Kembara Fesyen: Thanuja Ananthan - Glam Malaysia

Kembara Fesyen: Thanuja Ananthan

thanuja

Gambar: Arkib GLAM


 
Ratu Malaysia Dunia 2010, Thanuja Ananthan berkongsi tip gaya kala berlibur.
 
Dimanakah lokasi impian percutian anda?

Hutan hijau Amazon! Saya sudah lama memasang cita-cita untuk kembara ke hutan tropika itu. Menikmati setiap keindahan alam semula jadi dan belajar tentang fauna yang cukup unik. Saya sebagai aktivis haiwan, ingin melihat dengan mata sendiri keriangan yang ada di hutan tropika itu. Melihat haiwan eksotik di rumah semula jadi mereka. Ia pasti momen yang paling indah.
 
Kongsi bersama GLAM tentang peraturan mengemas bagasi anda?

Sentiasa bawa apa yang perlu sahaja! Travel light adalah aturan saya yang paling utama. Mungkin tidak sama dengan wanita lain. Ini kerana, saya percaya ia memberi saya rasa lebih selesa dan menyenangkan. Selain itu, dengan membawa barang yang cukup, ia memberi saya peluang untuk mengumpul barang ketika bercuti seluruh dunia. Baju serta kasut boleh dibeli dan setiapnya memberi kenangan yang terindah.
 
Barang asas yang perlu dibawa ketika berlibur?

See also
10 Soalan: Sharifah Amani

Jika saya terbang ke negara yang bermusim, but tinggi melewati lutut serta but bertapak leper rona hitam menjadi item penting didalam bagasi. Selain itu, saya akan bawa jaket yang memberi gaya chic serta boleh digayakan bersama leggings dan top ringkas dalam pelbagai rona. Saya tidak akan tinggalkan topi! Ia sangat penting. Aksesori pula, saya lebih suka nampak ringkas. Rambut saya boleh jadi statement utama!