Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air - Page 10 of 11 - Glam Malaysia

Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air

Ramai selebriti wanita Malaysia kini bahagia bergelar isteri kepada lelaki pilihan masing-masing. Dan lebih mengagumkan apabila mereka yang sememangnya jelita dan punyai personaliti menarik turut dikurniakan pasangan yang kacak sebagai suami masing-masing. Jadi tidak hairanlah, aksi pasangan ini di media sosial menjadi tumpuan dan disukai peminat yang ingin perkahwinan mereka bertahan selamanya.

 

Ternyata peminat gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka. Tanpa membuang masa, ini dia barisan suami kacak selebriti artis wanita Malaysia.

10 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

10. RAJA ILYA & TRENT GARRETT

Pelakon Raja Ilya, sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia yang dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.

Raja Ilya berkata majlis pernikahan mereka diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kedua-kedua mereka berkenalan sejak tahun 2012.