5 Watak Jejaka Tampan Crazy Rich Asians Anda Harus Kenali

Kenali Watak-Watak Jejaka Tampan Crazy Rich Asians

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sudah menjadi fenomena yang menambat hati orang ramai apabila novel trilogi Crazy Rich Asians diterbitkan pada tahun 2013, kini diadaptasikan pula ke layar perak! Membuatkan lebih ramai merasa teruja dengan apa yang bakal mereka saksikan. Antara perkara yang membuatkan hati kami di GLAM membuak dengan kebanggaan adalah penampilan keseluruhan aktor dan aktres yang terlibat adalah mereka yang berketurunan Asia! Which is a first for Hollywood in 25 yearsPlus dua anak jati Malaysia turut memegang watak besar dalam filem ini yakni Datuk Michelle Yeoh dan Henry Golding!

Mengisahkan kuasa cinta mengaburi jurang status antara dua individu, Crazy Rich Asians juga sebenarnya membuka realiti kepada dunia elit orang Asia yang sebenarnya adalah realiti kehidupan golongan 1% ini. Sejak treler pertama yang dikeluarkan lagi, filem ini sudah menerima sambutan yang mengalakkan. Apatah lagi dengan pemilihan barisan pelakon yang berbakat. Aktor tampan Henry Golding memainkan watak utama Nick Young, waris kepada keluarga terkaya di Singapura, sendiri sudah menambat hati orang ramai, GLAM himpunkan beberapa lagi aktor yang turut mencairkan hati peminat francais Crazy Rich Asians.