Jesrina Arshad, Young and Ambitious - Glam Malaysia

Jesrina Arshad, Young and Ambitious

jesrina-arshad

Dia tiba tepat waktu. Jam 12 tengah hari seperti yang dijanjikan Jesrina sudah muncul dihadapan pintu studio. Orangnya peramah dan bibir tidak lekang mengukir senyuman pada sesiapa sahaja yang lalu menyapa. Bertubuh ramping dan tinggi membuatkan Jesrina tampak cantik dalam setiap siluet yang disarungnya. Rambutnya pula kami biarkan lurus mengurai bagi menyerlahkan figuranya yang persis seorang model.

 

Selesai sahaja sesi fotografi, kami terus bicara. Jesrina mula bekerja sejak lapan tahun yang lalu di dalam bidang industri digital bersama syarikat Astro Malaysia Holdings. “Saya belajar di London sejak usia kecil dan pindah ke Malaysia setelah bertemu dengan suami tercinta. Kemudian saya bekerja di dalam industri digital di sini. And I am pretty good in technology. Ramai tidak menyangka sebenarnya kebolehan saya dalam bidang ini apabila pertama kali saya bertemu orang ramai. Ya, media dan digital adalah forte saya,” ujar Jesrina memberi kata pembuka.

 

Jika anda mengikuti laman Instagram Jesrina, dia kini sibuk mempromosikan jenama perniagaan yang diberi nama Purely B. Melihat keterujaan dia, saya lantas bertanya kepadanya kerana begitu ingin tahu tentang perniagaan yang menarik itu. “Saya membina syarikat Purely B ini kerana bagi saya di rantau Asia ini amat rumit untuk kita mengekalkan gaya hidup yang sihat. Sudah ramai yang sangat mengambil berat kesihatan mereka, mengamalkan pemakanan sihat tetapi tidak tahu restoran mana yang menyediakan menu seumpama itu. Jadi, solusi saya ialah dengan mencipta sebuah laman sesawang yang memberi anda seribu satu jawapan untuk segala persoalan anda mengenai pemakanan dan menu sihat.

 

See also
Lady Gaga Cipta Trend Baru dengan Joanne

“Dan jika anda tidak boleh bergerak ke tempat yang dicadangkan, jangan risau, kami juga menyediakan khidmat penghantaran,” ceritanya lagi dengan penuh semangat. Lebih menarik mengenai laman atas talian ini, mereka juga menyediakan resipi-resipi sihat bagi mereka yang lebih selesa memasak di rumah untuk keluarga atau diri sendiri. “Kami ada resipi sihat nasi goreng di mana nasi itu kami gantikan dengan kubis putih. Menarik bukan?,” ujarnya lagi.

 

Mendengarnya sahaja sudah membuatkan saya cukup berselera. Kata Jesrina, segalanya boleh dilihat di laman Purely B. Syarikat yang dimiliki Jesrina ini bukan dikemudi oleh calang-calang orang. Rata-rata mereka adalah profesional seperti pakar nutrisi, doktor pakar kesihatan dan juga jurulatih kecergasan. Pakar-pakar ini menjadi tulang belakang Jesrina dalam membina dan mencipta resipi-resipi sihat ini. “Salah seorang pelatih kami ialah bekas jurulatih LA celebrity fitness. Kemudian dia berpindah ke Asia. Siapa tidak mahukan jurulatih yang berpengalaman dalam melatih para selebriti Hollywood dan kini melatih anda bukan?” kata Jesrina diselangi gelak tawa kami berdua.

 

Bermula Julai, Jesrina akan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat ini. Melihat kesungguhannya pada apa yang dilakukan sekarang saya diserbu rasa ingin tahu mengapa dia memilih untuk meninggalkan kerjaya lama dan memberi fokus kepada bidang ini? “Pertama adalah kerana alahan yang saya alami and I reacted quite badly. Jadi apabila saya mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, ia memberi perubahan yang teramat ketara. Pendekatan lain yang saya cuba, ialah dengan melayari internet dan membaca blog pakar dari Australia juga Amerika. Mereka membuat cheesecake, brownies, pizza dan burger tanpa tenusu, gluten juga telur yang mana saya alah dengan bahan-bahan tersebut. Kemudian saya mula mencari bahan-bahannya di pasar raya berdekatan dan mula memasak. Sebelum ini saya tidak pernah memasak. Suami juga terkejut dengan perubahan saya!” kata Jesrina sambil tertawa.

See also
GLAM Editor's Pick 2017: LANEIGE

 

jesrina-ahmad2

Saya menyuntik keterujaan Jesrina lagi dengan bertanyakan perancangan akan datang tentang kerjaya baru ini. “Kami mahu berkembang ke seluruh Asia Tenggara. Sekarang kami sudah mula memasuki pasaran Malaysia dan Singapura. Bulan hadapan di Jakarta juga Hong Kong pula. Saya turut memikirkan untuk memasarkan di negara China pada masa akan datang.” Memilih Jessica Alba sebagai sumber inspirasi dalam bidang ini kerana bagi Jesrina, figura antarabangsa itu telahpun berjaya dalam mengamalkan dan menyedarkan ramai orang awam tentang manfaat gaya hidup sihat ini. Sempat juga Jesrina menghantar satu pautan internet melalui aplikasi Whatsapp ke telefon saya untuk berkongsi kisah selebriti Hollywood ini. “Orang ramai terus-terusan mengkritik tentang misi dan visi Jessica Alba apabila dia mahu membina sebuah empayar yang menjual segala produk organik. Lihat sahaja sekarang di tahap mana dia sudah berada! Kesungguhan juga ketekunannya kini menjadikan dia seorang jutawan!”

 

Jesrina yang datang daripada keluarga diraja ini ternyata bijak menguruskan masa hadapan dengan cara tersendiri. Persepsi tentang wanita yang dilimpahi kemewahan tidak perlu bekerja keras disangkal Jesrina. “Ayah saya juga bekerja berhempas-pulas untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. Beliau tidak memandang sesuatu perkara itu dengan mudah dan sentiasa mahukan hasil yang terbaik. Jadi, semua ahli keluarga kami dididik begitu. And for me, it is also passion. Saya cintakan kerja saya dan apa yang saya lakukan kini. I’m known as a girl who doesn’t sleep, saya masih bekerja walau pada jam empat pagi kemudian bangun pula pada pukul lapan pagi, itulah diri saya.”

See also
GLAM MEMORI: Sarimah Ibrahim

 

Suaminya merupakan tunjang utamanya dan sentiasa memberi sokongan kepada Jesrina. “Suami saya adalah yang terbaik! Tanpa dia, saya tidak akan ada di mana saya berada kini. And he is also my pro bono Chief Financial Officer!” gelak Jesrina. Seperti wanita-wanita bekerjaya yang lain, Jesrina juga memilih untuk melancong jika dia punyai kelapangan atau mahu lari seketika jauh dari dunia sibuk di tengah-tengah kota. “Apabila saya melancong ke luar negara, saya gemar menjenguk restoran-restoran di sana. Kadang-kadang saya akan google untuk mencari seleksi makanan terbaik lebih-lebih lagi kerana masalah alahan saya. But I just love travelling and I’m a foodie!”

 

Percutian terbaik Jesrina sudah tentu Itali, lawatan ketika berbulan madu bersama suami. “Saya sukakan Tuscany, Capri dan Almafi Coast. Budaya, persekitaran juga sejarah di sana segalanya terjaga baik berbeza dengan dunia persekitaran moden yang kita diami sekarang. Tidak ketinggalan, makanannya juga adalah yang terbaik! Suami saya juga pertama kali jatuh hati dengan white trufflenya! Walau sudah mencuba di pelbagai restoran sekitar ibu kota, namun rasanya jauh berbeza.”

 

Jesrina tidak hanya sukakan percutian ke kota-kota bersejarah dan unik sahaja, dia juga turut menggemari percutian musim panas sambil bersidai di pantai. Kota sibuk yang tidak penah tidur, New York juga menjadi destinasi liburan kegemarannya. “I’m a beach girl, saya amat sukakan pantai Bali dan Greek Islands,” kata Jesrina mengakhiri perbualan.