Kisah Cinta: Kim Raymond dan Keith Foo & Didi Dayang & Tengku bakar

Menyingkap Kisah Romantik: Kim Raymond & Keith Foo dan Didi Dayang & Didi Dayang dan Tengku Bakar

Istimewa Februari, menyingkap kisah romantik empat pasangan bercinta. Lovestruck antara Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, Kim Kaymond dan Keith Foo, Didi Dayang dan Tengku Bakar serta Rubini dan Shanratnam masing-masing membongkar rasa cinta.

 

KIM RAYMOND & KEITH FOO GLAM berterima kasih pada Keith Foo kerana sanggup mencuri masa shooting dan memecut dari Klang ke White Studio di Cheras. Kereta Mercedes CLS350 miliknya mengaum setibanya dia di studio tepat pada masa. Itu tandanya dia komited dan tidak mungkir janji. Dengan masa satu jam team GLAM bertungkus-lumus menjayakan shoot ini sebelum Keith Foo bergegas kembali ke set penggambarannya untuk telemovie terbarunya, Kolam Cinta. Kim Raymond tiba lima minit awal daripada Keith, tetapi kerana cinta, dia menunggu suaminya tiba dulu baru mereka sama-sama melangkah ke studio.

 

Cerita perkenalan antara Keith dan Kim sudah terjalin sejak 14 tahun yang lalu lagi. Bermula sebagai teman, dan akhirnya perasaan cinta tidak dapat dibendung lagi maka termeterailah lafaz cinta antara dua insan ini. “Siapa yang mulakan langkah?” Keith Foo tertawa dan mengaku dialah orangnya. “Kalau nak tahu kisah benarnya, saya ini dah lama memendam rasa cinta pada Kim. Cuma ya lah, waktu dulu dia cuma anggap saya ini tidak lebih dari teman. Acap kali dia berkelahi dengan bekas-bekas pacarannya, sayalah orang yang Kim luahkan rasa sedih dan kecewanya.

 

Saya pun apa lagi ambil kesempatanlah untuk berada di sisinya. Saya mula yakin dengan perasaan saya apabila satu hari di Perhentian sedang saya bercuti, saya ternampak satu wanita cantik dari jauh. Saya berkata pada teman, cun juga ya awek tu, tengok-tengok dia adalah Kim Raymond! Saya merujuk pada kedua orang tua saya sekembali daripada bercuti dan jawapan mereka, “We love her, you love her, you know what you have to do, son.” Jadi saya beranikan diri untuk melamarnya. Ikhlas daripada hati saya, hadiah terbaik yang saya terima daripada Kim adalah apabila dia sudi menerima saya sebagai suaminya.” “I know you are going to say that B…” Celah Kim sambil menguntumkan senyuman bahagia.

 

Lain pula situasi dengan Kim. Seperti yang dikatakan Kim tidak mudah ayahnya menerima Keith setelah mengetahui statusnya sebagai pelakon. Dia bimbang Keith akan hancurkan hati saya sama seperti lelaki-lelaki sebelum ini. “Syukur, kerana hati Keith yang mulia, hari ini ayah saya menyayangi Keith lebih daripada saya!”

 

Bersama Kim, Keith berterus-terang yang sememangnya dia banyak belajar untuk bersabar. Kim seorang yang sangat memahami sifat barannya. “Jujur saya katakan kalau kami bergaduh,  saya tak akan pujuk isteri dulu. Everybody needs their own time and space. Tapi apa pun saya akan cuba lah nak pujuk dulu pada masa akan datang. Bukan apa kalau sedang marah, I need time to cool down.” Kim terus memberi pendapatnya mengenai topik ini. “I used to be hot tempered too, tetapi saya buang itu semua demi kebaikan kami bersama. Rugi sebenarnya jika terlalu melayan perasaan. Saya akan lembutkan hatinya dengan memujuknya dahulu,” jelas Kim. Bagaimana pula kalau Kim tunjuk rajuknya? “Oh, dia akan bersikap dingin dengan saya, tak mahu bercakap dengan saya seharian tetapi apabila malam dan sebelum melelapkan mata di kamar, dia akan keluarkan suara comelnya di atas katil, “B… can you hug me?” Dan ya, kami akan berbaik semula! Tapi kalau ditanya apa tagline Kim Raymond, ayat ini cukup popular keluar di bibirnya, “Don’t procastinate, do it now! Haha!”

See also
Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

 

Statusnya dalam bidang layar perak sekaligus menjadikannya kegilaan ramai. Kalau dulu Hans Isaac adalah hero bukan Bumiputra yang mewarnai industri seni filem dan drama Melayu. Keith Foo adalah satu lagi wajah yang berjaya menembusi pasaran Melayu dengan memegang watak utama. Tanggungjawab Kim adalah menguruskan Keith di rumah juga hal berkaitan kerjanya. Setiap jadual penggambaran Keith Foo akan disusun Kim. Ada masa mereka berdua perlu menghadiri majlis-majlis fesyen. “Kim sekarang lebih popular daripada saya.Kalau kami pergi ke mall, ramai yang beratur mahu bergambar dengannya berbanding saya! Kata mereka Kim adalah ikon fesyen mereka.”

 

Pun begitu siapa sangka aktor kacak ini sangat berdisplin orangnya. Seawal jam enam pagi, Keith akan keluar jogging dan pada pukul tujuh dia sendiri yang akan mengemas rumah seperti vacuum dan mop lantai. Dia akan bergegas ke set penggambaran selepas itu. Selalunya call time pada jam sembilan pagi. Jangan tidak tahu, Keith juga handal di dapur! “Apa saja yang dimasak Keith memang lazat!” akui Kim. “Adakah Kim juga pandai memasak?” Tanya saya pada Keith. “Masak Maggie boleh lah… nasib saya boleh memasak, jangan tertipu dengan tubuhnya yang kurus ini, setiap setengah jam dia akan makan. Mengalahkan saya! Jawapan Keith membuatkan kami berderai dengan tawa. “Okaylah, dia pandai masak sambal Bali. Kami dua-dua hantu pedas. Waktu bercuti di Eropah tahun lalu, saya dan isteri agak hampa kerana semuanya tidak pedas. Lain kali kami mesti bawa bekal cili padi.”

 

Harapan Keith Foo dan Kim Raymond untuk dikurniakan zuriat secepat mungkin dan hubungan cinta mereka terus mekar hingga ke akhir hayat.

 

DIDI DAYANG & TENGKU BAKAR Kisah percintaan Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Abdullah, 30, dan Diana Dayang Compton Moggie-Arriega, 25, nyata meraih perhatian ramai di media sosial. Sudah menjadi lumrah apabila percintaan keluarga Diraja menjadi buah mulut ramai. Tengku Bakar adalah kerabat Diraja Pahang. Rupa parasnya yang kacak dan statusnya tentu saja menjadikan dirinya rebutan ramai. Namanya seringkali digosipkan dengan beberapa selebriti popular tanah air. Kira dia adalah one hot eligible bachelor lah! Tapi itu semua cerita lama. Hari ini hatinya sudah dicuri dengan wanita cantik yang satu ini. Sekali pandang macam Mat Salleh. Rupa-rupanya ibu Didi (nama panggilannya) kacukan Iban dan New Zealand dan ayahnya campuran Indonesia dan Itali. Wajarlah wajahnya secantik itu.

 

Di depan lensa, Didi lebih tampak relaks dan dia tahu untuk bekerja dengan kamera berbanding Tengku Bakar. Ini kerana kerja separuh masa Didi adalah modelling. Saya lihat jejaka tampan ini nampak malu kerana tidak biasa berada di hadapan kamera. Namun suntikan semangat daripada cinta hatinya membuatkan Bakar bersifat profesional dan tetap memberikan pose yang kami dambakan. Dan lama kelamaan rasa kekoknya terus hilang.

See also
Wajah Glam: Zaida Ibrahim

 

Tengku Bakar teruja menceritakan bibit asmara yang termeterai antara dia dan wanita pilihannya yang menjadi teman hidup menyulami cinta berdua. Menurut Tengku Bakar, kali pertama dia bersua muka dengan Didi hatinya berdegup kencang kerana kecantikan Didi. Waktu itu dia berjumpa Didi di majlis temannya. Bakar meminta nombor telefon Didi daripada temannya dan beranikan diri memulakan langkah pertama mempelawa Didi keluar janji temu bersamanya. “From that moment onwards, I feel that she didn’t judge me for who I am dan entah kenapa pada hari itu kami jadi rancak berbicara mengenai kehidupan. Ya benar, pada mulanya memang saya tertawan dengannya kerana kecantikkan yang dimiliki. Tetapi sebaik saya mengenali hati budinya, saya bertambah jatuh cinta padanya. Walaupun dia muda tapi jiwanya penuh perasaan dan sifat penyayangnya sangat menebal. Telatahnya yang goofy dan kelakar juga antara yang mencuri hati ini. Dan saya rasa tiada siapa yang lebih memahami diri ini melainkan Didi,” jelas Pengarah Unitab Pharmacy Sdn Bhd ini.

 

Tengku Bakar juga sifatkan Didi lebih dominan daripadanya di dalam perhubungan. “Didi is a strong young woman. Dia seorang yang telus dan tegas. Jika saya ada lakukan sesuatu yang salah, dia akan terus tegur saya tanpa berselindung. Biarpun perkenalan saya dan Didi tidak lama, Didi menjadikan saya insan yang lebih bertanggungjawab. Dia punya pendirian diri yang kuat dan cita-cita yang besar. Saya lihat itu adalah karektor seksi pada wanita.” Kata Bakar dia yang sebenarnya kuat cemburu, tetapi dia tidak pernah beritahu Didi! Bakar juga memberi tip untuk jejaka di luar sana seandainya anda sedang bergaduh dengan pasangan lebih baik pihak lelaki ambil tindakan berdiam diri atau bersedialah anda akan ditembak berdas-das oleh wanita. Senjata wanita yang paling digeruninya ialah air mata. Lidah dan gerak gerinya akan jadi kelu jika berhadapan dengan situasi cemas sebegitu. “Didi is very hot tempered. Selalunya kalau Didi sedang marah, saya akan diam sahaja kerana saya tahu kalau saya pun sama naik buka mulut juga, I will make it worst! Haha!”

 

Daripada gayanya dapat saya hidu cita rasa fesyennya sangat tinggi. Tengku Bakar akui dirinya suka fesyen tapi dengan cara yang minimalis. Dia hanya kisahkan kualiti dan tidaklah hanya membeli mengikut jenama. Bakar mempunyai koleksi helaian daripada label Zara hinggalah ke Ermenegildo Zegna. Tabiat buruknya adalah mengumpul sepatu. Walk-in-closet di rumahnya membariskan sepatu dari hujung kamar ke hujung kamar. “Sebenarnya satu keluarga saya suka fesyen. Lebih-lebih lagi adik saya. Tetapi ikon fesyen saya tentunya ayah saya. Di usia emasnya dia masih kacak dan rancak bergaya!” Ditanya item terbaru yang dia hadiahkan Didi, dia tersenyum.

 

“Istimewanya Didi, dia bukanlah wanita yang gilakan barang berjenama. Baru-baru ini saya buat kejutan untuknya dengan membelikannya beg Balenciaga. Berdebar juga saya takut-takut dia tidak suka dengan pilihan saya. Mujur dia suka tas yang saya hadiahkan kepadanya itu.”

See also
"Wanita dan bina badan masih belum boleh diterima sepenuhnya." - Nana Al-Haleq

 

Didi adalah jurutari dan model separuh masa. Saya perhatikan wajahnya sewaktu disolek Zamri Zainol dari Lancome. Betul kata Tengku Bakar, orangnya cantik sekali. Kulitnya putih gebu lagi mulus. Saya kira mereka berdua ini sama cantik dan sama padan. “Tidaklah saya di sini untuk mengatakan yang saya kenal Bakar sepenuhnya. Kata orang, getting to know someone is a never ending process. Bakar di mata saya, dia lelaki budiman. Dia sangat menghormati wanita. Melihat layanannya pada ibunya, sudah cukup buat saya tertarik dengannya. Pernah satu hari itu kami bergaduh dan saya enggan bercakap atau bertemu dengannya. Tiba-tiba kawan saya menghantar sejambak bunga bersama timbunan coklat pemberian daripadanya bersama nota I’m Sorry. Oh, terus sejuklah hati saya!”

 

Pasangan ini hanya berjumpa pada hujung minggu kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja. Didi berterus-terang yang dia dan Bakar selalu bergaduh kecil hanya kerana jarang berjumpa. “Malu saya nak mengaku, tetapi saya seorang yang sangat berdikari dan kuat. I love my ‘me time’ tetapi sejak Bakar hadir dalam hidup saya, I turned to be a clingy girlfriend. Hati tidak keruan jika tidak mendengar khabar berita dari dirinya. Thanks to the modern technology. Whatsapp dan Facetime jadi pengubat rindu saya padanya.” Soal saya lagi, “Apa yang you tidak suka mengenai Bakar?” Jawab Didi, “Dia tidak pernah lekang dengan telefon bimbitnya. Kadang-kadang saya jadi kecil hati apabila kami keluar bersama dia asyik bermain dengan telefonnya!”

 

Bakar dan Didi sama-sama berkongsi cita rasa yang sama yakni menggemari menu nasi lauk lidah lembu di Mei by Fat Spoon yang terletak di Hartamas. Makanan Jepun atau Thai juga adalah makanan wajib jika berjumpa. Dan GSC Gardens adalah pilihan mereka setiap kali mahu menonton wayang kerana di sana tidak ramai orang dan lebih privasi. Destinasi percutian pertama mereka di Phuket adalah percutian paling menyeronokan, akui Bakar. Didi pula memilih percutian mereka selama dua minggu di London dan mereka bakal ke Amerika Syarikat untuk bercuti bersama. Ini kerana Didi mahu berkongsi pengalamannya di sekitar tempat belajarnya di New York.

 

Apabila disoal mengenai perancangan mereka dalam perhubungan, pemilik gimnasium Pinnacle Physique di Damansara ini sasarkan yang dia akan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sebelum usianya cecah angka 35. “Kami tidak terburu-buru dalam perhubungan ini. We are taking one step at a time and enjoying the moment. Pada masa hadapan, saya akan besarkan anak-anak dengan ilmu yang secukupnya. Bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah antarabangsa, tetapi saya juga akan pastikan mereka ke sekolah agama. Saya mahu mereka seimbangkan hidup mereka dengan adanya asas ilmu agama. Insha-Allah.”

 

Didi pula akui yang dirinya begitu menyukai kanak-kanak. Dia tidak kisah untuk terus menimang cahaya mata sebaik selepas berkahwin dan akan menggunakan pendekatan sebagai teman membesarkan anak-anaknya. Kerana didikan ibu bapanya yang menggunakan kaedah itu membuatkan dia tidak pernah berahsia dengan mereka.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Februari 2016