Farah Ann Abdul Hadi Menggalas Tanggungjawab Sebagai Atlet Negara

Farah Ann Abdul Hadi Menggalas Tanggungjawab Sebagai Atlet Negara

Farah Ann Abdul Hadi kini menyasarkan emas di sukan Olimpik di Rio de Jeneiro, Brazil pada April nanti.

 

Semua yang ada di studio sepertikan teruja bersua dengan atlet gimnas negara kacukan Melayu-Kanada ini. Sejujurnya saya sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan Farah Ann Abdul Hadi, 21, namun jadual latihannya terlalu padat. Hari ini, masa menyebelahi saya. Farah mencuri masa untuk sesi fotografi personaliti GLAM. Biarpun hanya diberi tiga jam, GLAM amat berterima kasih di atas kesudiannya memberi sedikit masa buat kami. Jurusolek, jurudandan dan jurugambar sama-sama berusaha sebaik mungkin berkongsi tiga jam yang diberi Farah. Saat sesi fotografi semua yang ada nyata terkesima dengan pose yang diberi. Ia umpama menyaksikan persembahan gimnastik artistik secara live! Riuh di studio melihat aksi-aksi lincahnya. Dirinya tampil anggun dengan persalinan leotard rasminya dan kami padankan dengan helaian daripada Salvatore Ferragamo.

 

Fenomena Farah Ann mengharumkan nama Malaysia hingga ke per-sada dunia cukup mengagumkan. Wanita muda ini mencipta sejarah apabila Malaysia berjaya menggondol dua butir pingat emas, satu perak dan tiga gangsa pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.  Di sebalik kejayaannya soroton cerita kurang enak mengenai pakaian rasmi sukan gimnas enggan diulas lagi Farah ambil keputusan untuk tidak melayan kontroversi yang tidak memberi faedah kepadanya. Hakikatnya kritikan negatif daripada netizen sedikitpun tidak melunturkan semangatnya untuk bersedia bertarung ke peringkat seterusnya.

 

FOKUS DAN DISPLIN KUNCI KEJAYAAN Saya difahamkan rupa-rupanya Farah Ann anak kedua daripada tiga beradik ini mula menjinakkan diri dalam arena gimnastik seawal usia tiga tahun. Lebih menarik kakaknya adalah Katrina Ann yakni atlet negara dalam acara sukan renang berirama. Adiknya juga adalah atlet disekolahnya. “Sports has the ability to mould you to become a well-rounded individual. Sukan bukan saja memberi faedah kepada mental dan fizikal, dengan bersukan ia bisa menyuntik rasa yakin pada diri. Saya ambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada kedua-dua orang tua saya, Abdul Hadi dan Kimberley Ann Gagnon kerana memberi pendedahan kepada sukan gimnastik dan di atas usaha mereka yang tidak jemu-jemu memberi semangat pada saya. Tidak lupa juga pada jurulatih saya, Nataliya Sinkova dan Ng Shu Wai yang tidak pernah letih melatih pasukan Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara kita,” jelasnya memanjatkan rasa syukur.

See also
Siapakah Constance Wu?

 

Sebagai atlet negara, Farah banyak membuat pengorbanan daripada segi waktu demi komitmennya pada latihan. Dia meluangkan masa dan tenaganya membuat latihan demi untuk mengekalkan imej atlet berprestasi tinggi. Empunya diri akan pastikan berlatih sebanyak enam hari seminggu. Isnin hingga Sabtu. Tiada kompromi. “Saya akan menjalani dua jenis latihan iaitu di dalam gymnasium untuk weight training. Latihan ini mengandungi strength training; mengangkat dumbel dan lain-lain. Selain itu, latihan endurance juga penting seperti berbasikal dan berlari. Jenis latihan kedua adalah di dalam gimnasium gimnastik. Di situ saya akan mempraktikkan aksi-aksi gimnastik dan melakukan rutin-rutin dan senaman fizikal.”

 

Menurut Farah lagi, sukan gimnas bukanlah bersandarkan pada kekuatan fizikal semata-mata. Persedian mental juga memainkan peranan besar dalam sukan ini. “Honestly, it requires 100 percent of your focus to succeed in this sport. Maknanya saya harus bersikap profesional dan perlu fokus sepenuhnya sebelum beraksi. Ia membabitkan keselamatan diri. Pergerakan saya kalau tersalah boleh membawa kepada kecederaan. Dan akibatnya teramat besar yakni boleh membuatkan saya sama sekali tidak layak untuk bertanding,” terangnya tegas kerana pernah terlantar di hospital selama dua minggu gara-gara keretakan lutut, tulang belakang dan jari. Ligamennya juga pernah koyak akibat daripada kemalangan sewaktu berlatih.

 

Saya kira semua tahu, gimnastik di Malaysia belum mencapai tahap sukan seperti bola sepak atau badminton. Mungkin kerana sukan ini adalah sukan yang unik. Dengan kemenangan yang dijulang Farah, impaknya membuatkan sukan ini semakin meraih perhatian rakyat Malaysia.  Ia menebarkan rasa bangga apabila anak watan berjaya mengaut emas sekaligus mewakili tanahair kita. “Saya akui di Malaysia, bilangannya begitu kecil bagi yang mengikuti sukan gimnastik. Saya berharap satu hari nanti lebih ramai akan menyokong sukan ini dan saya yakin jika Malaysia dapat beraksi dengan cemerlang di pentas dunia, lebih ramai akan berminat dengan gimnastik,” ujarnya penuh harapan.

 

See also
Pat McGrath Bakal Lancarkan Rangkaian Gincu Berevolusi

Atlet negara ini akui dirinya sudah merantau ke serata dunia demi pertandingan gimnastik. Tentunya ia antara kenangan manis buat Farah sepanjang kariernya apabila berpeluang melihat

 

budaya dan negara orang. Di sebalik jerih payahnya berlatih hampir setiap hari, antara pertandingan yang turut dimenangi adalah Hong Kong Open, 2015, World Challenger Cup, Doha, 2015, Universiade, Korea, Asian Champianship, Japan, dan Farah Ann juga pernah bertanding di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland. Tahun 2016 ini Farah tekad untuk cuba sebaik mungkin untuk terus layak bertanding di Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil. Dia memang berlatih secara maksima untuk pastikan prestasinya terus meningkat. Pun begitu Farah akan turut fokus untuk sukan seperti World Championships, World Challenge Cup dan banyak lagi. Farah berterus terang, saingan sengitnya dalam arena sukan ini adalah dari Negara China, Rusia dan Amerika.

 

Seperti atlet-atlet lain, atlet gimnas perlu mengikut disiplin diet ketat yang ditetapkan. Pengambilan kalori haruslah mencukupi untuk dia mengekalkan momentum pada sesi latihan. Pengambilan protein, fiber, kalsium, dan karbohidrat yang seimbang amat penting. Tentunya makanan manis, berminyak, makanan ringan dan makanan segera tidak dibenarkan dalam diet atlet ini. Kata Farah, soal pemakanan tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya kerana sejak kecil lagi, dia sudah dididik menikmati makanan yang sihat. Walaupun perlu mengikut syarat-syarat pengambilan makanan yang agak ketat tetapi kadangkala tersasar juga apabila tidak dapat menahan nafsu menjamah makanan segera. “Once in a blue moon, I admit that my cravings does rear its ugly head. Kalau lauk kampung saya cukup tidak tahan dengan ayam masak merah! Hahaha!” “Apa akibatnya jika terlebih makan?” Tanya saya ingin tahu. “Percaya atau tidak jika melebihi daripada berat badan ideal, ia memberi perbezaan besar pada prestasi anda. Tahap kelenturan tubuh juga terjejas daripada segi flexibility and agility. It’s really important to follow the correct dieting program”

 

Timbul rasa ingin tahu, bagaimana kapten artistik gimnas negara ini membahagikan waktu belajarnya dengan jadual latihannya yang padat. Farah yang kini masih menuntut di Monash University dalam jurusan Sastera Global (pengajian antarabangsa) peringkat sarjana muda hanya tersenyum saat saya bertanyakanya perihal ini. “Gimnastik bukanlah sekadar belajar melenturkan tubuh. Sebenarnya ia amat efektif dalam mengajar perihal strategi, malah meningkatkan kecerdasan, kecekapan dan fokus pelajar dalam pembelajaran. Saya sendiri di sebalik kesibukan berlatih, sejak kecil lagi hampir kesemua markah peperiksaan saya mendapat A. Alhamdulillah, saya tidak pernah ada masalah dalam pembelajaran. Time management is the key to succeed in both fields,” jelas Farah yang begitu menyanjungi Datuk Nicol Ann David sebagai ikon di arena sukan.

See also
Siapa Jamie Dornan?

 

BICARA GAYA HIDUP Lari sebentar daripada kisah pembabitannya dalam arena sukan negara, wajah Farah Ann kini mula dilihat di acara-acara fesyen. Kongsi Farah, tiada yang lebih segar dan moden daripada gabungan dua tona asas, yakni hitam dan putih. Kerana itu helaianya banyak bermain dengan dua warna ini. Bergelar atlet negara, masa yang dihabiskan banyak pada latihan. Jadi tentu pakaian sukan menjadi obsesi dirinya. Nike adalah jenama yang sering digayakan kala bersukan. Farah juga obses mengumpul sepatu sukan jenama Nike. Dress Duchess & Co sentiasa menjadi pilihannya untuk ke majlis-majlis. “Dek kerana jadual saya yang sangat padat, apabila sesekali dapat pergi ke majlis, berdandan cantik dan memakai dress serta mengenakan sepatu tumit tinggi adalah sesuatu yang sangat mengujakan,” kata pemilik akaun Instagram @FARAHANNA94 ini.

 

Sebelum mengahiri perbualan saya saja saya mengusik empunya diri bilakah dia akan bersara dari dunia sukan ini. Farah menarik nafas dalam dan meluahkan perancangan masa depannya. “Sejujurnya untuk saya sendiri katakan bila saya akan tinggalkan dunia ini amat susah. Saya terlalu mencintai sukan gimnastik. Seandainya satu hari nanti saya akan bersara dari dunia ini, I hope to give back to the sport when I retire by sharing my knowledge and experience with Malaysia’s young and upcoming gymnast to help grow the sport. Dan mungkin saya akan berkecimpung dalam dunia penyiaran atau mungkin menjadi aktres. Siapa tahu?” gadis yang berasal dari Subang Jaya ini bercanda mengakhiri perbualan kami sebelum berlari ke gelanggang latihan di Bukit Jalil.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Januari 2016