Most GLAM 2018: Nurita Harith

Most GLAM 2018: Nurita Harith

Gambar Chuan Looi

Nurita Harith adalah salah seorang ikon pereka fesyen tempatan. Rekaanya memiliki DNA yang tersendiri dengan menghembuskan sisi feminin kepada pemakai. Setiap kali mahu membuat kempen, Nurita akan mencari lokasi unik di luar negara untuk beri impak eksklusif pada helaiannya. Tahun ini Nurita menjual koleksi ready-to-wear di Zalora dan sambutan yang diterimanya amat memberangsangkan. “Setiap kali sebelum saya mula untuk mereka pakaian saya akan cari ilham baju yang saya sendiri akan pakai”. Nurita juga bangga dengan pencapaiannya apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24kg! Dia akui ia bukan perkara mudah kerana perlu berperang dengan nafsu makan dan korbankan waktu untuk work out di gimnasium. Dirinya kini lebih positif dalam hidup dan berkeyakinan tinggi untuk bersosial di majlis yang turut menjadi satu tuntutan pada karier dan kehidupan perbadinya. Nurita juga turut mengamalkan puasa sunat sebagai melatih nafsu makannya untuk tidak terlalu fokus pada makanan.

See also
GLAM Deko Kediaman - Kondominium Metropolitan