"Masyarakat mudah meletakkan tanggapan negatif pada wanita bekerjaya,"- Rozita Ajmain - Glam Malaysia

“Masyarakat mudah meletakkan tanggapan negatif pada wanita bekerjaya,”- Rozita Ajmain

Arahan Seni: ZULKIFLI SULAIMAN

Penata Gaya: SUZIE ADNAN

Pembantu Penyelaras: AIZAT AIDID

Gambar: ERIC CHOW/BLINK STUDIO

Solekan: ANNIE GHO/ARTIST AT WORK

Dandanan: ESTHER HSIEH/A SALON

Teks: Yusairi Fitri
 
rozita 1
 
Sekilas pandang, keterampilannya bagaikan seorang model, Hakikatnya, Rozita Ajmain adalah Pengarah di Victoria Capital. Kebijaksanaannya dalam mengusai dunia pengurusan aset nyata menjadi inspirasi.
 
Orangnya penuh karisma dengan suaranya yang husky, lagak penampilan cukup bergaya dengan rambut pendek bercukur di sisi. Itulah persepsi yang singgah kala bersua buat pertama kali bersama empunya diri, Rozita Ajmain. Sesi penggambaran pada hari yang dijanjikan berjalan lancar. Satu persatu persalinan daripada Micheal Kors, Burberry Prorsum sehinggalah ke Louis Vuitton digayakan dengan begitu bersahaja. Yakin memberi pose, seakan-akan sudah biasa beraksi di hadapan lensa kamera. Dengan fizikalnya tinggi lampai persis seorang peragawati, penggambaran berlangsung mudah. Benak fikiran ini terus bertanya apakah keistimewaan yang dimiliki personaliti wanita korporat ini kala mengamati riak wajahnya yang seolah-olah tidak punya beban kerja.
 
Dari Dunia Perbankan Ke Pengurusan Aset

“Saya tak bekerja dari sembilan pagi sehingga lima petang. Saya gemarkan gaya hidup yang laidback dan tiada tekanan. Sewaktu pertama kali bekerja di Affin Bank, Royal Chulan segalanya baik-baik saja sehinggalah saya tidak lagi tahan dengan masalah trafik yang teruk. Masa terbuang begitu sahaja! Akibatnya saya mohon pertukaran ke Kota Kinabalu dan bekerja di sana hampir 15 bulan. Akhirnya saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan.”
 
Tidak menyesal mengundurkan dirinya dari bidang perbankan, Rozita terus memecut laju menongkah segala selok belok pengurusan aset. Dirinya percaya melalui usaha dan berani mengambil risiko akan membuahkan hasil yang lebih besar. “I did it independently. Dengan bekal pengalaman yang dikumpul selama beberapa tahun, saya bekerja keras dan mengatur strategi untuk memastikan apa yang di usahakan berhasil.” Kebijaksanaannya dalam bidang pelaburan aset melayakkannya menjawat jawatan sebagai Pengarah di Victoria Capital Sdn Bhd, namun yang menariknya Rozita tidak bekerja mengikut masa waktu pejabat. “Life would be so static in the office! Saya suka kedudukan di mana saya berada sekarang. Dari satu projek ke satu projek, saya bebas ke sana sini asalkan kerja dilakukan dengan cara yang betul dan penuh azam.”
 
Pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan ekonomi, Rozita bertuah punya ibu bapa yang bersikap terbuka dengan kemahuan anak-anak. Tidak lalai dengan kebebasan yang diberikan, kehidupan di universiti menyaksikan Rozita aktif dalam aktiviti persatuan, kerap kali mengetuai sesuatu organisasi sehingga berjaya membentuk peribadi yang sentiasa bermotivasi. Kata Rozita, sejak remaja dia sering bercita-cita mahu mengumpul banyak wang dan hidup senang. “Namun, tidak semua yang kita inginkan berjalan seperti yang dirancangkan.”
 
Dalam nada yang lebih serius, Rozita menerangkan suasana pelaburan dulu dan sekarang. “Sekitar 2000, investment banking did make a lot of money. Berbanding Malaysia, sistem perbankan pelaburan Singapura dan Hong Kong jauh lebih kukuh. Dalam kesukaran, saya cuba mencari formula terbaik. Then I found the way to do less but earn a lot more money. Ia adalah melalui pengurusan dan pelaburan aset.”
 
rozita 2
 
Mendengar rentetan kerjaya yang dilaluinya, saya kagum pada kemampuan wanita ini. Dedikasinya terhadap kerjaya serta usahanya wajar diangkat sebagai contoh. Membina reputasi dalam dunia pengurusan pelaburan bukan satu perkara mudah buat dirinya lebih-lebih lagi jika bergelar wanita dan solo. Kala diaju persoalan double standard yang sering berlaku dalam perniagaan sebegini, Rozita hanya tersenyum. “Intimidation and double standard happen everywhere. In my case, no man finds me attractive!” Selorohnya sambil ketawa. “Don’t get me wrong… saya tidak pernah berdepan dengan situasi begitu kala bekerja.” Tegasnya lagi, kebanyakan klien terdiri daripada orang profesional dan segala urusan adalah rasmi dan tidak melibatkan sesuatu yang peribadi.
 
“Mungkin ya, dalam soal kehidupan seharian. Masyarakat mudah meletakkan tanggapan negatif bila melihat wanita single, berkerjaya dan miliki kehidupan yang serba lengkap. Lazimnya, perkara pertama yang terlintas pasti menganggap wanita itu bersuamikan orang kaya. Sungguh klise.” Malah pernah satu sama dulu sewaktu berkunjung ke sebuah salun di Kota Kinabalu, gosip mengenai dirinya sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan hinggap di telinganya. Rozita hanya mampu ketawa. Akuinya lagi, dia langsung tidak mengambil pusing cakap-cakap orang. Itu semua sekadar tin kosong. Apa yang lebih penting buat Rozita adalah mencari kebahagiaan serta keseimbangan dalam hidup.
 
“Dalam meniti usia yang semakin matang, saya lebih banyak bersabar dan bersikap mendengar. Saya enggan bersikap terburu-buru dalam mencari pasangan atau tamak dalam mengejar kekayaan. Untuk mencapai sebuah kehidupan yang bermakna, mengejar harta dan wang ringgit bukan segala-galanya. “A lot of rich people keep chasing rainbows and they are still not happy. Tetapi ada sesetengah daripada kita yang bekerja makan gaji dan membayar bil setiap bulan, masih punya ruang untuk berasa gembira. Saya percaya if you’re contented, no matter where you are, you will be happy.”
 
Peminat Jam

See also
Kavita Sidhu x Roberto Guiati, Lovestruck! How This Glamazon Met Her Match

Di sebalik leka bersembang mengenai kerjayanya, Rozita juga sebenarnya agak articulate dalam hal-hal fesyen. Tidak gemar terikut-ikut seperti sesetengah mangsa fesyen dan tidak sanggup berhabis semata-mata hanya untuk perhatian. “Saya gemar dengan penampilan yang tidak terlalu girlish. Seperti rambut saya. I like to cut it short. Begitu juga dengan gaya peribadi, Rihanna ialah muse saya, I love her edginess! Tapi tidaklah sehingga mengikutnya secara 100 peratus. Early last years, I was trying to change my style setiap masa. I learn from life experience. Semua orang berubah.” Sambung Rozita, “Pernah dulu saya cuba untuk membela rambut panjang tapi saya bukan seorang yang penyabar. What I did was, I went to the salon and asked for hair extention. Tapi tidak pula saya tahu yang bahagian paling teruk adalah proses menjaganya. I was miserable. Saya tak tahu bagaimana nak mencuci dan menjaganya. Akhirnya, selepas beberapa bulan, saya dipelawa majalah New Man untuk mengadakan fotografi dan sejurus selesai sesi penggambaran, I decided to take it off and cut back short sehinggalah sekarang.” ujarnya sambil menghirup latte yang sudah suam.
 
“Richard Mille!” Itulah jawapan Rozita apabila ditanya jam tangan yang sering diidamkannya sekarang. Koleksi seperti RM16 dan RM18 nyata menggoda. Malah edisi khas boleh mencecah sehingga RM1 juta. Jika ada rezeki, InsyaAllah I will put a deposit on it. Maybe soon,” kata Rozita penuh berharap. Sambil menjeling ke arah jam tangan Piaget di pergelangan tangannya, saya tahu Rozita nyata punya selera tinggi terhadap jam tangan. Barisan jenama mewah seperti Roger Dubuis, Rebellion, Frank Muller, Piaget serta banyak lagi telah memenuhi koleksi peribadinya.
 
“Saya minat pada jam tangan yang berdiameter besar seperti saiz 42 mm. The bigger the better for me. Masih ingat lagi, it all started with Rolex. Jika berkunjung ke Kuala Lumpur, saya sering menetap di hotel J.W Marriot kerana ada banyak butik jam tangan mewah berdekatan. Di saat senggang, saya akan turun untuk meneliti apa koleksi terbaru. Saya tak menganggapnya sesuatu yang membazir kerana pada saya ia adalah pelaburan. It makes most sense compare to other things.”
 
Kata Rozita lagi, apa yang lebih menarik mengenai jam ialah teknologi yang digunakan seperti tourbillion. “I like to see the movement work on my wrist dan koleksi edisi khas selalunya hadir dalam gaya yang lebih menakjubkan. I love bling too although I prefer the movement.” Sambungnya seketika lagi, “But if it comes together, it would be much better! Hmm… but the price would be double. Haha!”
 
Biarkan mungkin soalan terakhir mengenai minatnya terhadap barangan kemas diajukan agak klise, Rozita tidak kisah untuk menjawabnya. “Saya gemarkan sesuatu yang simple. Saya minat barang kemas dan tak kisah dengan emas merah atau putih asalkan ia adalah mineral yang benar-benar asli,” ujar Rozita yang menyarungkan beberapa gelang Love daripada Cartier. Sesetengah wanita alah jika memakai aksesori yang bukan menggunakan material seperti emas atau berlian sebenar. Dan Rozita tidak terkecuali. Kulitnya akan membengkak dan mengalami alergi yang teruk. Kesan dari masalah yang dihadapi ini membuatkannya sukar untuk menggayakan aksesori biasa.
 
Kala diaju mengenai destinasi melancong pula, Rozita biasa dengan London. “Saya juga suka ke negara yang eksotik seperti Tanah Arab. Tahun lepas saya terbang ke Mesir, melawat piramid dan mendakinya sendiri. Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Menarik mengenai negara ini, walaupun berpadang pasir, gabungan angin sejuk dan pancaran terik cahaya matahari membentuk landskap yang unik. Merentasi sungai Nil menaiki kapal juga amat menyeronokkan, tatkala mata dijamu pemandangan yang hijau berlatar belakangkan pasang pasir yang kering kontang. Segala-galanya indah di luar jangkaan.”
 
Leka berbual tidak sedar sudah hampir dua jam masa berlalu. Keramahannya membuat saya larut dalam ceritanya. Secara kebetulan, sebaik kami usia bercerita, sms rancak menyapanya. Lantas Rozita meminta izin beredar untuk menghadiri satu lagi mesyuarat penting yang sudah pun menanti. Dan di dalam sekelip mata, wanita yang melangkah penuh yakin itu berlalu, meredah kesibukan kota untuk ke destinasi lain pula.

See also
10 Soalan Bersama Susan Lankester