buat wanita-wanita ini. Kerana mereka ini adalah wanita yang punya kuasa hebat dan bijak membawa diri dalam setiap helaian yang disarungkan.

 

Impian karpet merah?
Mungkin satu hari nanti, tuah saya untuk melihat Yuna dalam helaian rekaan saya akan menjadi kenyataan. Penyanyi ini punya cita rasa fesyen yang cukup bagus. Selain itu, dia bijak membawa diri dalam setiap majlis yang dihadiri. Dek kerana itu juga lah, saya mahu melahirkan koleksi Muslimah yang lebih moden. Ia menggabungkan nilai tradisi dan mempunyai elemen inovatif. Masa sama ia mempamerkan kuasa dan kecantikan wanita.

See also
Most GLAM 2017: Alia Bastamam

 

Idea gaya karpet merah?
Tidak salah jika anda mahu melaram dalam helaian siluet yang unik. Namun, selebriti perlu tahu apakah gaya serta selera peribadi diri. Kaji terlebih dahulu, apa yang mampu berikan keselesaan tatkala anda menyarungkan busana itu. Perwatakan dan penampilan itu perlu bergerak dalam satu langkah yang sama kerana ia penting tatkala ke acara prestij.