Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang - Page 5 of 10

Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang

Ikutan pengumuman perceraian pengasas dan CEO Amazon Jeff Bezos bersama isterinya MacKenzie Bezos minggu lalu, netizen mula membuat spekulasi tentang peruntukan yang bakal diterima oleh MacKenzie selepas ini.

 

Dengan nilai bersih sebanyak $137 bilion, perceraian Jeff dan MacKenzie Bezos bakal memecah rekod kes perceraian berprofil tinggi paling mahal dalam sejarah. Pihak umum pernah didedahkan dengan kos perceraian selebriti seperti Madonna, Paul McCartney, dan Tiger Woods yang memakan puluhan juta USD.

 

Senarai ini, walau bagaimanapun, menghimpunkan golongan elit yang bertarung hingga mencecah nilai ratusan juta untuk menyelesaikan kes perceraian mereka.

5 of 10

6. Adnan Khashoggi dan Soraya Khashoggi, 1980 — $874 juta

Orang kaya tanah Arab Saudi Adnan Khashoggi berkahwin dengan seorang wanita British, Sandra Daly. Mereka memiliki 17 buah rumah, tiga kapal terbang dan tiga yacht di kemuncak kekayaan dan kebahagiaan mereka. Pada tahun 1974 perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian yang membuatkan Sandra layak menerima $874 juta.