Model Bertatu Popular, Zombie Boy, Mati Akibat Kemurungan

Model Bertatu Popular, Zombie Boy, Mati Akibat Kemurungan

1 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pada usia 32 tahun, model bertatu tengkorak Rick “Zombie Boy” Genest dilaporkan mati bunuh diri dan telah dijumpai oleh pihak berkuasa di kediamannya di Kanada.

 

Kematian Genest menarik perhatian ramai ikutan tweet yang dikongsikan oleh teman baiknya, Lady Gaga, yang meluahkan kesedihannya selepas kehilangan seorang teman baik yakni model tersebut.

 


Dilahirkan di Montreal, Genest mendapatkan tatu pertamanya pada usia 16 tahun dan dalam jangka masa tiga tahun sahaja dia telah memenuhi seluruh tubuhnya dengan dakwat yang memberikannya ilusi seakan-akan “mayat” sekaligus melahirkan nama samaran Zombie Boy untuk kerjayanya. Pada tahun 2010 penata gaya Lady Gaga, Nicola Formichetti telah menemui Genest dan selepas itu dunia menyaksikan kemunculan rasminya melalui muzik video Lady Gaga untuk lagu ‘Born This Way,’ muncul dalam kempen fesyen Thierry Mugler dan telah ditampilkan dalam beberapa judul antarabangsa seperti GQVanity Fair dan Vogue Hommes.

 


See also
Party Magnum Pink & Black

Bertarung dengan kesihatan mental sepanjajng hidupnya, Genest juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Genest juga bekerja keras untuk membantu belia-belia di Kanada yang tidak mempunyai tempat tinggal bersama Home Depot Canada melalui inisiatif ‘Orange Door.’

 

Untuk memperingati insan berbakat dan berjiwa mulia ini, GLAM himpunkan highlight kerjaya Rick “Zombie Boy” Genest.