New Age Debutantes: Elizabeth Aishah - Glam Malaysia

New Age Debutantes: Elizabeth Aishah

Teks & Penyelaras AZZA FARHANA Dibantu Oleh ELISA HAIDA Konsep SUZIE ADNAN Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Penata Gaya ZUHAIRIE SAHROM Gambar BIBO ASWAN Solekan NAJEEB AZAMI MENGGUNAKAN CHANEL Dandanan CENTRO W SALON Lokasi SHOWROOM XTRA FURNITURE, THE GARDENS
 
Dunia glamor bukan suatu yang baru buat gadis yang berwajah Pan Asia ini. Sejak usia tiga tahun dia sudah menjadi wajah untuk iklan-iklan di televisyen dan billboard juga akhbar tempatan. Elizabeth Aishah Ezzeryn Davies pernah berkolaborasi iklan di jenama-jenama besar seperti KFC, McDonalds, Koko Crunch, Chips More dan banyak lagi. Jadi beraksi di hadapan kamera bukanlah suatu masalah buatnya when she has modelled at an early age! Dalam persalinan gaya hippie dari Moschino Aishah memberi kerjasama baik pada jurugambar.
 
GLAM_MAY_per-252 ext (1)

 

Pertuturannya lembut dan sopan, persis ibunya Datin Seri Zaliah Bakar. Kalau dulu Aishah menemani ibunya untuk sesi fotografi GLAM. Hari ini dia pula mewarnai majalah GLAM. Walaupun baru berusia 16 tahun, tetapi bicaranya matang. Sesekali jika bercerita tentang perkara lucu dia tergelak manja. Masih saya ingat sewaktu Aishah menjadi plus one ibunya untuk majlis Most Glam 2015. Ternyata ramai mata-mata yang memandangnya malam itu. Menepati tema suit and tie, Elizabeth hadir segak dengan persalinan suit dari Dior dan tas Chanel 2.55 silver.
 
Aishah menuntut di Sekolah Antarabangsa Sri Utama dan baru sahaja selesai daripada peperiksaan pertengahan tahun. Saya cukup iri dengannya kerana bukan sahaja wajahnya yang cantik tetapi dia juga salah seorang pelajar pintar di sekolah. Matapelajaran kira-kira adalah obsesinya. Kalau matematik tambahan dan akaun boleh bikin pusing kepala bagi sesetengah pelajar tetapi itulah subjek yang paling disukainya.
 
“Saya suka matapelajaran sains but anything with equations, formulas, or puzzles gets me going. Tahun depan saya bakal menduduki peperiksaan akhir yakni IGCSE. Harapan saya untuk lulus dengan cemerlang. Kerana sejak kecil mummy memang sentiasa ingatkan saya dan adik beradik yang lain untuk belajar betul-betul. Kata mummy, beauty is nothing without a heart, a personality and knowledge. Tentunya saya akan simpan prinsip hidup mummy kemas-kemas di sanubari ini. I also received Most Hard Working achievement in school,” ujar Ketua Pengawas Perpustakaan ini. Aishah juga terkenal dalam arena sukan di sekolahnya. Dia mewakili sekolah untuk pertandingan bola sepak dan bola jaring,
 
Dengan pencapaian sebegitu saya yakin Aishah akan menjadi orang berjaya dan dikenali suatu hari nanti. Apa rencana you selepas tamat sekolah? “Perancangan buat masa ini saya mungkin akan lanjutkan pelajaran di England, United Kingdom dalam jurusan perakaunan. Kalau ditanya cita-cita saya terlalu banyak. I want to be a role model towards female highlights. Saya mahu bekerja sebagai runway model, pelakon, penyanyi, pengembara, influencer, dan usahawan!”
 
Mengembara dunia adalah satu terapi buat dirinya. Dia suka memerhati budaya dan adat di negara asing. Percutian yang panjang dan penuh adventure yang membawa 1001 kenangan manis buatnya ialah sewaktu bercuti di Eropah. England, Paris dan Milan memberi pengalaman yang berbeza-beza. Negara lain yang menjadi kegemarannya ialah di Switzerland yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan, Australia dengan pengalaman melihat kangaroo dan koala, dan Dubai pula berkonsepkan gaya hidup serba eksklusif dan mewah. Saya pernah menetap di sana selama beberapa tahun. Momen-momen indah itu semuanya dirakam untuk Vlogging. Kata Aishah apa yang paling seronok setiap kali bercuti mereka akan makan makanan orang tempatan dan tentunya shopping berada dalam senarai teratas.
 
GLAM_MAY_per-308
 
Fesyen adalah kecintaannya. Aishah akui dia memilih mummynya, Datin Seri Zaliah Bakar sebagai tempat rujukan untuk dia berfesyen. Memandangkan ibunya juga suatu masa dulu bergelar model, banyak tips yang dikongsikan kepada Aishah. Chanel, Versace, Prada, dan Gucci sering melengkapkan gaya gadis ini. Ternyata hubungan anak dan ibu ini amat akrab. Di waktu terluang mereka akan ke salun untuk rawatan rambut juga ke butik penghias kuku atau ke restoran kegemaran mereka di Mosaic, Mandarin Oriental. “Saya dan mummy juga kaki shopping! Kalau berburu, Chanel is always on the list for sure. And a cup of tea to have a pure mother daughter conversation.”
 
Aishah menyifatkan ibunya sebagai wanita yang sangat optimis, dan orangnya sangat penyabar. Apa yang dia mahukan dia pasti akan tukarkan kepada realiti. Kata Aishah disebalik rutin hidup mummynya yang menjawat jawatan Ketua Pengarah Eksekutif Inverseeds juga pereka fesyen Quinn Abaya ini selalu sibuk dengan mesyuarat, menghadiri majlis-majlis kota, dan pergi menyelam di lautan tetapi dia tetap akan cari waktu kualiti untuk diluangkan bersama keluarga. Aishah juga akui ibunya seorang yang amat merendah diri, dan sentiasa berpesan kepadanya walau tinggi manapun kedudukan, jangan pernah sesekali memandang rendah pada insan lain.
 
“Mummy juga jaguh di dapur, dan paling penting she’s a great listener, saya tidak pernah berasa kesunyian kerana saya tahu saya boleh berkongsi segala-galanya dengan mummy. She’s not only the woman that raised me but she’s also my bestfriend. Apa sahaja minat saya dan adik beradik terhadap sesuatu perkara, dia akan usahakan. Misalnya saya sangat sukakan musik, jadi dia akan carikan guru musik untuk saya. Dari situ saya belajar bermain bermacam-macam jenis alatan musik dari piano, gitar hinggalah ke drum. Pendek cerita mummy sentiasa utamakan keluarga. Dan tentunya saya mahu menjadi wanita seperti mummy apabila dewasa kelak. Insya-Allah.”
 
Sebelum mengakhiri perbualan sempat Elizabeth berkongsi minatnya yang tinggi pada kenderaan. Almaklumlah bapanya Datuk Seri Saidi Suari adalah Pengarah Lamborghini Malaysia dan Ketua Pengarah Eksekutif SRS Bumi Motors. Sedikit sebanyak pengaruh bapanya terpercik pada dirinya. Empunya diri bercita-cita untuk memiliki Rolls Royce Wraith rona emas atau emas merah. Dan sekiranya kereta idamannya itu berwarna hitam dia dambakan interior dalaman kontra yakni serba merah.
 

See also
Kenapa Paris Jackson Mula Menarik Parhatian Ramai?