Fasha Sandha: On Claiming Her Freedom & Starting over

Fasha Sandha: On Claiming Her Freedom & Starting over

Ceritanya sering menghiasi halaman media hiburan. Kisah peribadinya sentiasa diintip hingga geger satu ‘malaya’. Semua peminat seni mengikuti kontroversi. FASHA SANDHA is back from her hiatus with confidence and freedom!

 

Semua tahu aktres cantik ini tidak pernah berlagak ‘Diva’. Dia antara selebriti yang paling senang untuk didekati, berdisiplin tinggi dan amat menghargai masa. Berurusan dengannya mudah dan lancar. Bahkan, Fasha hadir sejam lebih awal daripada waktu penggambaran yang berlangsung pada hari pertama bulan Ramadan. Kami di studio hari itu sibuk sekali kerana penggambaran ruangan fesyen ditetapkan pada hari dan waktu yang sama. Fasha hadir dalam persalinan ringkas bersama pembantu peribadi. Masuk ke perkarangan studio dia memberi salam sambil bibir mengukir senyuman.

 

Setelah melewati fasa kehidupan yang berliku dengan onak cabaran, primadona ini kembali menghiasi industri hiburan. Fasha Sandha tampak anggun sekali dengan kulit yang segar, anjal bermaya juga susuk tubuhnya yang menawan. Kali pertama bekerja dengannya tahun 2014, dia menjadi wajah hadapan sebagai New Age Primadonna. Seingat saya ini kali keempat Fasha menghiasi wajah GLAM. Memandangkan jadualnya yang padat, Fasha harus segera pulang ke lokasi penggambaran dan dia menjemput saya ke lokasi penggambarannya untuk sesi temu bual.

 

SAYA WANITA BESI Jam 12 tengah hari. Saya menerima kiriman teks daripada Fasha yang berbunyi, “let me know when you’re on your way”. Balas saya, lagi 30 minit saya sampai ke lokasi memandangkan waktu yang ditetapkan Fasha adalah pukul 1.30 petang. Sekali lagi dia berjaya membuat saya impress. Sesampai di lokasi set penggambarannya di Putra Heights kami tidak boleh membuang masa kerana Fasha hanya diberikan waktu rehat yang singkat. Soalan pertama yang diutarakan saya adalah gambaran kehidupan Fasha sekarang. “I’m stronger now, I believe that everything happens for a reason. Selepas hujan, kini pelangi menyinari kehidupan. Pelangi yang menghiasi langit kehidupan saya sangatlah indah. What I’m trying to say is that I’m so happy for my life right now. I have two adorable kids, di mana setiap kali mahu lelapkan mata saya nampak mereka. Demikian juga bila terjaga daripada tidur dan berlanjut ke tempat kerja. Apa yang berlaku, itu adalah perkara terbaik yang pernah saya alami. Tidak terucap dengan kata-kata.” Fasha menuturnya kala sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Lara Aishah.

 

“Being a mother is such a wonderful experience although it’s the toughest job! Saya yakin setiap ibu merasai apa yang saya lalui. Atas berkat Ilahi, saya dikurniakan sepasang cahaya mata dan lelaki yang sulung. Putra Rayfal berusia tiga tahun dan Putri Raysha Jemyma baru berusia setahun. Meniti perjalanan kehidupan saya sebelum berkahwin, semasa berumahtangga dan kini selepas berpisah bolehlah saya katakan, I’m having a great life right now, biarpun me time saya cukup terhad,” kata Fasha yang mula dikenali menerusi drama Natasha.

See also
Bintang Korea Selatan Berbakat Kim Jonghyun Akan Dirindui Peminat

 

“Mungkin orang di sekeliling bersimpati atas apa yang terjadi tapi sebenarnya saya baik-baik belaka. I’m so busy with my work. Perpisahan mematangkan saya dan percayalah dunia tidak terhenti begitu sahaja. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya juga yang memutuskannya. Mungkin saya tidak seperti kebanyakan wanita di luar sana kerana saya tabah dan kuat. Jika tidak, saya akan senang ditindas. Daripada dahulu lagi saya adalah wanita besi yang cekal kerana percaya tiada apa yang kekal dalam kehidupan. Everything is temporary. Even happiness and sadness. Just treasure every moment. Lantas usir permasalahan dan negativity. Of course my mother is my biggest support system. Begitu juga dengan kehadiran anak-anak. Kalau tiada mereka saya mungkin tidak setabah ini.”

 

“It’s hard to explain. Keluarga saja yang tahu saya memang seorang yang kuat dan cekal orangnya. Kadangkala bila berjumpa peminat dan rakan-rakan artis mereka meluahkan rasa simpati terus saya pintas dengan mengatakan I’m okay. Kita tidak perlu berdukacita terlalu lama. Allah mengatur perjalanan hidup dengan baik. Alhamdulillah segala-galanya berjalan seperti biasa. Yang penting jangan pernah sesekali ingat Tuhan waktu susah sahaja. Jangan pula masa ada masalah baru mahu berdoa. Kalau kita kuat, iman kita kuat, semua orang boleh mengharunginya dengan penuh ketenangan. Anak-anak rapat dengan saya dan hubungan saya bersama ayah mereka juga baik. Biarpun ikatan sudah terlerai demi membesarkan anak-anak kami tidak pernah ada masalah dengannya. Anak-anak masih kecil. Mereka tidak faham akan situasi sekarang, apa yang terjadi dan sebagainya. Namun, setakat hari ini saya rasa they’re happy kids. Mereka dihujani dengan kasih sayang dan belaian manja. Setelah menjadi ibu tunggal, sepanjang sembilan bulan ini memang ada yang mahu berdamping. Baik yang serius mahupun sekadar mahu berkenalan. Saya menolak dengan sebaik mungkin kerana I come as a package now. Mereka perlu menerima saya seadanya juga anak-anak.”

 

REAL JOY Lahir di Hospital Sultanah Aminah Johor, Fasha dibesarkan di Perlis dan bersekolah rendah di sana. Dia kemudian berpindah ke Pulau Pinang untuk meneruskan alam persekolahan tahap menengah. “Saya pindah ke Kuala Lumpur usia 18 untuk bergiat dalam dunia peragaan dan tinggal di Kuala Lumpur sehinggalah ke hari ini. Keluarga masih menetap di Pulau Pinang pada waktu itu kemudian mereka mengikut saya pindah setelah saya bekerja tetap di dalam industri hiburan. Kalau hendak dikira tahun ini genap 15 tahun saya bergiat dalam bidang seni bermula sebagai peragawati sebelum memasuki gelanggang lakonan. Filem pertama Black Maria, tidak menaikkan kerjaya saya serta merta. Drama bersiri Natasha satu dan dua mula mengangkat nama saya sebagai pelakon menerusi saluran TV3. Drama ini mendapat rating tertinggi dan masih segar di ingatan sehingga ke hari ini. Perencanaan terbaru adalah menerusi drama Lara Aishah dengan memegang karakter utama yakni Aishah. Saya yakin drama ini mampu menaikkan nama saya kembali di persada drama. Lara Aisyah memiliki 100 episod dan mula ditayangkan Ogos ini. Kami punya krew dan produksi yang baik, Alhamdulillahlah segala urusan berjalan seperti yang dirancangkan. This is the first long series after having my second child,” ulas Fasha yang teruja untuk kembali menyinari kaca televisyen tempatan.

See also
Senarai Penuh Pemenang SAG Awards 2016

“Breastfeeding your kids is the best feeling of motherhood! Saya menyusukan Raykal dan Jemyma sejak lahir lagi. In fact, still breastfeed until today. Ramai ibu sukakan pengalaman menyusukan cahaya mata mereka sendiri. Kalau mampu menyusu lebih lama, lebih baik. Saya mencuba untuk melengkapkan tempoh selama dua tahun bersama Jemyma. Selain menyusu sendiri anak-anak, momen indah saya sebagai emak adalah apabila anak-anak pandai memanggil saya ibu. Selain itu kita akan dikucup dan dipeluk secara tiba-tiba. Abang sudah pandai melindungi adik begitu juga si adik sudah pandai berinteraksi dengan abang. Kalau bergaduh berebut permainan itu normal. Jika mereka tidak nakal, saya takut itu pulak yang tidak normal,” cerita Fasha mengenai pengalaman seronoknya menjadi seorang ibu.

 

“Rutin harian bermula seawal 7 pagi jika ada jadual penggambaran. Sebelum keluar saya akan mengucup anak-anak yang sedang nyenyak tidur. Saya hanya balik dari set sekitar pukul 11 malam. Saya bernasib baik jika pulang ke rumah dan keduanya masih terjaga. Jika cuti, saya banyak menghabiskan masa bersama mereka. Membawa mereka menonton wayang atau pergi ke zoo. Oh ya, paling tidak pun saya bawa mereka menaiki LRT. Both of them love, love, Choo Choo trains! Despite all that, my time is limited. Saya hairan waktu bersama mereka berasa sangat sekejap seolah-olah masa itu senantiasa mencemburui saya.”

 

What’s next tanya saya kepada anak kedua daripada lima adik-beradik ini. “Jujur saya katakan, saya tidak mengejar impian untuk berada di atas. Bagi saya mempertahankan posisi dan nama itu lebih penting dalam industri. I don’t want to be on top because I am now a single mother of two. Saya bukan mahu mengembalikan kegemilangan atau bertakhta di puncak kemasyhuran. Kerana apa yang lebih penting adalah untuk mengukuhkan nama di dalam industri yang sememangnya lebih sukar berbanding memulakan kerjaya sebagai anak seni. Untuk menaikkan nama itu barangkali tidak susah jika tahu siapa dan bagaimana jalannya. Alhamdullilah rezeki saya tidak putus sepanjang bergelar ibu kerana komitmen yang saya berikan. Saya seronok apabila saya dikenali dengan trademark sebagai seorang yang punya komitmen dan disiplin tinggi. Bagi saya perkara ini amat penting untuk setiap pelakon yang ingin berjaya. Saya yakin walaupun tidak mempunyai bakat tetapi dengan adanya komitmen dan disiplin akan banyak membantu mereka di dalam bidang ini. Saya tidak ke kelas lakonan kerana bagi saya everyday is a learning process. Saya belajar segala-galanya baik seni lakonan dan produksi di set penggambaran sehingga ke hari ini biarpun sudah 12 tahun di dalam industri. Saya percaya kita tidak pernah akan berhenti belajar dan lokasi adalah guru terbaik saya di dalam mematangkan seni lakonan.”

See also
Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya

 

Tanya saya mengenai jalan penyelesaian terbaik buat wanita di luar sana yang sedang bergelut dengan permasalahan hidup, diuji dengan pelbagai dugaan Fasha dengan tenang menutur kata-katanya. “The best thing to do is to ignore your feelings. If you have kids, spend more time with them. Bawa anak-anak bercuti ke mana-mana destinasi percutian. Bercumbulah dengan alam. Biarkan alam semualajadi meleburkan segala kegelisahan. Percayalah diri akan jadi tenang dengan mengagumi keindahanan alam ciptaan Allah. Kala zaman remaja, I don’t know all these tips. Kalau nak marah kita luahkan saja. As we grow older, kita belajar. Kalau marah, penat atau stres perlu relaks dan alihkan perhatian dengan membuat kerja lain. Kalau marah sangat pun, minum sebotol air mineral,” katanya sambil terketawa kecil.

 

Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 petang. Bermakna sudah setengah jam kami berbual dan Fasha harus menyambung penggambaran lakonan. Sebelum menoktahi bicara Fasha berkongsi komitmennya sebagai duta Syukur Selalu untuk TV3 dan juga kesibukannya dengan salun kecantikan miliknya. “Berbicara mengenai salun kecantikan di Wangsa Walk, saya percaya sebagai pemilik, biar sesibuk manapun jangan sesekali lepaskan tanggungjawab sepenuhnya pada pekerja. The secret is, be part of an exciting project. Daripada situ kita tahu setiap selok belok perniagaan juga perinciannya.  Saya juga duta hijab Fasha Sandha By Milyunir dan wangian Fasha Sandha by D’haja. Seleksi wangian D’haja is doing very well in the market.” Selain semua itu, Fasha juga menjadi duta pelancongan negeri Johor.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Ogos 2016