Fatiha Sharif Hancurkan Stereotaip Wanita Korporat

Personaliti

Fatiha Sharif Hancurkan Stereotaip Wanita Korporat

192

Keberanian wanita bernama Fatiha Sharif dalam mengemudi dunia korporat yang rata-ratanya dimonopoli kaum lelaki menjadi inspirasi ramai wanita. Bertugas sebagai Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Asturi Metal Builders lantas memiliki kilangnya sendiri sudah pasti mencabar diri. Namun, hasil titik peluh bapanya membangunkan syarikat yang bersektor minyak dan gas tidak diketepikan begitu saja. Malah, wanita itu memikul tanggungjawabnya dan terus ingin berada di sisi bapanya menempuhi rintangan dunia perniagaan bersama.

 

WANITA PERKASA KORPORAT Daripada Kuantan ke Kuala Lumpur menelusuri lebuh raya pantai timur sejauh 253 kilometer sudah menjadi  ‘makanan’ buatnya. Mendapatkan personaliti ini mudah sekali biarpun Fatiha Sharif turun ke lokasi penggambaran dari Kuantan! Melihat akan jadualnya yang padat membuatkan saya teruja mendengar ceritera kerjayanya. “Berbicara mengenai cita-cita dan impian sewaktu kecil, saya mahu menjadi seorang pelakon! Mungkin kerana saya punya bakat terpendam dan tidak mahu memberi jawapan yang sama dengan kanak-kanak lain seperti ingin menjadi jururawat ataupun cikgu. It was in the 80s okay, pekerjaan yang ada tidaklah meluas seperti hari ini. Walau bagaimanapun, impian untuk menjadi pelakon hanyalah seketika kerana selepas itu saya mahu menjadi seorang peguam.

 

“Saya bekerja dengan perniagaan keluarga. It’s a fabrication yard producing customized equipments to be used on the platforms, refineries and plants for the oil and gas industry. Saya bukanlah seorang jurutera. Namun, banyak benda saya pelajari dan tiada yang mustahil untuk dilakukan. Paling penting, saya dapat menyumbang sesuatu kepada keluarga. Asturi is a 22 year old fabricator for process equipment servicing the Oil and Gas and Petrochemical industries. Our products are Pressure Vessels, Process Skids and Heat Exchangers. Kumpulan syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan mengangkat pengangkutan berat, letupan dan salutan, servis NDT, Well Maintenance dan kejuruteraan reka bentuk yang terletak di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan,” kata Fatiha yang sedang rancak merancang projek terbaru.

 

“Bergiat dalam industri lelaki agak mencabar lebih-lebih lagi dalam bidang minyak dan gas. Kejayaan saya hari ini tidak punya had kerana matlamat saya senantiasa mahu terbang lebih tinggi. Senantiasa berinovasi dan terus bergerak, itu adalah faktor yang membezakan diri saya dengan pesaing. If you want to be different from the rest, you need to have something new to offer,” tutur anak sulung ini.

 

Menyelenggarakan bisnes famili tidak semudah yang disangkakan. Mempercayai orang yang salah adalah kesilapan terbesar buatnya. “I found this formula many years ago. Accept it. Learn from it. And do not repeat it. Study the lesson learnt, make the improvement, and stick to the new culture of best performance next time. InsyaAllah, dengan langkah ini ia mungkin membawakan perubahan dan terpulang kepada pemimpin untuk melakukannya dalam organisasinya,” terang wanita yang bersyukur dengan keputusannya untuk berkecimpung di dalam membina legasi perniagaan keluarga.

 

“Saya menghargai wanita yang baik dan pintar. Sebagai contoh Oprah Winfrey kerana kebaikan dan empati beliau. Bercakap fasal kepimpinan, halangan yang perlu diharungi wanita adalah ketidaksamaan dan biasness. As for me, I have stopped worrying if people will treat me differently in business because of my gender and have stopped comparing myself to others, including men. Pada dasarnya jika anda sudah berjaya, tiada siapa peduli akan jantina anda!” ujar Fatiha mengutarakan prinsipnya sebagai seorang wanita dan pemimpin.

 

Bertanyakan mengenai strategi yang boleh membantu wanita di dalam mencapai peranan yang lebih penting, Fatiha menjawab, “Be authentic, passionate, even emotional, about what you believe in. Share your vision and live your values. The personal is more engaging, even inspiring, than the process. Namun, ingat jangan menjadi insan yang paling bijak di dalam sesuatu situasi. Menjadi seorang pemimpin tidak bermakna kita tahu lebih daripada orang lain. Kenal pasti, beri dorongan dan hadirkan posisi ‘pakar’. Beri mereka kepercayaan dan autonomi untuk menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung dapat mengolah kerja yang lebih bermutu. Anda hanya perlu menyediakan rangka kerja atau memberi arahan supaya kerja-kerja yang bakal dilampiaskan akan menyumbang kepada satu tujuan yang utuh.”

 

“Self-analysis adalah antara langkah yang dapat membantu menuju kesuksesan. Orang yang berjaya memahami tanggungjawab mereka, peranan dan identiti. Mereka tahu siapa mereka dan punya visi yang kuat serta tahu kekuatan dan kelemahan diri. I start before feeling ready. I admit I do procrastinate, but I know how to deal with it. Orang yang sukses tidak pernah menunggu masa sesuai kerana mereka tahu tidak ada istilah ‘perfect timing’. Sebaliknya mereka membuat keputusan dan mengambil tindakan segera. Saya menyelidik masa saya dengan menguruskan emosi agar stabil. Semua orang boleh merancang untuk hari esok dengan memperuntukkan tugas-tugas ke dalam jadual mereka, tetapi orang yang berjaya pergi lebih dari itu. Maka, melakukan apa yang mereka perlu lakukan walaupun ia membuatkan mereka tidak selesa. I say what I mean and mean what I say. I find successful people are impeccable with their own words. Mereka berkata benar dan mungkin tidak berlapik kala berbicara demi persekitaran kerja yang lebih baik,” ungkap Fatiha lagi.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Disember 2016

Your email address will not be published. Required fields are marked *