Usahawan Wanita Pilihan Most GLAM 2017: Raja Jesrina Ahmad

Most GLAM 2017: Raja Jesrina Arshad

Memegang portfolio sebagai pengasas empayarnya sendiri, PurelyB, Raja Jesrina Arshad bagaikan merancakkan era baru peredaran zaman di mana  fitness amatlah dipandang berat oleh masyarakat kini. Berbekalkan visinya yang mahu mendidik rakyat Malaysia serta di rantau Asia untuk menjalani gaya hidup sihat dia positif dengan laman portal miliknya, PurelyB.com yang menawarkan direktori lokasi pusat fitness, restoran makanan sihat serta tip-tip senaman dan kesihatan.

 

Pun begitu siapa sangka Jesrina adalah seorang tech geek! Sebelum menceburi bidang perniagaan, wanita berusia 34 ini memulakan karier di dalam bidang programming dan pengkodan mambangun laman web. Jesrina akui minatnya terhadap dunia digital tidak pernah padam. Dirinya bukan sahaja cantik malah lengkap dengan pakej beauty with brains dengan kelulusan Sarjana Muda dalam jurusan Multimedia Technology & Design dan Ijazah Sarjana dalam jurusan Pemasaran dari Universiti Kent di Canterbury.

 

Jesrina mengangkat bapanya sebagai mentor. “My father always maintained his humility and gained a lot of respect and admiration from his peers. He never failed to remember and to thank those who helped him along his way to success.”

See also
Kenzo Spring 2016