Most GLAM 2017 Membuka Tirai Dengan Usahawan Natasha Ozeir

Most GLAM 2017: Natasha Ozeir

Wanita jelita yang sudah menapak dalam dunia perusahaan dari usia muda ini terus maju dalam mengepalai beberapa perniagaan. Dan pencapaian yang paling dibanggakan apabila Natasha Ozeir berjaya membangunkan 400 buah rumah di bawah syarikatnya.

 

Wanita Most GLAM 2017: NATASHA OZEIR

Sesiapa yang melihat wanita ini, pasti akan tertarik dengan raut wajahnya yang mempesona berserta susuk tubuh hourglass.  Dia bukan sahaja cantik malah pakejnya lengkap sekali apabila handal dalam pengurusan perniagaaan. Dia adalah epitome wanita ‘beauty  with brains’.

 

GLAM mendasari pengalaman wanita ini dalam menerajui dunia perniagaan. Perusahaan pertamanya adalah perusahaan teh milik keluarganya iaitu Balung Tea, yang mana Natasha dipertanggungjawabkan untuk membuat pemasaran bagi Lemongrass tea, Misai Kucing tea, dan Agarwood tea di dalam dan luar negara. Dia kemudian menubuhkan Bayu Makmur Sdn Bhd iaitu credit recovery firm to service banks and telcos.

 

Natasha memperkukuhkan kedudukannya dalam dunia perniagaan dengan menjadi Pengarah projek perumahan Prima Housing di bawah naungan Gaya Berlian Sdn Bhd. Pencapaian yang membanggakannya adalah apabila berjaya membangun 400 buah rumah di bawah syarikatnya. Dan hari ini dia berkecimpung dalam bidang yang begitu dekat di hatinya yakni portal kecantikan prettysuci.com.

See also
Selena Gomez x Coach x Pat McgRath = A Ton of Glitter?

 

“Alhamdulillah, walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun ini, prettysuci.com mendapat sambutan hangat daripada usahawan-usahawan produk kecantikan tempatan. Impian saya agar prettysuci.com akan memiliki butik kecantikan sendiri seperti Sephora satu hari nanti!” katanya yang melihat datuknya Tan Sri Datuk Sri Panglima Harris Salleh sebagai ikon dalam dunia perniagaan.

 

Natasha Ozeir sebagai pembuka tirai untuk Most GLAM 2017. Nantikan 10 lagi wanita bertuah yang terpilih pada tahun ini!