Most GLAM 2018: Sangeeta - Glam Malaysia

Most GLAM 2018: Sangeeta

Gambar Chuan Looi

Pelakon Wanita Terbaik, Sangeeta terus disambar tuah apabila tahun ini dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di New York Film Academy, Amerika Syarikat di atas tajaan Finas. Bukan calang-calang yang layak mendapat biasiswa seperti ini. Sangheeta ambil ini sebagai tanggungjawab untuk bawa pulang ke tanah air ilmu yang bakal dipelajari di sana nanti. “Jujurnya, saya memang menyimpan cita-cita untuk belajar di sana. Tetapi disebabkan kos yang tinggi hajat tersebut terpaksa saya pendamkan tetapi apabila tiba-tiba saya mendapat tawaran belajar ke sana ditaja sepenuhnya oleh Finas, rasa bahagia tidak terluah dengan kata-kata. Rezeki yang tidak diduga. Ia adalah amanat untuk saya mendalami ilmu lakonan dan berjanji akan membawa ilmu itu pulang ke tanah air.” Sangeeta juga gembira kerana drama lakonannya ‘Jibril’ sudah mula dimainkan di TV.