Most GLAM 2018: Datin Diana Danielle

Personaliti

Most GLAM 2018: Datin Diana Danielle

182

Gambar Chuan Looi

Datin Diana Danielle, 26, telah menempa nama besar dalam industri seni. Pernah berundur seketika daripada dunia lakonan kerana memberi fokus dengan peranan barunya sebagai ibu, kini, aktres cantik ini kembali belakon setelah lima tahun berehat. Diana Danielle adalah salah seorang pelakon untuk filem Gol & Gincu 2. “Berkarya untuk filem ini ‘feel’nya dia lain, dan akhirnya saya dapat lepaskan rindu untuk belakon filem. Tahun ini juga saya terbabit dalam drama Raisya sebagai watak antoganis yakni watak utama untuk drama tersebut. Watak tersebut menjadi satu cabaran kerana saya perlu melakonkan watak jahat yang perlu buat penonton benci. Diana juga masih aktif sebagai Duta Toyota. Dan dia kini sibuk berlatih lumba kereta sementara menunggu pertandingan. Wanita ini juga bakal menjalankan bisnes yang berteraskan organik yang diberi nama Organik demi menjaga alam sekitar. Dia juga bakal kembali dengan perniagaan kecantikannya Luxuria Cosmetics yang sudah ditinggalkan tujuh tahun lalu.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *