GLAM Life: Alia Bastamam - Glam Malaysia

GLAM Life: Alia Bastamam

Teks: YUSAIRI FITRI

Arahan seni: ZULKIFLI SULAIMAN DIBANTU OLEH MAHIRAH NADZLIM

Gambar:WAN IZHAR / ONEDIGITALSOLUTION

Solekan: LING CHONG SHISEIDO MAKEUP

Dandanan: ERIC CHANG /HAIRCO MENGGUNAKAN SHISEIDO PROFESSIONAL

Alia Bastamambw

Gambar: Arkib GLAM


 
Petang itu, atelier Alia Bastamam meriah diulit gelak tawa tetamu yang bertandang. Dari hiasan ruang sehingga ke kudap-kudapan segala-galanya sempurna. Glam life merakamkan momen indah bersama coolest girl in town.
 
Personaliti yang mengizinkan kami merakamkan majlisnya hari ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Jika sebelum ini, GLAM kerap memaparkan sentuhan rekaannya di majlis glamor dan pentas peragaan, kali ini Alia Bastamam atau lebih senang dipanggil Alia berkongsi idea ‘art of entertaining’ sempena merai tetamu. Banglo mewah ini sememangnya tidak asing bagi kelompok fesyen lokal. Masih ingat, April lalu apabila rumah agam yakni Atelier Alia Bastamam ini dibanjiri sosialit kota untuk memeriahkan majlis ulang tahun kelima. Hadirin dipertontonkan dengan koleksi Alia Bastamam musim bunga/panas 2016 dan lebih istimewa majlis diakhiri dengan letupan bunga api.
 
Saat menginjakkan kaki ke ruang menunggu yang dikhaskan buat tetamu, kelibat Alia mencuri perhatian kala dia leka meneliti setiap hidangan yang bakal dijamu pada tetamunya. Sambil melengkapkan dekorasi terakhirnya, Alia sempat melemparkan senyuman kepada kami. Meneliti ruang utama rumah agam ini, paling menangkap lirikan pastinya lampu candelier labuh yang digantung dari syiling di tengah-tengah ruang legar. Serakan cahaya perang meniupkan lagi roh oriental vintaj yang mana ia tampak ringkas namun mewah dengan budaya ketimuran. Setiap susun atur perabot, makanan dan kedudukan perhiasan ruang mempamerkan keselesaan. Aturan ringkas yang sempurna ini nyata membias keperibadian Alia yang sememangnya terkenal dengan sentuhan minimalis. Ottoman dan sofa dua tempat duduk di susun bersebelahan dan bidai pembahagi ruang berwarna keemasan bermotifkan burung dan bunga-bungaan sebagai titik fokus. Biarpun ruang ini bersaiz sederhana namun ia dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Hening yang erat membaluti banglo di atas tanah tinggi di Bukit Damansara beransur hilang apabila ia mula menerima kunjungan tetamu tepat jam tiga petang. Antara personaliti yang hadir pada hari itu adalah Natrah Omar, Molly Halim dan Farah Mior. Masing-masing tampak anggun dalam persalinan terkini Alia Bastamam. Menurut Alia, majlis hi tea yang diadakan ini adalah untuk teman rapat dan berskala kecil sahaja. Sambungnya lagi, ini bukan kali pertama dia mengadakan majlis seperti ini. “Setiap minggu saya sentiasa merai rakan dan pelanggan di sini dan I’m really getting the hang of hosting parties and I enjoy it!” Memandangkan masing-masing sibuk maka setiap majlis yang diadakan pasti dihadiri oleh tetamu yang berlainan. “ Setiap kali merai tetamu, persembahan, dekorasi, hiasan dan makanan menjadi keutamaan.”
 
Melihat mereka tampil bergaya, suasana semakin menyeronokkan. Ada sahaja topik hangat diutarakan. Dari perihal fesyen, makanan, destinasi melancong sehingga ke Instagram dan Snapchat. Cerita Alia lagi, “Jika mengadakan sesuatu majlis atau parti saya biasanya tidak gemar menetapkan apa-apa tema tetapi I can be particular about dress codes! Seandainya perlu menetapkan tema ia pastinya terarah pada konsep hiasan. Even then, I keep the look cool and classic.” Bagaimana pula dengan seleksi makanan? “Makanan pastinya menjadi penentu sesuatu majlis itu berjaya. Tanpa makanan yang bagus ia bisa memberikan impak pada keseluruhan imej. I think great food has to be of good quality. Setiap tetamu yang hadir pasti akan memberikan reaksi berbeza mengenai makanan dan ia boleh mempengaruhi mood. So far, I’ve hired great caterers and haven’t been let down. Contohnya pada hari ini, setiap canapes yang disediakan sangat lazat dan katerer yang dipilih bijak bereksperimen dengan bahan-bahan dan teknik memasak yang pelbagai.”
 
Bergelar pereka fesyen pastinya menuntut Alia untuk terus memberikan sepenuhnya perhatian pada koleksi terkini dan merangka perancangan strategi jenamanya. Kala diajukan pertanyaan mengenai waktu lapangnya untuk mengadakan majlis. “Bila-bila sahaja adalah masa yang terbaik untuk mengadakan majlis atau parti. Evening soirees under a clear marquee and with the garden lights gleaming. Great company, food and drinks make for a perfect party! Ujar Alia menutup bicara. Usai bersembang panjang, saya dan krew GLAM yang lain meminta izin untuk pulang sambil mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Alia Bastamam kerana sudi menjemput kami bersama.
 
[soliloquy id="49431"]
[soliloquy slug="glam-life-alia-bastamam"]

See also
Memperkenalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza