Enam Jenama Lokal Bakal Gegar GLAM Fashion Future 2014 - Glam Malaysia

Enam Jenama Lokal Bakal Gegar GLAM Fashion Future 2014

logo

 

 

Glam bariskan enam jenama lokal yang bertaraf tinggi di pentas fesyen dan seni kreatif lokal Malaysia. Jenama yang bertaraf tinggi ini dihasilkan dari idea kreatif oleh enam pereka fesyen terkemuka di Malaysia iaitu Fizi Woo, Nurita Harith, Rizman Ruzaini, Zery Zamry, Innaired dan Zakwan Anuar.

 

Enam pereka fesyen ini bakal dihimpunkan di bawah satu bumbung yakni Fashion Future yang bakal diadakan di sebuah acara fesyen yang mempamerkan koleksi eksklusif masing-masing yang direka khas untuk Glam.

 

Acara fesyen ini bakal diadakan pada 13 November 2014, Khamis yang bertempat di Avenue K, Kuala Lumpur. Anda turut berpeluang untuk menyaksikan secara langsung parti Fashion Future dengan jemputan eksklusif. Caranya mudah sahaja dengan menghantarkan emel butiran iaitu nama, kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, dan alamat kepada promotions@bluinc.com.my dengan bertajuk “I WANT TO WIN EXCLUSIVE INVITES TO GLAM FASHION FUTURE PARTY” sebelum 10 November 2014.

See also
Datin X: Sosialit Berniaga Beg Tiruan

 

Pembaca Glam juga turut berpeluang untuk memenangi sehelai dari koleksi salah seorang pereka fesyen ini menerusi promo Instagram GLAM Fashion Future. Cara-caranya mudah sahaja seperti yang tertera di bawah:

 

  • Follow GLAM Malaysia Instagram @glammalaysia
  • Snap gambar paling kreatif anda bersama cover GLAM kegemaran anda
  • Pastikan hashtag #glamfashionfuture #glammalaysia ( Hanya hashtag yang betul layak memasuki peraduan ini)
  • Tempoh penyertaan : 1 – 21 November 2014
  • 20 penyertaan paling kreatif akan disenaraikan pada laman web GLAM : 25 November 2014
  • Pengundian ‘Voting’ akan dibuka kepada pembaca untuk memilih 6 pemenang pada laman web GLAM : 26 November 2014
  • 6 undian terbanyak akan menerima koleksi daripada pereka tempatan secara rawak
  • Layari www.glam.com.my untuk maklumat lanjut dan update terkini